Pelan rumah 1 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air di kaki bukit. Banglo 2292 kaki persegi

Memang cantik dan unik rumah yang dibina di lereng bukit. Selain pemandangan yang indah, susun atur rumah juga boleh dibina dengan unik. Ini kerana rekabentuk rumah yang memanfaatkan bentuk muka bumi.

Tetapi perlu diingat, kos untuk membina rumah dilereng bukit jauh lebih mahal dari pada tanah rata. Terutama sekali kerana kos pembinaan tembok penahan. Kami telahpun menulis panduan untuk mencari lot tanah terbaik. Boleh baca di bawah.

Rugi tak baca: Ciri ciri tanah lot banglo yang menjimatkan belanja bina rumah! Tak pening kepala dikemudian hari.

Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!


Pelan rumah banglo setingkat 4 bilik tidur 2 bilik air. Sesuai untuk tanah kaki bukit dengan pemandangan menarik.

Pelan rumah beserta model 3 dimensi banglo ini dihasilkan sepenuhnya oleh staf arkitek kami. Semua klien kami boleh merekacipta pelan rumah idaman mereka sehingga puas hati. Rumah yang dibina nanti betul betul memenuhi citarasa kita. Tak perlu kerja renovasi yang semestinya membazirkan duit.

Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.

Rumah banglo di lereng bukit ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 1875 kaki persegi dan saiz patio 417 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2292 kaki persegi.

Antara keunikan rumah yang dibina dilereng bukit ialah, sekali imbas rumah tersebut nampak seperti rumah 1 tingkat biasa. Tetapi jika dilihat dari belakang, barulah ciri ciri istimewa rumah ini terserlah.



Susun atur aras atas banglo 1 tingkat split level dengan 4 bilik tidur & 2 bilik air.

Pelan rumah kami lukis khas setelah mendapat pelan topografi tapak rumah tersebut. Antara keunikan tapak banglo ini ialah, terdapat 3 kawasan dengan kecerunan berbeza. Tanah ini bermula dengan kawasan cerun mendaki, diikuti dengan kawasan rata dan berakhir dengan cerun curam ke bawah.

Cabaran yang arkitek kami hadapi ialah membina rumah yang menepati kos yang diberikan klien kami dan pada masa yang sama mempunyai keluasan rumah yang dikehendaki. Kami telah merekabentuk sekurang kurangnya 3 usul pelan rumah dan telah memilih pelan terbaik untuk klien tersebut.

Hasilnya adalah seperti yang kami kongsikan kepada anda.

Ruang tempat letak kereta berbumbung rumah ini bersaiz 20 x 17 kaki dan mampu memberikan perlindungan cuaca kepada 2 buah kereta sedan dengan selesa.

Ruang keluarga 1

Tuan rumah perlu melalui kawasan foyer bersaiz 13 x 7 kaki dengan anak tangga. Pintu masuk utama rumah ini adalah pintu 2 daun yang menghubungkan foyer dengan ruang keluarga bersaiz 13 x 13 kaki.

Ruang keluarga ini menghubungkan 4 buah bilik tidur di dalam rumah ini. Terdapat juga sebuah bilik air tetamu (bathroom 1) bersaiz 5 x 8 kaki. Pintu masuk untuk bathroom 1 tersembungi dari mereka yang berada di ruang keluarga.

Bedroom 1 dan 2 mempunyai keluasan yang sama iaitu 13 x 13 kaki. Bedroom 3 pula adalah bilik tidur paling kecil di rumah ini dengan saiz 8 x 13 kaki.

Ketiga tiga bilik tidur tidak dilengkapi dengan bilik air di dalamnya. Penghuni bilik ini perlu berkongsi bathroom 1. Antara kelemahan rekaan sebegini ialah semasa menerima tetamu, ahli keluarga kita terpaksa berkongsi bilik air dengan tetamu. Memang kurang privasi, tetapi kelebihannya ialah ibu dan ayah mudah untuk memeriksa kebersihan bilik air tersebut.

Terdapat sebuah pintu keluar di hujung laluan yang menghubungkan ketiga tiga bilik air ini.

master bedroom 2


Bilik paling besar di rumah ini adalah master bedroom dengan saiz 15 x 13 kaki. Agak luas bilik ini kerana ia dilengkapi dengan kloset bersaiz 7 x 13 kaki. Ruang bilik tidur utama akan lebih luas kerana almari dan meja solek diletakkan di ruang kolses. Kloset ini bersambung pula dengan bilik air utama bersaiz 7 x 8 kaki yang besar dan selesa. Master bedroom juga mempunyai pemandangan yang paling cantik kerana tingkapnya menghala ke arah belakang rumah yang merupakan cerun bukit dengan pemandangan menarik.

Ruang makan & dapur kering (saiz 10 x 17 kaki) untuk rumah ini disekalikan dan terdapat pintu keluar di dapur kering. Dapur basahnya pula bersaiz 13 x 10 kaki.

Selesai kita dengan susun atur aras atas.



Susun atur aras bawah untuk banglo 2 tingkat 4 bedroom & 3 bathroom.

Keunikan rumah ini ialah walaupun ia rumah 1 tingkat, tetapi ia dibina berdasarkan rupabentuk berbukit lot tanah ini. Ruang tamu rumah bersaiz 15 x 22 kaki boleh diakses dari tangga yang menghubungkan ruang keluarga dengan ruang tamu.

ruang tamu 3


Kedudukan ruang tamu diletakkan dihujung rumah supaya ahli keluarga dapat menikmati pemandangan kaki bukit yang indah bersama sama. Tingkap dihujung rumah ini juga disyorkan menggunakan bingkai yang tinggi supaya dapat menikmati pemandangan yang lebih baik.

Penggunaan grill untuk tingkap di ruang tamu ini mungkin tidak digemari oleh tuan rumah kerana menghalang pemandangan dan menjadikan rumah ini kelihatan seperti penjara. Antara pilihan yang boleh diambil adalah menggunakan bingkai khas yang mempunyai bahan logam yang lebih tebal & tidak boleh diumpil untuk keselamatan tambahan.

Selain itu, penggunaan kaca tingkap biasa jenis mineral juga tidak disarankan sekiranya memilih untuk menggunakan bingkai khas ini. Kaca jenis tempered atau laminate lebih sesuai kerana ia lebih kalis pecah dan selamat digunakan.

Namun begitu, kos untuk menggunakan bingkai tingkap dan kaca khas ini jauh lebih tinggi daripada tingkap biasa. Oleh kerana ini, memang tidak disarankan untuk membeli tanah di lereng bukit melainkan sekiranya anda tiada kekangan kewangan.

Memang banyak belanja tambahan yang perlu dikeluarkan untuk membina rumah idaman di cerun bukit.

Mesti baca: Apa yang perlu dipertimbangkan semasa memilih untuk membina rumah 1, 2 & 3 tingkat? Baca panduan ini untuk jawapannya.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.