11 Proses jual rumah cepat menggunakan servis ejen hartanah.

Proses jual rumah cepat
Ramai dari kita tahu, terdapat 3 cara utama untuk dapat modal bina rumah atas tanah sendiri, iaitu pinjam bank, pinjam LPPSA untuk kakitangan gomen atau gunakan duit tunai.
Tapi pernahkah anda tertanya tanya pilihan no 3, bisnes apa mereka buat sampai ada duit tunai banyak macam tu. Tapi sebenarnya, tak perlu ada bisnes juta juta pun boleh buat rumah tunai.

Asalkan kita tau caranya semasa muda, iaitu beli rumah ikut kemampuan dari usia muda. Sebaiknya seawal mungkin, dari usia 20 an. Kemudian selepas kira kira 20 tahun kemudian, semasa harga hartanah telah meningkat naik, mereka jual rumah tersebut untuk dijadikan modal beli tanah & buat rumah. Sebelum ini kami telah pun berkongsi cara beli tanah yang terbaik untuk buat rumah.

Artikel menarik dalam siri jual rumah
  1. 11 proses menjual rumah menggunakan khidmat ejen hartanah. (Artikel yang anda baca ini)
  2. 11 Tips memastikan rumah kita terjual dengan cepat.
  3. Ciri ciri rumah susah dijual. 
  4. Panduan jual rumah subsale supaya pembeli tak sabar nak bayar deposit. 
  5. Jual rumah subsale lebih mudah selepas anda memahami kelemahannya.
  6. Dokumen wajib untuk jual rumah.
  7. Kelebihan jual rumah dengan bantuan ejen hartanah.
  8. Kos terlibat dalam menjual rumah
  9. Apa yang kita perlu tahu tentang cukai keuntungan harta tanah (CKHT) 
Kali ini, kita kongsikan pula proses untuk jual rumah.


Proses untuk menjual rumah. Terdapat 11 Langkah semuanya.

Proses jual rumah cepat 1
1. Periksa info mengenai rumah yang akan dijual. Antara maklumat penting yang perlu kita dapatkan ialah
  • Semak samada rumah tersebut adalah lot bumiputera atau bukan. 
  • Adakah tanah tersebut berstatus pegangan bebas (free hold) ataupun pegangan sementara (lease hold). 
  • Periksa semula dokumen pembiayaan perumahan samada mempunyai penalti sekiranya rumah dijual dalam "lock in period". 


2. Buat sedikit analisis tentang harga pasaran rumah di kawasan perumahan yang ingin dijual. Selepas itu, letakkan harga yang kompetetif, iaitu tidak melebihi harga pasaran & tidak pula terlalu murah.


3. Pemilik rumah melantik ejen hartanah bertauliah. Pada peringkat ini kita mempunyai pilihan samada ingin menjual sendiri hartanah tersebut, ataupun melantik perunding hartanah yang mahir dengan selok belok bidang ini.

Perunding hartanah akan mengenakan caj perkhidmatan sekitar 3% dari harga rumah . Sekiranya anda sanggup bersusah sedikit untuk menguruskan penjualan tersebut, banyak juga wang yang kita dapat jimatkan. Kelemahannya ialah anda perlu banyak habiskan masa & tenaga untuk selesaikan urusan ini. Pilihan ini lebih sesuai sekiranya anda tidak tergesa gesa & rajin mengkaji proses menjual rumah.

Tetapi sekiranya anda memerlukan rumah tersebut terjual dengan segera, lebih mudah untuk dapatkan servis perundung hartanah.

Mereka yang gemar mempelajari perkara baru & tidak kisah akan prosesnya yang rumit pada kebiasaannya akan memilih untuk menjual sendiri. Orang sama juga mempunyai kecenderungan untuk menguruskan pembinaan rumah di atas tanah sendiri tanpa mengurangkan servis kontraktor. Walaupun rumah yang dibina mungkin siap, tetapi hasilnya pasti tidak akan sama. Bersiap sedialah untuk membayar dengan kos lebih mahal sebagai harga pembelajaran.


4. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman kerana ini akan melancarkan proses jual beli. Pihak penjual & pembeli rumah tidak boleh melantik peguam yang sama untuk menguruskan proses jual beli bagi mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest).

Tugas peguam adalah membantu kita menguruskan semua urusan berkaitan undang-undang perjanjian jual beli.

Mesti baca:


5. Senarai pendek bakal pembeli yang berminat. Dapatkan yuran tempahan (booking fees) dari pembeli yang serius, yuran ini kebiasaanya adalah 3% dari nilai hartanah yang ingin dijual. Yuran ini termasuk dalam duit pendahuluan (duit muka) membeli rumah ini.


6. Menandatangani penjanjian jual beli (Sale & Purchase Agreement - S&A / S&P). Pembeli mesti melunaskan bayaran untuk 7% dari nilai harga rumah yang dijual sebagai duit muka kepada penjual rumah.


7. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan seorang perunding hartanah bertauliah, anda perlu melunaskan bayaran komisyen 3% kepada agensi hartanah selepas dokumen penjanjian jual beli (S&P / S&A) ditandatangani.


8. Sekiranya rumah yang dijual masih mempunyai baki pembiayaan yang belum dilangsaikan, bank akan memberikan pembeli tempoh selama 3 bulan supaya melangsaikan baki tersebut.

Tempoh tambahan selama 1 bulan akan diberikan oleh bank jika baki ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh 3 bulan tersebut. Tetapi, penalti yang dikira harian akan dikenakan dalam tempoh 1 bulan tersebut, bagi setiap hari diambil.


9. Peguam akan menguruskan penukaran nama di atas geran dengan syarat pihak bank telah menerima transaksi bayaran dari pembeli.


10. Pembeli rumah mesti melangsaikan baki pembiayaan hartanah kepada penjual selepas urusan penukaran nama di atas geran selesai dilakukan peguam.


11. Pembeli akan menerima kunci dari penjual, selepas penyerahan baki wang jualan rumah telah dilakukan pembeli.

Selepas proses jual beli ini selesai, anda boleh menggunakan duit tunai yang diperolehi untuk membina rumah idaman di atas sebidang tanah milik sendiri. Boleh klik link di bawah untuk mengetahui proses membina rumah idaman.

Menarik di baca:
Jika anda masih belum mempunyai pelan rumah, boleh lihat contoh contoh pelan yang kami berikan secara percuma di bawah.

Menarik di baca:


Postingan Terkait

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *