Dalam artikel yang sebelum ini,
kita telah kongsikan mengenai risiko geran kongsi. Di artikel kali ini pula,
ingin saya kongsikan pula mengenai saiz tanah yang sesuai bagi membina rumah
sesebuah berdasarkan pengalaman kami sebagai kontraktor rumah shah alam & Selangor.
Sering kita lihat di tepi jalan
raya, iklan di surat khabar, internet mengenai penjualan tanah bagi pembinaan
banglo, saiz nya juga berbeza dan harganya semestinya berbeza, ada yang telah
lengkap dengan infra dan ada yang hanya mempunyai jalan berturapkan tanah merah
atau crusher run sahaja. Sebelum beli tanah, pastikan kita tahu perkara dibawah.
Mungkin kita boleh kongsikan
mengenai perkara tersebut didalam artikel yang lain, untuk artikel kali ini
akan saya jelaskan mengenai saiz tanah yang sesuai bagi pembinaan rumah
terutama rumah sesebuah.
Tips beli tanah untuk bina rumah.
Untuk saiz tanah, secara umum ada
tiga bentuk tanah yang sering dijual di pasaran. Iaitu bentuk lot tanah
- melintang
- menegak
- segi empat sama.
Ada juga kadang-kadang lot tanah yang
tidak sekata terutama yang dijual bahagian hujung tapak atau kawasan berbukit
atau lurah yang mana saiz tanah adalah mengikut geografi keadaan tanah.
- Seeloknya, elakkan saiz tanah yang sangat tidak sekata, misal contoh bukaan hadapan 100ka, dan belakang 50ka.
- Ini kerana saiz yang seperti ini akan menyebabkan binaan rumah kita tidak boleh menggunakan tanah secara optimum lebih-lebih lagi saiz tanah tersebut adalah kecil.
Elakkan juga membeli lot lidi
yang bersaiz 30 x 60, 40 x 50 dengan saiz kurang dari 4000kps.
- Saiz tersebut sebenarnya hanya helah penjual lot untuk menampakkan harga adalah rendah, jika kita berminat, kita perlu membeli 2 lot tanah atau lebih supaya saiz tersebut munasabah.
- Ini kerana jika mengikut keperluan PBT, kita perlu menetapkan
'setback' bangunan bahagian kiri, kanan
dan belakang sebanyak 10ka, hadapan pula
15ka.
Jika sempadan kita adalah jalan, 'setback' yang diperlukan adalah lebih besar. - Jika mengikut standard rumah kampung pun seeloknya perlu ada kiri dan
kanan 5ka, jika bukaan tanah kita adalah 30 ka, sangat tidak munasabah untuk
kita membina rumah sesebuah.
Cuba bayangkan rumah teres dengan bukaan 20ka dibina secara sesebuah, sudah tentu bentuknya adalah janggal. - Sebenarnya ada lot tanah dengan
geran individu yang bersaiz mini seperti itu. Jika diteliti kelulusan KM atau
kebenaran merancang dari pihak PBT, kebanyakkan saiz tanah tersebut adalah bagi
binaan rumah jenis semi-d, bukan binaan banglo sesebuah.
Jika kita membeli tanah tersebut bagi binaan banglo, ia akan mendatangkan masalah kepada kita bagi membuat submission ke PBT.
Untuk memudahkan congakkan kita
bagi membeli tanah dengan saiz yang selesa dan sesuai, ikuti tips di bawah.
- Pastikan
sekurang-kurangnya saiz tanah adalah 2 kali dari saiz lantai bawah binaan rumah
kita.
Misal contoh jika kita membina rumah bersaiz 3500kps bagi 2 tingkat,saiz lantai tingkat 1 adalah 2500kps, saiz tanah yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 5000kps.
Saiz binaan kita itu perlu merangkumi sekali saiz tempat letak kereta berbumbung dan juga anjung. - Jika kita dapat tanah yang lebih besar, semestinya itu adalah lebih elok. Apabila kita membeli tanah bagi membina rumah sesebuah, sudah tentu kita mahukan laman, jika lebih dari separuh tanah telah dibina rumah, saiz laman yang tinggal sudah tentu adalah sedikit.
- Congakkan yang saya beri diatas
ini ada limitasinya. Jika tanah yang kita beli saiz lidi dengan bukaan 30 x 60,
dan jika dibeli 2 tapak menjadikan saiz 30 x 120.
Saiz tersebut tetap tidak munasabah kerana rumah yang kita bina jika guna spesifikasi kampung pun, bukaan yang boleh kita dapat hanya 20ka.
Oleh itu sebelum kita membuat
komitmen membeli tanah, selain dari tips-tips yang telah saya kongsikan sebelum
ini. Pastikan juga saiz tanah yang kita beli itu boleh dibina rumah mengikut
saiz yang kita idami supaya kita tidak menyesal di kemudian hari, tanah telah
dibeli tetapi tidak sesuai pula untuk dibina rumah untuk didiami.
Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih mengenali Nas Nuri Construction.
|