Cukai Keuntungan Hartanah Tanah (CKHT) / Real Property Gain Tax (RPGT) semasa jual rumah

cukai keuntungan harta tanah malaysia

Apakah itu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) / Real Property Gain Tax (RPGT)?

Sekiranya anda tertanya tanya mengenai CKHT, cukai ini dikenakan terhadap keuntungan bersih dari penjualan hartanah yang kita lakukan.

Artikel menarik dalam siri jual rumah
  1. 11 proses menjual rumah menggunakan khidmat ejen hartanah. 
  2. 11 Tips memastikan rumah kita terjual dengan cepat.
  3. Ciri ciri rumah susah dijual. 
  4. Panduan jual rumah subsale supaya pembeli tak sabar nak bayar deposit. 
  5. Jual rumah subsale lebih mudah selepas anda memahami kelemahannya.
  6. Dokumen wajib untuk jual rumah
  7. Kelebihan jual rumah dengan bantuan ejen hartanah 
  8. Kos terlibat dalam menjual rumah
  9. Apa yang kita perlu tahu tentang cukai keuntungan harta tanah (CKHT) (Artikel yang anda baca ini).

Siapa yang dikenakan CKHT?

Cukai ini dikenakan kepada 2 kumpulan iaitu individu dan juga syarikat. Bagi individu yang menjual hartanah (rumah & tanah) di Malaysia dan memperolehi keuntungan bersih dari jualan tersebut layak dikenakan CKHT.

Bagi syarikat pula, CKHT akan dikenakan ke atas syarikat dengan nilai asset nyata bersamaan 75% atau lebih yang melupuskan saham


Kepada siapa CKHT dibayar?

Cukai ini perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas pendapatan bersih hasil penjualan hartanah.

Nilai CKHT yang dikenakan bergantung kepada tempoh masa hartanah tersebut berada di atas pegangan kita. Bermula daripada tarikh perjanjian jual beli (S&A / S&P) hingga tarikh pelupusan dokumen tu.

CKHT dikenakan kepada semua pelupusan hartanah bermula dari tahun 2019. Walaupun pelupusan hartanah tersebut melebihi tempoh pegangan 5 tahun.


cara mengira ckht

Bagaimana cara yang mudah mengira CKHT? 

LBagi mengira nilai CKHT untuk jualan sesuatu hartanah, kita perlu mengetahui nilai keuntungan bersih penjualan asset tersebut yang layak dikenakan cukai. Cara mengira untung bersih adalah seperti di bawah.

Keuntungan bersih = Harga jualan rumah - Harga beli rumah

Rumah yang dijual dalam tempoh 5 tahun pembelian, akan dikenakan CKHT sekiranya mempunyai keuntungan. Kadar CKHT dikenakan berbeza menurut tempoh rumah dijual.

Cukai ini juga dikenakan bagi rumah yang telah dimiliki melebihi tempoh pada kadar 5%. Boleh rujuk jadual di bawah untuk membantu anda mengetahui kadar CKHT individu.

CKHT = Kadar CKHT x Keuntungan bersih

Tapi, tak semua pelupusan hartanah layak dikenakan CKHT. Sekiranya nilai keuntungan bersih negatif atau dengan kata lain penjualnya mengalami kerugian, CKHT tidak akan dikenakan untuk jualan tersebut.

Contoh
  • Harga jualan : RM 300,000
  • Harga belian : RM 200,000
  • Tempoh rumah telah dibeli : 4 tahun
  • Kadar CKHT bagi individu bagi tempoh tersebut: 20%
  • Nilai CKHT : RM300,000 - RM200,000 = RM100,000 x 20% = RM20,000

pengecualian cukai keuntungan harta tanah

Bagaimana mendapat pengecualian CKHT?

Ada ke cara untuk mendapat pengecualian daripada dikenakan CKHT? Ya, memang ada. Terdapat 3 keadaan yang boleh mengecualikan kita dari CKHT iaitu
  • Jual beli hartanah di antara ahli keluarga terdekat, contoh di antara ibubapa dan anak.
  • Pengecualian 1 kali seumur hidup untuk hartanah yang dijual.
  • Nilai keuntungan bersih RM10,000 atau lebih rendah.


Bagaimana pula caranya untuk kita membayar CKHT?

Anda boleh ikut langkah di bawah

  1. Dapatkan borang borang di bawah di cawangan LHDN berhampiran ataupun muat turun di laman sesawang mereka.
    .
  2. Anda sebagai penjual perlu mendapatkan borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT/ RPGT 1A) dari LHDN dan isi borang tersebut. Pastikan kita kepilkan bersama salinan Perjanjian Jual Beli (S&P / S&A) bersama sama dokumen sokongan lain.
    .
  3. Pihak pembeli juga dikehendaki mengisi borang CKHT 4 iaitu Sijil Perakuan Penyelesaian  yang juga dikepulkan bersama salinan Perjanjian Jual Beli (S&P / S&A).
    .
  4. Jika pelupusan hartanah anda kali ini layak mendapat pengecualian CKHT, pastikan isi borang CKHT 3, iaitu Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A CKHT 1976.
    .
  5. Borang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari di cawangan LHDN berdekatan.
    .

Rumusan.

Diharap artikel pendek ini membantu anda menjawab semua persoalan berkaitan cukai keuntungan harta tanah (CKHT). Pastikan kita telah memahami kaedah mengira CKHT dan mengetahui sama ada kita tergolong dalam kelompok yang mendapat pengecualian.

Dengan mengamalkan tips yang kami berikan ini, banyak wang yang dapat kita jimatkan melalui perancangan yang betul.