Apa itu CCC? mengapa rumah anda perlu mempunyai CCC

Saya sering mendapat pertanyaan apabila memaklumkan tentang keperluan CCC bagi sesebuah rumah. 

Didalam artikel ini akan saya jelaskan apa itu CCC dan juga keperluan CCC tersebut bagi sesebuah rumah terutama rumah banglo sesebuah.

Pihak berkuasa tempatan selangor


Apa itu CCC?

  1. CCC adalah singkatan bagi 'certificate of completion and compliance" atau dalam bahasa melayu adalah sijil siap dan pematuhan. 
    Dahulunya kita kenali CCC ini sebagai CF dalam bahasa inggeris 'certificate of fitness' atau bahasa melayu disebut sebagai sijil layak menduduki.
  2. CCC ini akan dikeluarkan oleh pihak PBT apabila rumah anda telah siap dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak PBT. 
    Borang-borang ini boleh anda muat turun di website Pertubuhan Arkitek Malaysia (www.pam.org.my) atau di website PBT.
  3. Terdapat 21 borang yang perlu diisi oleh setiap pihak yang terlibat didalam binaan rumah anda. Pihak yang terlibat adalah arkitek, jurutera dan juga kontraktor sendiri yang mana mengikut disiplin masing-masing.

Bagaimana saya ingin mendapatkan CCC bagi rumah saya?

  1. Urusan mendapatkan CCC akan dilakukan oleh pihak arkitek, beliau akan menguruskan segala urusan yang melibatkan dengan pihak PBT, jadi anda sebagai klien tidak perlu ke PBT untuk menguruskan mengenai CCC.
  2. Syarat yang penting bagi rumah anda layak mendapat CCC adalah rumah anda perlu mendapatkan kelulusan bangunan dari pihak PBT, sekiranya anda tidak mendapatkan kelulusan, lupakan sahaja mengenai CCC.
  3. Anda juga perlu menggunakan khidmat kontraktor rumah dalam membina rumah. Ini kerana tukang rumah tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan pembinaan rumah yang menepati syarat sijil CCC. Tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut.





Adakah perlu untuk saya mendapatkan CCC bagi binaan rumah?

pemeriksaan rumah oleh pihak berkuasa tempatan pbt
  1. Bagi rumah sesebuah yang dibina diatas tanah sendiri, keperluan CCC adalah bergantung kepada anda sendiri. 
  2. Sebaiknya dapatkan CCC bagi kediaman anda untuk kemudahan anda bagi menjual rumah pada harga pasaran pada masa akan datang.
  3. Kebanyakkan tuan rumah mengambil mudah keperluan CCC kerana menganggap ianya tidak perlu dan rumah yang dibina adalah bagi diduduki sendiri, ia sememangnya benar tetapi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kediaman anda tidak dilindungi insuran.

Tonton video dibawah untuk 7 langkah membina rumah yang mempunyai sijil CCC di atas tanah sendiri.




Apa kelebihan sekiranya rumah saya memiliki CCC?

  1. Sekiranya rumah anda memiliki CCC, anda boleh insurankan rumah tersebut dan rumah tersebut juga boleh dijual dengan harga pasaran. 
  2. Sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CCC, bank hanya akan menilai sebagai tapak tanah yang mempunyai rumah yang mana nilaian rumah tersebut kebiasaannya adalah rendah kerana nilai yang diambil kira adalah nilai harga tanah bukannya nilai rumah itu sendiri.

Apakah yang menyebabkan kediaman saya tidak boleh memperolehi CCC?

sebab permohonan ccc rumah oleh pihak berkuasa tempatan gagal

Anda telah mendapat kelulusan bangunan dari pihak PBT tetapi apabila ingin mendapatkan CCC, CCC tidak boleh dikeluarkan. Ada beberapa sebab CCC tidak boleh diperolehi antaranya:
  1. Borang G dihantar tidak lengkap, terdapat pihak-pihak  yang sepatutnya menandatangani borang tersebut tidak tandatangan atau sijil mereka telah tamat tempoh atau batal.
  2. Orang yang dipertanggungjawabkan (arkitek) yang menandatangani pelan bangunan bukan orang yang sama menandatangani borang G. Anda tidak boleh menggunakan arkitek yang berbeza bagi pelan bangunan dan borang G. Sekiranya terjadi begitu, pihak yang menandatangani pelan bangunan perlu mengeluarkan surat serah tanggungjawab kepada pihak yang baharu (anda perlu mendapatkan nasihat dari PBT bagi permasalahan ini)
  3. Binaan tidak mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan. Sekiranya binaan tidak sama, anda perlu membuat pelan pindaan dan denda akan dikenakan.
    Tetapi jika binaan yang dibuat telah melanggar setback yang telah ditetapkan PBT, PBT berhak untuk meminta anda merobohkan bangunan tersebut dan mengikut setback yang telah ditetapkan.
  4. Kelulusan pembentungan (surat sokongan) dari IWK tidak dikeluarkan. terdapat 9 borang yang berasingan bagi kelulusan pembentungan, sekiranya pihak IWK tidak mengeluarkan surat sokongan tersebut, borang G14 walaupun telah bertandatangan adalah tidak sah.
  5. Tidak mengikut syarat dan nasihat yang telah diberi oleh pegawai PBT. Pihak PBT akan membuat lawatan ke kediaman anda.
    Pihak kontraktor perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan PBT, sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, pihak PBT berhak untuk menahan CCC anda dari dikeluarkan.

Saranan kepada pemilik tanah

  1. Saya menyarankan jika tanah anda adalah tanah lot banglo di tengah-tengah kawasan perumahan mewah serta bernilai tinggi, adalah lebih sesuai untuk kediaman anda memiliki CCC, ini kerana kos yang cuba anda jimat untuk mendapatkan CCC adalah tidak berbaloi dengan nilai hartanah anda.
  2. Bagi kelulusan CCC, kelulusan dari IWK yang agak sedikit susah untuk diperolehi tetapi untuk lot banglo di kawasan yang telah membangun, anda tetap perlu mendapatkan kelulusan IWK bagi menyambung ke sistem pembentungan sedia ada.
    Berbanding rumah-rumah kampung yang memadai hanya menggunakan tangki septik. Jadi agak rugi sekiranya anda tidak mendapatkan CCC bagi kediaman anda.
  3. Bagi tanah dikawasan perkampungan yang mana kadang-kadang keperluan CCC memerlukan anda menyiapkan jalan masuk serta lain-lain kerja infra seperti pembinaan longkang, pemasangan lampu jalan dan tiang elekrik.
    Ia adalah lebih mudah dan jimat sekiranya anda tidak memohon untuk CCC.


FAQ


Anda ingin membina rumah yang mempunyai sijil CCC?

Sekiranya anda ingin membina rumah yang patuh sijil CCC, langkah pertama adalah membeli lot tanah banglo berstatus kediaman & mempunyai geran individu. Baca panduan lengkap ciri ciri tanah lot rumah yang terbaik untuk membantu anda membeli tanah. Kemudian, lantik kontraktor rumah yang berpengalaman menguruskan permohonan di pihak berkuasa tempatan (PBT). Baca panduan 7 langkah membina rumah di tanah sendiri ini untuk lebih jelas.

Inginkan contoh pelan rumah 1, 2 & 3 tingkat yang patuh sijil CCC?

Pelan rumah yang mematuhi sijil CCC perlu mengambil kira anjakan sempadan (set back) yang ditetapkan PBT. Bagi membantu anda, Kami telah memberikan 30 contoh pelan banglo rekabentuk terkini siap dengan garisan setback untuk bentuk tanah berbeza. Anda boleh download percuma. Semua klien yang membina rumah bersama Nas Nuri Construction akan diberikan pelan baru yang dilukis khas untuk tanah mereka, boleh tukar sampai puas hati.

Apakah kos yang terlibat dalam membeli lot tanah banglo?

Kami telah bertemu ramai tuan tanah yang membeli tanah dengan lokasi & ciri ciri yang salah. Walaupun tanah yang dibeli murah jika dibandingkan tanah lain dengan luas sama, tetapi kos membina rumah atas tanah tersebut jauh lebih tinggi. Baca panduan yang kami tulis ini untuk mengira kos terlibat dalam proses belian tanah, Dapat elak dari rugi besar.

Berapakah saiz tanah lot yang sesuai untuk membina rumah yang selesa?

Kesilapan yang sering dilakukan ramai orang semasa membeli tanah ialah membeli tanah jenis lot lidi. Tanah lot lidi mempunyai ukuran buka yang kecil & mempunyai ruang membina rumah yang terhad. Anda boleh mengelakkan kesilapan ini dengan membaca panduan memilih tanah dengan ukuran & saiz yang tepat.

Ingin mencari kontraktor rumah dengan track record cemerlang membina banglo bermutu?

Kami di Nas Nuri Construction telah membantu lebih 100 pasangan suami isteri membina rumah idaman berkualiti di Selangor & Negeri Sembilan. Dengan pengalaman 15 tahun dalam industri pembinaan, segala selok belok & masalah yang dihadapi pelanggan seperti anda telah kami bantu selesaikan. Hubungi kami sekarang untuk bantuan segera.



Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                           mengenali Nas Nuri Construction.

Postingan Terkait

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *