6 Ciri ciri rumah yang sukar dijual. Elakkan beli rumah jenis ini

Susah jual rumah

Kita bukan selalu beli rumah, jadi kalau nak beli tu biarlah yang berbaloi. Berbaloi tu bukan pada harga yang murah saja, tapi kita perlu ambil kira juga harga rumah tu akan naik di masa depan. Sebab tu membeli rumah semasa muda adalah pelaburan yang berbaloi.

Kita beli masa harga murah, dan jual selepas harga naik. Masalahnya, macam mana nak tahu rumah yang harganya naik & mudah dijual. Manalah tau kan, kita nak guna duit jual rumah tu untuk tunaikan hajat kita. Contohnya, nak beli tanah ke, atau nak buat rumah banglo atas tanah tersebut. Dapat buat semua tu dengan duit tunai. Tak payah pinjam dengan bank.

Senarai artikel dalam siri jual rumah:



Di bawah ini kami kongsikan ciri ciri rumah yang perlu anda elak semasa membeli rumah.


6 Ciri ciri rumah yang susah dijual, pening kepala dikemudian hari.


1. Rumah yang bernilai RM500,000 dan ke atas.

Sebenarnya, ada saja yang mampu beli rumah yang mahal mahal ni. Tapi, tempoh masa menunggunya agak panjang sebab bilangan pembeli yang berpoket tebal ini kurang berbanding yang mampu beli rumah murah.

rumah mewah

Apatah lagi pasca wabak corvid 19, semua orang terkesan ekonominya. Bank pun susah nak luluskan pinjaman. Rumah yang berharga di bawah RM500,000 lebih tinggi permintaannya. Jadi lebih senang terjual.

Menarik untuk dibaca:



2. Rumah jenis apartment yang tidak mempunyai lif.

Sekiranya kita berminat membeli rumah apartment dengan ketinggian 5 tingkat, besar kemungkinan kemudahan lif tidak disediakan.

naik tangga


Bagi kes ini, pastikan kita elakkan tingkat kita berikut kerana sukar terjual.

i. Rumah apartment di aras bawah.

Sekiranya anda ada pengalaman tinggal di apartment semasa bujang, kita dapat perhatikan aras bawah paling sibuk sekali kerana menjadi laluan orang. Memang kurang privasi kerana kita tak boleh buka pintu dan tingkap sesuka hati.

tingkat bawah

Orang yang berjalan di depan dan belakang rumah kita boleh nampak aurat ahli keluarga kita dengan mudah. Nak bagi angin lalu pun susah, terpaksa buka pendingin hawa 24 jam. Dari segi keselamatan juga, rumah di tingkat bawah kurang selamat. Mudah dipecah masuk kerana, pantang leka sikit barang boleh hilang. Sekiranya aparment kita jenis gated, kurang sikit masalah kecurian, tapi itu pun bukan jaminan. Lihat keratan akhbar di bawah.

Ciri ciri rumah susah jual

Kes kecurian berleluasa di kawasan kondominium, dalangnya adalah jiran kawasan kediaman jua. Seorang doktor pula tu. Modus operandinya mencuri rumah yang tidak ditutup dengan baik di awal pagi. Maklumlah, awal pagi kita bergegas nak pergi pejabat, kadang kadang tu tak perasan pun kita tak kunci pintu.

Selain tu, bunyi kenderaan juga lebih kuat di aras bawah. Agak mengganggu anak anak kita nak tidur. Terutama sekali jika kita ada anak kecil.


ii. Rumah apartment di aras atas (tingkat 3, 4 & 5).

Siapalah sanggup naik tangga hari hari kan, apatah lagi kalau rumah kita berada tinggi di tingkat atas. Hari ini kita muda lagi, lutut pun masih kuat. Kalau tiba tiba kaki kita terseliuh, kan azab nak naik turun tangga tu kan?

Selain tu, kita perlu fikirkan nasib ahli keluarga wanita. Kalau isteri kita mengandung terutama sekali semasa dah sarat mengandung, mana larat nak mendaki tangga. Risiko untuk jatuh di tangga juga tinggi, jangan main main kerana ini soal nyawa 2 ahli keluarga tersayang.

Selain itu, tingkat paling atas juga mempunyai bumbung yang menyebabkan 2 risiko tambahan iaitu
  • Risiko untuk berlaku bumbung bocor.
  • Suhu rumah yang panas semasa musim panas kerana lapisan insulasi tidak berfungsi dengan baik. Menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kipas dan pendingin hawa perlu dibuka setiap masa.


Jika anda nak beli juga rumah apartment tanpa kemudahan lif, tingkat berapa yang terbaik?

Sebaiknya, cari rumah di aras 1 kerana tidak ramai orang lalu lalang di depan rumah dan ia juga tidak terlalu tinggi.


3. Rumah yang berhampiran dengan loji rawatan sisa kumbahan.

Semasa anda melawat rumah ingin dibeli, pastikan kita periksa dulu lokasi loji kumbahan. Pastikan kedudukannya tidak terlalu dekat kerana

loji kumbahan

  • Bau dari loji kumbahan akan dibawa oleh angin.
  • Bahaya untuk anak anak bermain di kawasan loji sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
Menarik dibaca:

4. Rumah yang terletak berhampiran kawasan kediaman kos murah.


Semasa kita membeli rumah, seeloknya kita memilih kejiranan yang sekufu dengan taraf hidup kita supaya

rumah kos rendah
  • Risiko keselamatan dan kecurian kerana pada kebiasaannya pencuri akan fokus pada rumah yang paling mewah di kawasan tersebut. Apatah lagi sekiranya rumah yang anda beli tidak mempunyai kawalan keselamatan. Bebas untuk orang luar mundar mandir.
  • Kebersihan kawasan kediaman kos murah pada kebiasaannya tidak memuaskan. Ini menyebabkan bau busuk & gangguan haiwan perosak yang menyebabkan penyakit. Contohnya kes demam denggi yang tinggi di kejiranan tersebut kerana air bertakung & saliran longkang yang tersumbat.
  • Pemandangan yang tidak menarik.


5. Lokasi rumah berdekatan stesen TNB.

tnb sub station

Rumah yang berada paling dekat dengan stesen TNB menimbulkan rasa tidak selamat sekiranya berlaku kerosakan serius di substation. Sekiranya ia meletup, rumah tersebut yang paling dekat. Sentimen ini yang menyebabkan rumah tersebut sukar terjual.


6. Rumah dengan status lot bumiputera / rizab melayu.

Kediaman yang mempunyai status ini sukar terjual kerana kita hanya boleh menjualnya kepada pembeli melayu & bumiputera saja. Nak cari pembeli bumiputera yang mampu membeli pada harga pasaran memang agak sukar. Sebab itu, tak banyak permintaan untuk rumah jenis ini.


Kesimpulan.

Sekiranya anda masih mempertimbangkan untuk membeli rumah, pastikan kita mengambil kira 6 ciri ciri rumah di atas. Kita pun tak tahu apa nak jadi di masa depan kan, manalah tau tiba tiba kena pindah tempat kerja atau ada masalah keluarga. Senang urusan kita nak jual rumah tu.
Lebih baharu Lebih lama