5 Sebab susah jual rumah subsale. Atasi masalah ni supaya rumah terjual

Kelemahan jual rumah subsale

Dah beberapa kali kami didatangi oleh klien yang berniat membina rumah sendiri menggunakan modal tunai. Ramai orang ingat, orang kaya saja mampu buat rumah cash. Jutawan dengan bisnes meletup letup.

Tapi sebenarnya, pekerja pejabat macam kebanyakan dari kita pun mampu buat rumah tunai. Dengan syarat kita beli rumah yang tepat dari muda. Kemudian kita jual rumah tersebut.

Senarai artikel dalam siri jual rumah:

Tetapi, untuk memastikan rumah yang dibeli menjadi pelaburan yang menguntungkan banyak faktor yang perlu kita ambil kira.

Sekiranya kita berjaya menyelesaikan masalah di bawah sebelum prospek melawat rumah, pasti lebih cepat kita dapat jual rumah tersebut.


Kenalpasti & atasi kelemahan yang ada pada rumah subsale, supaya mudah untuk prospek membelinya!


1. Pembeli perlu menyediakan wang deposit yang besar.

Antara cabaran utama yang menghalang prospek membeli rumah subsale ialah mereka perlu mempunyai kekuatan modal tunai yang banyak.

duit pendahuluan

Prospek perlu mempunyai sekurang kurangnya 15% duit tunai daripada harga rumah. Contohnya, sekiranya rumah subsale yang ingin dibeli bernilai RM400,000, bakal pembeli yang serius perlu menyediakan RM60,000.

Kos 15% ini terdiri daripada
  • 10% duit pendahuluan (down payment).
  • 5% kos peguam dan duti setem.

Tak ramai pembeli mampu sediakan wang tunai sebanyak itu. Deposit untuk rumah baru hanyalah 1% dari harga rumah. Sebab itu lebih mudah untuk pembeli memilih rumah baru. Jadi, apa yang boleh kita buat untuk membantu bakal pembeli menyediakan kos tersebut? Ada 2 cara iaitu
  • Wang pendahuluan 10% dibayar menggunakan duit KWSP.
  • Memohon pembiayaan lebih dari diperlukan. 
Sekiranya kita mampu menghapuskan halangan pertama ini, lebih ramai bakal prospek berkualiti yang layak membeli rumah kita.


2. Rupa luaran dan pelan lantai yang ketinggalan zaman.

Citarasa manusia cepat berubah. Apatah lagi selepas puluhan tahun berlalu. Rumah yang dibina lebih sepuluh tahun lalu pasti tidak memenuhi selera semasa.

ketinggalan zaman

Contohnya, trend sekarang ini gemarkan rekaan konsep terbuka. Masuk rumah saja boleh nampak dapur dari ruang tamu. Biasanya yang gemarkan rekabentuk terbuka terdiri dari pasangan muda yang berpendidikan tinggi dan kemungkinan belajar di luar negara.

Selain itu, rekaan rumah yang minimalis dan ringkas juga popular masakini. Rekaan jenis ini nampak kemas dan memerlukan penyelenggaraan yang sedikit.

Rumah subsale yang ingin dijual tidak mempunyai rekabentuk berkonsepkan terbuka & minimalis begini. Macam mana nak atasi masalah ini?

Sebab itu penting untuk kita kenal pasti prospek bagaimana yang berkemungkinan besar meminati rekaan rumah subsale sedia ada. Mungkin prospek yang kita cari mempunyai gayahidup yang sama seperti keluarga penjual. Jadi kita tulis iklan dengan skrip ditujukan khusus pada kelompok tersebut. Wajib belajar ilmu copywriting yang betul supaya umpan mengena. Masa inilah gunanya kita tekankan "unique selling porposition" rumah yang ingin dijual.

Harga rumah subsale juga lebih murah dari rumah baru, dengan perbezaan sekitar 20%. Sekiranya perbezaan ini boleh menampung kos pengubahsuaian rumah selepas jualan, pasti prospek tersebut akan mempertimbangkan dengan serius untuk membeli rumah subsale.


3. Pastikan sijil CCC rumah anda masih sah.

Rumah yang pernah menjalani pengubahsuaian berisiko kehilangan sijil CF atau CCC kerana tidak mematuhi syarat syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

sijil ccc

Sekiranya anda tidak memohon kepada PBT semasa kerja renovasi dilakukan, besar kemungkinan CCC untuk rumah anda telahpun tidak sah. Rumah yang tidak mempunyai sijil CCC sukar untuk dijual kerana kesukaran memperolehi pembiayaan dari bank & LPPSA.

Macam mana nak atasi masalah ini? Sekiranya anda ingin melakukan renovasi untuk menaikkan seri rumah sebelum menjualnya, pastikan kita dapatkan kebenaran dari PBT. Patuhi semua syarat yang diberikan, supaya CCC kita tidak terbatal kerana renovasi.


4. Kos penyelenggaraan rumah subsale.

Sama seperti membeli kereta terpakai, kita perlu melaburkan sedikit wang untuk penyelenggaraan supaya ia berfungsi dengan baik. Rumah subsale yang berusia lebih 10 tahun pasti akan mempunyai kerosakan kecil di sana sini.

penyelenggaraan rumah

Sekiranya pembeli pindah masuk tanpa melakukan kerja pembaikan, pasti akan ada kerosakan yang kita tak perasan sebelum masuk.

Macam mana nak atasi masalah ini?

Kita sebagai penjual rumah perlu modalkan duit terlebih dahulu untuk perbaiki kerosakan ini. Sebarang retak pada dinding dan bocor dibumbung mestilah diperbaiki. Rumah yang dalam keadaan baik lebih cepat terjual.

Selain itu, pembeli juga boleh dapatkan pandangan dan sebut harga dari kontraktor renovasi tentang belanja yang perlu dikeluarkan untuk menyelenggara rumah tersebut. Kos ini kita boleh ambil kira lebih awal.


5. Perlu lebih usaha untuk mendapat rumah yang diidam idamkan.

Prospek yang melawat rumah kita mempunyai impiannya sendiri, boleh jadi mereka inginkan rumah yang hampir dengan surau dengan rakan rakan seusia & banyak majlis ilmu. Atau mungkin juga mereka inginkan rumah 2 tingkat yang mempunyai bilik tidur di tingkat bawah lengkap dengan bilik airnya sendiri.

Pembeli rumah subsale perlu usaha lebih untuk mendapat unit yang memenuhi citarasa mereka.

Apa pun hajat mereka, kita perlu berusaha untuk padankan kehendak mereka dengan kelebihan yang ditawarkan rumah subsale kita. Sekiranya kita berjaya yakinkan mereka, insyaallah cepat terjual rumah tersebut.


Kesimpulan.

Rumah subsale mempunyai kelebihan dan kekuranganya yang tersendiri. Sekiranya kita dapat membantu prospek menyelesaikan dilema yang dialami oleh prospek, lebih singkat masa yang akan diambil untuk menjual rumah tersebut.

Diharap perkongsian kami ini memberikan manfaat kepada anda.