About Dawaibesi.com

Dawaibesi.com adalah blog rasmi Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Kontraktor bina rumah berkualiti tinggi atas tanah sendiri.


Kami design, submission majlis, bina rumah dan dapatkan Sijil CCC untuk anda. Telah membina lebih 100 banglo bermutu tinggi sejak 29 tahun lalu.


Berpengalaman menguruskan pembinaan rumah secara LPPSA, bank dan tunai. Hubungi kami sekarang




 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kami amat menghargai kesudian anda mengunjungi blog rasmi Nas Nuri Construction, yang merupakan portal informasi berkenaan kontraktor rumah dan juga mengenai bina rumah atas tanah sendiri. Artikel di dalam blog ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti kategori kontraktor rumah yang berkongsi tentang cara memilih kontraktor terbaik, Seterusnya kategori bina rumah yang menjelaskan proses bina rumah atas tanah sendiri dari A ke Z.

Laman kami banyak berkongsi tentang tips tips memilih tanah yang terbaik dari segi ciri ciri dan harga untuk dibeli. Ini kerana ramai orang tersilap beli tanah yang bukan saja mahal, malah memerlukan belanja yang tinggi di kemudian hari untuk tujuan penyelenggaraan. Perkara terakhir yang kita tidak ingin berlaku ialah rumah sukar dijual kerana tidak menepati kriteria.

Saiz tanah yang sesuai perlu dipilih supaya lot banglo tersebut mudah lulus semasa membuat permohonan di pihak berkuasa tempatan. Ini penting supaya rumah anda mendapat sijil CCC iaitu sijil layak menduduki selepas ia siap dibina. Selain itu, banyak lagi kos beli tanah yang perlu dipertimbangkan semasa memilih agar tidak menyesal di kemudian hari.

Mendapatkan pembiayaan bagi membina rumah amat penting, jadi kami juga berkongsi tips jual rumah supaya rumah yang dijual mendapat harga yang tinggi. Proses jual rumah tidak sesukar mana sekiranya anda mengikut tips yang diberikan. Sebagai pemilik, anda perlu merpertimbangkan kos jual rumah secara menyeluruh seperti cukai keuntungan harta tanah (CKHT) yang dikenakan oleh pihak berwajib. Sebaiknya anda dapatkan servis ejen hartanah yang berpengalaman dan cekap. Mereka bukan saja dibayar untuk mempercepatkan proses, malah akan menasihatkan anda dokumen untuk jual rumah yang wajib disediakan.

Selepas anda mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah dan telah mempunyai tanah, pelan rumah idaman perlu dimuktadkan. Buat keputusan untuk bina rumah 1 atau 2 tingkat. Dapatkan design pelan rumah 1 tingkat yang sesuai dengan bajet anda. Sekiranya anda mempunyai tanah yang kecil, design pelan rumah 2 tingkat lebih sesuai untuk anda.

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini