Ramai pemilik tanah yang membina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar.
Kami bantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.
Semakin ramai memilih Nas Nuri, Kontraktor rumah Selangor KL & Negeri 9. Pakar rumah berkualiti tinggi
Semakin ramai memilih Nas Nuri Construction, kontraktor bina rumah atas tanah sendiri. Jika anda utamakan kualiti, hubungi kami
Walaupun banyak kontraktor di Selangor, kami fokus dalam pembinaan banglo berkualiti tinggi. Di bawah ini adalah contoh banglo yang telah kami bina selama ini.
Lihat video banglo binaan kami di bawah.
1. Boleh anda bayangkan banglo setingkat bersaiz 4000 kps? Tonton video di bawah
2. Teringin nak masuk banglo dengan taman berlanskap cantik di tanah tinggi janda baik? Tonton video di bawah sekarang
3. Macam mana rupanya banglo 2 tingkat dengan ketinggian siling 22 kaki? Sila klik video di bawah
4. Dan dapur mewah dengan interior design dari staf kami sendiri
Kami adalah kontraktor bina rumah banglo bermutu & berdaftar dengan CIDB gred G5. Kami berpengalaman luas membina banglo berkualiti tinggi di sekitar Selangor, dan Negeri Sembilan.
Kontraktor rumah Bangi Selangor
Rumah yang dibina di Bangi perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi binaan yang memerlukan sijil Certificate of completion & Compliance (CCC).Di bawah ini kami kongsikan banglo yang telah Nas Nuri Construction bina dikawasan ini.
Nota: Harga yang kami kongsikan di bawah adalah untuk tahun binaan rumah tersebut.
Banglo 1.
Rumah banglo 2 tingkat ini dibina dengan spesifikasi standard & menelan kos keseluruhan anggaran RM 700k pada waktu tersebut (termasuk binaan tembok serta retaining wall, binaan rumah comply CCC).Saiz binaan rumah: anggaran 4800 kps.
Banglo 2.
Rumah kedua ini juga dibina dengan spec standard & merupakan banglo paling baru siap dibina oleh kami (pada Ogos 2019).Kos keseluruhan anggaran RM 530k termasuk retaining wall sepanjang lebih 150ka, kerja infra (longkang infra) dan juga pagar.
Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC)
Banglo 3.
Banglo 2 tingkat ini dibina dengan standard spec dengan kos keseluruhan anggaran RM 420k.Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar dan infra)
Banglo 4.
Kos keseluruhan untuk membina banglo dua tingkat ini pada tahun tersebut ialah RM 495k (termasuk porch tambahan dan juga tembok).Saiz binaan rumah: anggaran 3400kps.
Kontraktor Rumah Shah Alam Selangor.
Bagi kawasan Shah Alam, urusan untuk bina rumah atas tanah sendiri perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kami mempunyai pengalaman membina di bandaraya anggerik ini untuk beberapa tuan rumah.
Contohnya seperti berikut:
Kami mempunyai pengalaman membina di bandaraya anggerik ini untuk beberapa tuan rumah.
Contohnya seperti berikut:
Banglo 1.
Rumah ini telah dibina di Jalan Kebun Shah Alam menggunakan spesifikasi premium. Kos keseluruhan anggaran RM 900k.Perbezaan antara spec premium & standard terletak pada kualiti & jenama bahan binaan yang dipilih oleh tuan rumah. Contohnya, pemilihan frame tingkap, jenis jubin lantai, dapur, atap genting & toiletries.
Saiz binaan rumah ini dianggarkan seluas 4800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos termasuk pagar)
Banglo 2.
1 unit banglo dibina di Shah Alam (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 730k .Saiz binaan rumah: anggaran 4500kps (binaan menggunakan gov loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar)
Kontraktor rumah Sepang Selangor.
Daerah sepang ni terdiri daripada banyak mukim. Antaranya ialah- Bandar Baru Salak Tinggi
- Bandar Sepang
- Sungai Merab
- Dengkil
- Pekan Dato' Bakar Baginda
- Pekan Salak, Selangor
- Pekan Tanjung Mas
- Sungai Pelek
- Jenderam
Contoh rumah yang telah kami bina di kawasan ini ialah,
Banglo 1.
1 unit banglo dibina di Sepang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM420k (harga termasuk retaining wall, gabion dan 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan guna gov loan).
Kontraktor rumah Jenderam Selangor.
Sekiranya anda mempunyai tapak tanah di kawasan Jenderam, kelulusan untuk membina rumah dengan sijil CCC mestilah juga diperolehi dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS).
Kami memang sudah arif dengan proses membina rumah disini. Sudah ramai tuan rumah yang kami bantu sebelum ini dari awal sehingga siap rumah di bina.
Cuba lihat beberapa contoh rumah yang kami telah siapkan di kawasan ini.
Banglo 1.
1 unit banglo dibina di Jenderam (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 450k.Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan menggunakan gov loan, kos termasuk tembok keliling dan retaining wall)
Banglo 2.
1 unit banglo dibina di Jenderam (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 310k (harga termasuk 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 1900kps (binaan menggunakan gov loan + CCC, kos termasuk pagar dan juga retaining wall).
Kontraktor rumah Klang Selangor.
Urusan untuk membina rumah di Klang agak rumit berbanding majlis tempatan yang lain. Pengalaman kami membina dikawasan ini sangatlah banyak.
Kos permohonan untuk sijil CCC yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memakan masa & belanja yang lebih tinggi berbanding kawasan lain di Selangor. Jadi memerlukan kontraktor bina rumah selangor yang berpengalaman berurusan dengan MPK untuk pembinaan rumah menggunakan pembiayaan bank atau LPPSA.
Cara paling mudah sekiranya anda berhasrat buat rumah atas tanah sendiri ialah melantik kontraktor binaan rumah yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan pembinaan di Klang. Dari pengalaman kami sendiri, menggunakan pembiayaan tunai ataupun personal loan lebih senang berbanding pembiayaan bank atau lppsa (gomen).
Di bawah ini kami kongsikan antara rumah banglo yang telah kami bina di Klang.
Kos permohonan untuk sijil CCC yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memakan masa & belanja yang lebih tinggi berbanding kawasan lain di Selangor. Jadi memerlukan kontraktor bina rumah selangor yang berpengalaman berurusan dengan MPK untuk pembinaan rumah menggunakan pembiayaan bank atau LPPSA.
Cara paling mudah sekiranya anda berhasrat buat rumah atas tanah sendiri ialah melantik kontraktor binaan rumah yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan pembinaan di Klang. Dari pengalaman kami sendiri, menggunakan pembiayaan tunai ataupun personal loan lebih senang berbanding pembiayaan bank atau lppsa (gomen).
Di bawah ini kami kongsikan antara rumah banglo yang telah kami bina di Klang.
Banglo 1.
1 unit banglo dibina di Jln Kapar (Standard Spec). Kos keseluruhan anggaran RM 490k (termasuk binaan tembok dan imprint concrete).
Saiz binaan rumah: anggaran 3400 kps.
Saiz binaan rumah: anggaran 3400 kps.
Banglo 2.
Binaan 1 unit banglo dibina di Klang. Kos keseluruhan RM 490k (termasuk porch tambahan dan juga tembok).Saiz binaan rumah: 3200-3400kps (tidak termasuk saiz porch tambahan)
Banglo 3.
1 unit banglo dibina di Bt4, Klang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 260k (harga termasuk 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 1800kps (binaan tunai).
Kontraktor rumah Subang Selangor.
Rumah banglo yang dibina di daerah Subang menggunakan pembiayaan bank & LPPSA untuk kakitangan kerajaan (home financing) perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Pandaraya Subang Jaya.
Rumah yang dibina mestilah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan untuk sijil CCC, barulah pihak majlis membenarkan pembinaan rumah & bank pula meluluskan pembiayaan mereka.
Beberapa contoh banglo yang kami bina di Subang adalah seperti di bawah,
Banglo 1.
1 unit banglo dibina di Subang (Standard upgrade spec). Kos keseluruhan anggaran RM 400k (termasuk binaan pagar hadapan dan belakang, harga termasuk 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps.
Kontraktor rumah Kuang Selangor.
Kami juga mempunyai pengalaman membina banglo di kawasan Kuang yang berada di bawah Majlis Perbandaran Selayang.Agak banyak juga banglo yang kami telah bina di Kuang, atas sebab menjimatkan ruang, kami sertakan 1 saja contoh seperti di bawah.
Banglo 1.
1 unit banglo dibina di Kuang. Kos keseluruhan anggaran RM 720k (termasuk binaan tembok dan imprint concrete).Saiz binaan rumah: anggaran 5200++ kps.
Kami bukan saja peduli tentang banglo yang dibina, kami faham anda berhak yang terbaik!
Menyedari risiko yang ditanggung oleh anda dalam melantik kontraktor buat rumah yang bakal dibina, kami mempunyai 3 kelebihan utama untuk mengurangkan kerisauan anda. Iaitu,- Pengalaman membina 100 rumah banglo.
- Memberikan 3 tahun waranti struktur.
- Jaminan 1 tahun waranti kemasan.
Walaupun proses membina rumah ini sangat panjang & leceh. Kita dapat ringkaskan kepada 4 tahap.
Secara umumnya, terdapat 4 langkah mudah untuk membina banglo berkualiti.
1. Tempah slot rumah.
Hubungi kami untuk perbincangan & tempah slot anda bagi tahun 2019.
2. Rekan & permohonan dari pihak berkuasa tempatan (PBT).
Reka rumah mengikut kehendak & bajet anda. Kami akan uruskan sekali permohonan ke PBT.
3. Pembinaan banglo.
Kontrak disediakan. Pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui bersama.
4. Serahan kunci kepada anda.
Rumah anda kini sedia didiami & waranti binaan bermula.
Servis Nas Nuri Construction meliputi 2 negeri di bawah.
Kawasan tertentu di Selangor
Bermula dari RM300,000.
- Klang
- Shah Alam
- Sepang
- Salak Tinggi
- Jenderam
- Bangi
- Semenyih
- Kajang
Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000
- Kuang
- Kota Damansara
- Gombak
- Rawang
- Ulu Yam
- Jeram
Kawasan tertentu di Negeri Sembilan.
- Nilai
- Mantin
- Seremban
- Senawang
Memang susah nak cari kontraktor yang mahir & boleh dipercayai. Apatah lagi untuk membina banglo bernilai ratusan ribu ringgit.
Elakkan terburu-buru. Ambil masa untuk kenali kontraktor sebelum buat keputusan.
Ikuti 3 langkah di bawah sekarang untuk meyakinkan anda tentang servis kami.
Langkah 1: Like & ikuti kami di FB.
Like & follow page kami bagi melihat testimoni gambar banglo yang telah kami sempurnakan.
Langkah 2: Layari blog rasmi kami.
Baca blog Dawaibesi.com untuk panduan membina banglo yang mudah & lengkap.
Temui semua jawapan yang membelenggu fikiran anda disini.
Langkah 3: Hubungi staf kami.
Whatsapp atau hubungi staf kami, Fairul untuk bertanyakan quotation & menempah kuota pembinaan banglo bagi tahun 2019.
Tempat sangat terhad, hanya 15 slot setahun. Tempah sekarang!
full-width
FAQ
Anda utamakan kualiti? Semakin ramai memilih Nas Nuri sebagai kontraktor rumah pilihan utama!
Nas Nuri Construction, kontraktor d Selangor yang telah membantu lebih 100 pelanggan membina banglo bermutu di lokasi terpilih di sekitar Selangor & Negeri Sembilan sejak tahun 1996. Kami menawarkan pakej bina rumah atas tanah sendiri bagi banglo berkualiti, rumah yang siap nanti bukan saja cantik, malah tahan lasak & disertakan dengan waranti.
Risau slot anda diambil orang? Hanya 10 rumah bermutu dibina setahun. Jamin slot anda sekarang.
Antara kerisauan utama kita adalah memilih kontraktor yang salah. Kesannya rumah tidak siap, kalau siap pun rumahnya tidak elok buatannya dan harganya pula melebihi pasaran. Baca panduan ini untuk mengelakkan terperangkap dengan kontraktor yang salah.
Adakah kontraktor yang menawarkan servis lukis pelan & submission majlis?
Jemput baca artikel ini, arkitek kami sendiri telah melukis lebih 30 pelan banglo dengan rekabentuk terkini. Semuanya boleh anda download secara percuma. Atau jika anda perlukan pelan baru yang dilukis khas untuk tanah anda, boleh hubungi kami untuk bantuan lanjut.
Apakah ciri ciri tanah lot terbaik untuk bina rumah dari pengalaman kontraktor?
Rujuk panduan 7 langkah membeli lot tanah banglo terbaik di Selangor. Anda akan dapat mengelakkan kerugian besar kerana tersalah beli tanah yang salah. Selain menjimatkan banyak wang & masa.
Berapakah saiz tanah lot yang sesuai untuk membina rumah yang selesa?
Antara kesilapan terbesar dalam membeli tanah ialah terbeli tanah jenis lot lidi. Tanah ini mempunyai ukuran buka yang kecil, selepas ditolak anjakan sempadan pihak berkuasa(setback), ruang untuk membina rumah sangat terhad. Baca panduan memilih tanah dengan ukuran & saiz yang tepat untuk mengelakkan tersalah beli.
Bagaimana caranya supaya pembiayaan bina rumah kita mudah lulus?
Ada 2 jenis pembiayaan utama untuk membina rumah iaitu dari bank atau LPPSA untuk kakitangan swasta. Pastikan kita amalkan tips ini supaya loan bina rumah atas tanah sendiri mudah lulus.
Berbaloi ke pakai servis kontraktor, kan lebih murah guna tukang rumah indon?
Bergantung kepada bajet yang diperuntukkan untuk membina rumah, jika rumah dibina melibatkan kos di bawah RM100,000, pilih saja tukang. Tetapi untuk rumah yang dibina melebihi RM150,000 lebih bijak untuk pilih kontraktor.
Perlu ke saya bina rumah yang patuh keperluan CCC / CF?
Membina rumah yang patuh syarat sijil CCC memang banyak kelebihannya. Banglo yang dibina boleh mendapatkan pembiayaan bank, kita juga boleh mendapatkan perlindungan takaful kebakaran. Harga rumah kita juga akan meningkat naik dengan masa. Rugi tak mohon semasa bina rumah tau.