Top Ad unit 728 × 90

Cara Semak Report CCRIS Online. Pinjaman Perumahan Mudah Lulus Jika Rekod Cantik! Wah, Senangnya!

Semak report ccris online

Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk pinjaman perumahan LPPSA atau bank kita mudah lulus. Penting untuk jaga rekod CCRIS & CTOS supaya cantik.

Dan dari komen pembaca, ramai yang tak tahu cara semak ccris report online sebelum beli rumah.

Ada beberapa cara untuk semak rekod CCRIS.

Di bawah ini saya kongsikan cara caranya.


Cara Semak Report CCRIS Online Sebelum Buat Pinjaman Perumahan! Tak susah pun.

Terdapat 2 cara yang saya tahu untuk semak rekod CCRIS, ada yang perlu walk in ke Bank Negara. Yang ini agak susah, harga yang kita perlu bayar adalah usaha.

Ada pula yang boleh kita lakukan dalam talian saja. Yang ini kita perlu bayar dengan duit pula.


Terpulang pada kita untuk cuba cara yang mana.


Saya kongsikan cara sihat dulu, sihat sebab apa? Sebab kita kena memandu & jalan kaki pergi Bank Negara Malaysia.


Saya suka cara pertama, sebab dapat peluang masuk Bank Negara. Bukan selalu dapat peluang kan. Kalau tak ada urusan memang takkan jejakkan kaki ke mari.



Semak report ccris online bank negara malaysia bnm

Cara Semak CCRIS Online Melalui eCCRIS Yang Mudah!

Kita cuma perlu datang ke Bank Negara sekali saja untuk urusan pendaftaran. 

Tak perlu datang lagi kali kedua untuk semak rekod CCRIS, melainkan ada ada niat lain ke sana. Kali kedua dan seterusnya boleh semak online dari rumah saja.


DI bawah ini saya kongsikan langkah langkah mudah membuat semakan CCRIS online melalui melalui laman eCCRIS.



Semak report ccris online eccris

Cara Mendaftar di dalam sistem ECCRIS

  1. Pergi ke cawangan bank negara terdekat dengan kawasan anda pada waktu pejabat.
  2. Dapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan ataupun pegawai pertanyaan bertugas untuk mengenal pasti kiosk pendaftaran CCRIS.
  3. Mulakan mendaftar di kiosk CCRIS yang di sediakan.
  4. Isi semua maklumat seperti butiran peribadi, no ic & no telefon yang di perlukan.
  5. Semak maklumat yang di isi sebelum menghantarnya. Pastikan semuanya betul.
  6. Pihak bank negara akan menghantar SMS yang mengandungi nombor pin 6 angka kepada nombor telefon bimbit kita yang didaftarkan.

Cara Daftar Masuk Ke Sistem eCCRIS Untuk Kali Pertama!

Selepas kita mendapat SMS mengandungi 6 digit kata laluan, sudah selesai urusan kita di Bank Negara.

Seterusnya kita sudah masuk sistem eCCRIS untuk mendapatkan rekod CCRIS dalam talian.


Ikut cara semak rekod CCRIS langkah demi langkah di bawah


  1. Layari laman eccris.bnm.gov.my
  2. Cari butang “Log Masuk Kali Pertama”
  3. Buat pilihan Kewarganegaraan” daripada senarai yang ada.
  4. Masukkan maklumat berikut. ID ialah no kad pengenalan seperti yang tertera di kad pengenalan (IC).

    No pin pula adalah 6 digit yang di terima melalui SMS selepas selesai mendaftar di BNMLink.
  5. Klik butang “Hantar”
  6. Di paparan baru, masukkan alamat e-mel yang kita gunakan & tukar kata laluan baru untuk tujuan keselamatan.

    Kata laluan baru yang dipilih mestilah memenuhi syarat syarat keselamatan iaitu:
    • Panjang kata laluan hendaklah minimum 10 aksara
    • Kata laluan mestilah mengandungi gabungan huruf besar (A-Z) & huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan aksara istimewa seperti !@#$%
  7. Klik butang “Hantar” setelah berpuas hati.
  8. Kita akan di bawa ke skrin “Tetapan Keselamatan”
    • Sama seperti ciri keselamatan untuk masuk ke laman web bank seperti maybank & cimb. Kita perlu memilih imej keselamatan & frasa keselamatan. 
    • Pilih soalan keselamatan yang jawapannya kita sentiasa ingat. Ini untuk mengelakkan terlupa di kemudian hari.
  9. Klik butang “Hantar"
  10. Kita akan menerima mesej mesej pengesahan.

Cara Dapatkan Report CCRIS Online di Lama eCCRIS

Sekarang kita dah selesai memilih imej & frasa keselamatan. Seterusnya mudah untuk kita log masuk ke dalam akaun eCCRIS.

Sila ikuti arahan berikut:


  1. Daftar masuk ke eccris.bnm.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna dan klik "Seterusnya", kita akan di paparkan dengan imej & frasa keselamatan yang dipilih sebelum ini.

    Jika tiada masalah pada imej & frasa ini tekan butang "Ya"
  3. Masukkan kata laluan yang di tetapkan sebelum ini & tekan "Log masuk"
  4. Bagi memperolehi laporan CCRIS, klik “Carian”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”
  5. Kita akan diberi pilihan untuk persetujuan terhadap kenyataan penafian, tekan kotak “Saya Setuju” dan kemudian tekan butang “Carian Laporan”.
  6. laporan CCRIS kita sudah boleh di lihat. Sekarang kita boleh tahu rekod cantik atau tidak.

    Kita dah hampir selesai dengan proses muat turun laporan CCRIS. Setelah laporan dipaparkan di skin komputer / telefon pintar anda, 
    klik butang “Muat turun”.

    Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun ke dalam peranti kita.

    Tekan "Save"
  7. Fail yang di muat turun ke dalam peranti kita adalah dalam format PDF & mempunyai ciri ciri keselamatan yang tinggi.

    Fail ini dilindungi oleh kata laluan yang hanya diketahui oleh kita. 
    • Tarikh carian report CCRIS di lakukan di laman eCCRIS (Contoh: 11Nov2017)
    • 3 karakter pertama ID eCCRIS kita(Contohnya jika ID kita adalah Muhammad, 3 aksara pertama ialah Muh
    • Gabungan tarikh & 3 aksara pertama ini akan menjadi : 11Nov2017Muh
    • Komputer & peranti mudah alih kita memerlukan perisian yang mampu membaca fail berformat pdf untuk membukanya.

      Boleh muat turun di internet atau di google play.

      Maklumat CCRIS kita ada rahsia, jangan kongsikan dengan individu lain ya.
Selesai sudah cara untuk menyemak rekod CCRIS yang pertama.

Seterusnya cara yang lebih mudah.

Tak perlu jalan kaki ke Bank Negara, tetapi perlu keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan rekod CCRIS kita.

Adil kan?

Dapat jimat masa.

Cara Semak Rekod CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara Malaysia!

cara semak report ccris melalui ramci

Bagaimana caranya? Mudah saja, ikut langkah langkah di bawah.
  1. Layari Laman RAMCI & daftar masuk.
  2. Isikan semua maklumat yang di minta oleh laman ini. Antara maklumat yang di perlukan untuk tujuan pengesahan adalah gambar kad pengenalan kita depan & belakang.

    Boleh tangkap gambar IC kita menggunakan telefon pintar & muat naik ke laman RAMCI.
  3. Selesai isi semua info, semak sehingga puas hati & klik butang 'Create An Account'. Kita akan menerima kata laluan melalui SMS.

    Prosedur yang sama untuk melakukan transaksi di perbankan internet.

    Masukkan kod online transfer protocol OTP yang diterima melalui sms itu di bahagian OTP code.

    Seterusnya klik butang "Create an account".
  4. Kita akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan ini untuk memastikan idientiti. Jawab dengan jujur.

    Tekan butang "Submit"
  5. Kita akan di kenakan caj RM10 untuk 1 salinan rekod CCRIS terkini. Tekan butang "Buy Now" & seterusnya pilih kaedah pembayaran.

    Boleh buat pembayaran melalui kad kredit / debit mahupun pemindahan dalam talian.
  6. Ikut saja langkah langkah pembayaran, dan selepas selesai, rekod CCRIS kita akan di emelkan ke dalam emel yang telah di daftarkan terlebih dahulu di RAMSI.
  7. Memang lebih mudah menggunakan cara ini, terutama sekali sekiranya kita sibuk bekerja ataupun bank negara jauh dari kawasan kita.

Kesimpulan

Menyemak rekod CCRIS tidak lagi sukar untuk di lakukan, saya pasti kita akan pilih cara yang lebih mudah.

Pada saya, saya lebih suka cara pertama iaitu walk in saja ke Bank Negara & daftar sendiri di kiosk BNMLink.

Sebab apa?

Kerana tiada caj bayaran di kenakan untuk setiap salinan CCRIS pada masa akan datang.

Cara kedua memang lebih mudah, tetapi setiap kali kita nak semak rekod dalam talian, perlu bayar lagi.

Mana mana pun boleh kan, asalkan kita selesa.

Jika anda ada soalan, pertanyaan ataupun saja suka suka mahu berkongsi pengalaman. Boleh tulis di ruangan komen di bawah.

Cara Semak Report CCRIS Online. Pinjaman Perumahan Mudah Lulus Jika Rekod Cantik! Wah, Senangnya! Reviewed by Azmi Writer on April 26, 2018 Rating: 5

9 comments:

  1. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga Tuan dan keluarga semakin makmur dan dilimpahi rahmat Allah.

    Senang nak semak report ccris online ya.

    Mahalnya harga ilmu kalau tak tahu. Dah tahu semua senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen puan yang baik hati.

      Delete
  2. Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga Tuan. Rupa rupanya ini cara semak rekod ccris online yang mudah kan.

    Tak lah susah kan.

    Kalau tahu cara semua jadi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, itulah kelebihan orang berilmu

      Delete
  3. Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat cuti panjang kita pun apa lagi. Pergi lah manfaatkan cuti sebaiknya

      Delete
    2. Cuti cuti kalau tak jalan jalan memang rugi

      Delete
  4. Mama singgah blog walking ke blog tuan pagi isnin ni. Senang nak semak report online kan.

    ReplyDelete
  5. lama dah tak cek ccris tapi setakat ni prompt payment :), mudah kalau semuanya dihujung jari, jimat masa tak perlu ke bank negara

    ReplyDelete

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.