Pelan rumah 1 tingkat 5 bilik tidur 3 bilik air. Banglo 2755 kaki persegi
Sebelum ini, kami telah kongsikan 2 pelan lantai rumah 1 tingkat yang sesuai untuk tanah yang rata dan luas saiznya.Kali ini, kami masih berkongsi layout banglo 1 tingkat, bezanya bilangan bilik air untuk rumah ini hanya 3. Mari kita lihat.
Rugi tak baca: Ciri ciri tanah lot banglo yang menjimatkan belanja bina rumah! Tak pening kepala dikemudian hari.
Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!
Pelan rumah banglo setingkat 5 bilik tidur 3 bilik air dengan keluasan 2755 kps.
Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.
Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.
Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.
Antara ciri ciri rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2271 kaki persegi dan saiz patio 484 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2755 kaki persegi.
Susun atur aras atas banglo 1 tingkat dengan 5 bilik tidur 4 bilik air.
Car porch rumah ini mempunyai luas18 x 21 kaki untuk mampu memberikan teduh dari cuaca kepada 2 kereta sedan yang diletakkan bersebelahan dikawasan berbumbung.Rekaan rumah ini memerlukan kita mendaki anak tangga untuk masuk ke ruang tamu, pintu 2 daun yang luas memudahkan pergerakan keluar masuk ke ruang tamu rumah dengan keluasan 19 x 20 kaki. Pelan di atas telah menngambilkira perletakan set sofa untuk 7 orang & laluan pergerakan manusia di dalam rumah selepas diletakkan perabot, dapat kita bayangkan keluasan ruang ini.
Bilik tidur di rumah kesemuanya tersusun dibahagian hadapan rumah dan dihubungkan melalui sebuah koridor panjang. Luas untuk bilik bilik ini adalah seperti berikut
- Guest bedroom dan Bedroom 1 dengan luas 11 x 12 kaki. Berkongsi menggunakan Bathroom 1 (5 x 8 kaki)
- Bedroom 2 & 3 dengan keluasan 11 x 12 kaki. Berkongsi menggunakan Bathroom 2 (5 x 8 kaki)
Family area (14 x 14 kaki) & dining area (10 x 14 kaki) terletak bersebelahan tanpa pengasingan dinding menjadikan ruang ini kelihatan luas. Sliding door 3 daun berada disebelah ruang makan. Terdapat patio berbumbung di luar sliding door, sesuai diletakkan kerusi malas disini untuk menikmati keindahan taman mini.
Bilik tidur utama berada disebelah ruang keluarga. Dengan keluasan 18 x 16 kaki dan dilengkapi dengan 2 ruang tambahan
- Kloset - 9 x 11 kaki
- Master bathroom - 10 x 5 kaki
Dapur untuk rumah ini terbahagi kepada ruang
- Dry kitchen - 10 x 14 kaki
- Wet kitchen - 10 x 16 kaki
Bahagian dapur kering mempunyai akses kepada stor (8 x 5 kaki) dan bilik laundry (8 x 5 kaki). Pintu keluar disediakan di bilik laundry untuk akses ke patio berbumbung di luar rumah. Kawasan ini sesuai dijadikan ruang jemuran pakaian berbumbung.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.