Pelan rumah 2 tingkat 8 bilik tidur 7 bilik air. Banglo 4804 kaki persegi
Rugi tak baca: Tanah lot banglo bagaimana yang menjimatkan kos untuk membina rumah? Baca panduan berikut.
Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!
Pelan rumah banglo 1 tingkat 8 bilik tidur 7 bilik air!
Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.
Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.
Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.
Antara ciri ciri rumah banglo 2 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 3632 kaki persegi dan saiz patio 1172 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 4804 kaki persegi.
Sebelum kita pergi lebih jauh, kami nak jelaskan yang rumah ini direka untuk keluarga yang mempunyai gaya hidup seperti berikut
- Rumah keluarga muslim yang mengamalkan cara hidup islam. Solat berjemaah bersama ahli keluarga.
- Mempunyai ahli keluarga yang ramai. Ada anak lelaki & perempuan yang sudah meningkat remaja.
- Kerap menerima kunjungan tetamu.
- Tuan rumah sudah pun berusia.
- Gemar memasak bersama ahli keluarga.
Susun atur ruang untuk aras bawah.
Selepas kita mengetahui gaya hidup keluarga yang akan mendiami rumah ini, mudah untuk arkitek / pelukis pelan untuk menyusun ruang di dalam rumah ini.Perlukan harga kos membina pelan rumah ini?
Hubungi Nas Nuri Construction Sdn Bhd, kami akan berikan anda HARGA dan SPEC BINAAN pelan rumah tersebut.
Bagi keluarga yang menghayati ajaran islam dalam kehidupan seharian, perkara paling utama perlu diberi perhatian dalam pelan rumah ialah
- Penjagaan aurat.
- Memuliakan tetamu yang berkunjung.
- Menghormati ahli keluarga yang lebih berusia.
- Kepentingan untuk menghidupkan solat berjemaah & majlis ilmu dalam kehidupan seharian.
Jika anda ingin masuk ke ruang tamu, terdapat 1 kawasan patio bertangga kecil bersaiz 18 x 5 kaki. Selain itu, kawasan patio ini juga menghubungkan kawasan kiri rumah di bahagian ruang tamu. Anggaran saiz patio di kiri rumah ialah 5 x 26 kaki.
Pintu 2 daun yang luas memudahkan pergerakan keluar masuk ke living room ini yang mempunyai keluasan 27 x 20 kaki. Pintu sliding 3 daun diletakkan di sebelah kiri ruang tamu utama untuk menikmati pemandangan di laman rumah. Sebahagian dari ruang tamu ini mempunyai void area, menjadikan ia kelihatan luas dan tinggi. Sesuai untuk pasang lampu chandelier di ruang ini.
Rumah ini mempunyai ruang tamu kedua yang juga bertindak sebagai ruang makan dengan keluasan 13 x 16 kaki. Ruang makan ini cukup luas untuk menempatkan meja untuk 10 orang.
Tangga untuk naik ke tingkat atas terletak disebelah ruang makan. Di bawah tangga ini pula tedapat ruang stor berpintu untuk menyimpan perkakas. Bagi mengelakkan stor ini berbau hapak kerana pengudaraan yang tidak baik, disarankan menggunakan pintu dengan louvres.
Ruang keluarga bersaiz 15 x 11 kaki berada dihadapan tangga.
Surau ataupun musolla berada disebelah tangga & berada dikawasan hadapan rumah untuk memudahkan ahli keluarga & tetamu yang bertandang mengerjakan solat secara berjemaah. Ruang untuk mengambil wudu terdapat di bahagian bawah tangga untuk tidak membazirkan ruang rumah. Musolla ini bersaiz 13 x 9 kaki,
Penting untuk kita mengambil kira kedudukan kiblat untuk tanah ini sebelum meletakkan kedudukan musolla, ini akan mengoptimumkan ruang dan lebih banyak saf jemaah dapat dilakukan untuk solat berjemaah. Dalam kes ini, kiblat diandaikan menghala ke belakang rumah. Jadi jemaah yang datang kemudian boleh mengambil wudhu tanpa mengganggu jemaah lain yang sedang solat.
Agama islam juga menuntut umatnya untuk memuliakan tetamu, sebab itulah rumah ini menyediakan bilik khas untuk tetamu (bersaiz 14 x 12) yang mempunyai bilik air built in (6 x 7 kaki). Ini memudahkan tetamu menjaga aurat untuk mandi dan membersihkan diri, tak perlu keluar bilik tiap kali untuk pergi ke tandas.
Pada masa yang sama, bilik tetamu ini juga dapat digunakan untuk menjaga ibu bapa yang sudah uzur, Jadi, ramai adik beradik & saudara mara akan berkunjung untuk melawat mereka. Memang sesuai bilik ini di letakkan disini untuk mengurangkan gangguan kepada keluarga tuan rumah semasa menerima kunjungan pelawat.
Bilik tidur utama 17 x 14 kaki berada disebelah bilik tetamu dan dilengkapi dengan dua ruang tambahan iaitu
- Walk in wardrobe bersaiz 8 x 7 kaki
- Bilik air utama bersaiz 6 x 7 kaki
Saiz bilik tidur utama ini memang luas. Selain itu kedudukannya dihujung rumah memberikan lebih privasi, hampir pula dengan dapur. Antara kelebihan bilik tidur utama di tingkat bawah ialah selepas kita berusia, lutut pun dah tak kuat mendaki tangga, lebih mudah untuk tuan rumah.
Dry kitchen bersaiz 15 x 15 kaki pula berada dihadapan bilik tidur utama. Di bahagian hujung rumah ini terdapat 3 ruang iaitu
- Wet kitchen bersaiz 9 x 11 kaki
- Laundry room bersaiz 5 x 4 kaki
- Bilik air bersaiz 5 x 7 kaki
Selesai sudah dengan susun atur aras bawah.
Susun atur ruang untuk aras atas.
Naik saja ke tingkat atas, kita akan tiba ke ruang keluarga kedua bersaiz 15 x 11 kaki. Dari sini kita boleh melihat tetamu yang berada di ruang tamu di aras bawah. Walaupun cantik, perlu berhati hati jika mempunyai kanak kanak kerana mereka boleh memanjat hand rail & risiko untuk jatuh dari aras tinggi.
Selain itu, tingkat atas juga dilengkapi dengan ruang pantri untuk kegunaan 6 penghuni bilik tidur di aras ini. Tak perlulah selalu turun ke bawah untuk buat air kan, terutama sekali semasa menerima tetamu dan di malam hari.Bilik tidur di aras atas dihubungkan oleh satu koridor panjang, saiz untuk setiap bilik tidur adalah seperti berikut
- Bedroom 1 bersaiz 14 x 14 kaki & Bedroom 4 bersaiz 18 x 11 kaki dilengkapi bilik air dengan saiz 8 x 8 kaki.
- Bedroom 2 bersaiz 14 x 11 kaki & Bedroom 3 bersaiz 17 x 11 kaki berkongsi bilik air bersaiz 6 x 6 kaki.
- Bedroom 5 bersaiz 13 x 15 dilengkapi bilik air bersaiz 9 x 5 kaki.
- Bedroom 6 bersaiz 13 x 16 dilengkapi bilik air bersaiz 8 x5 kaki.
Bilik tidur yang ada bilik air di dalamnya pula sesuai untuk anak perempuan, ataupun untuk anak anak kita yang sudah berkahwin. Sesekali mereka balik kampung, senang sebab dah ada bilik khas kan.
Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.