Pelan rumah banglo 2 tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air. Banglo 3500 kaki persegi
Di bawah ini adalah pelan lantai dan lukisan 3 dimensi yang dihasilkan sendiri oleh arkitek kami di Nas Nuri Construction. Jika anda merancang mempunyai keluarga yang besar, mesti perlukan rumah yang besar.Sebaiknya selepas kita membeli rumah pertama berdasarkan kemampuan kita, langkah terbaik seterusnya adalah membeli sebidang tanah di kawasan yang strategik. Kami ada kongsikan langkah langkah membeli tanah sebelum ini disini.
Mesti baca: 7 Langkah beli tanah lot banglo di Selangor untuk tapak rumah. Pelaburan semasa muda yang berbaloi.
Pelan rumah 2 tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air.
Perlukan harga kos membina pelan rumah ini?
Hubungi Nas Nuri Construction Sdn Bhd, kami akan berikan anda HARGA dan SPEC BINAAN pelan rumah tersebut.
Pelan ini baru di peringkat cadangan dan telah pun diubah oleh klien. Jadi pelan yang lama ni kami bolehlah kongsikan dengan tuan puan. Kerana susun atur bilik dalam pelan terkini pun dah tak sama lagi. Inilah kelebihan buat rumah sendiri, boleh ubah pelan layout rumah sampai puas hati sebelum proses permohonan ke majlis tempatan di lakukan untuk sijil CCC.
Rugi tak baca: 30 Pelan rumah banglo percuma pelbagai design. Pilih nak 1 Tingkat, 2 tingkat dan 3 tingkat. Semua ada
Mesti baca: Apa itu sijil CCC / CF dan kenapa kita patut mohon semasa membina rumah?
Mesti baca: Panduan mencari saiz tanah terbaik untuk binaan banglo sesebuah di atas tanah sendiri.
Rekabentuk luaran rumah ini menggunakan line groove untuk menaikkan seri rumah ini. Tak adalah rumah ni nampak kosong saja kan.
Bumbung pula menggunakan atap jenis genting, kerana bentuk bumbung yang digunakan adalah jenis bentuk A. Bumbung genting memerlukan sudut yang sesuai untuk mengelakkan air hujan tidak bocor. Sekiranya anda minat bumbung moden yang lebih mendatar dengan kecerunan yang rendah boleh pertimbangkan untuk bumbung metal decking dan "concrete slab" yang banyak digunakan untuk rumah rumah moden.
Susun atur untuk arah bawah rumah ini.
Seperti yang boleh diperhatikan, rumah ini perlu dibina di atas sebidang tanah yang bersaiz agak luas. Panjang dan lebar maksimum untuk tingkat bawah saja ialah 51 x 58 kaki. Memang luas dan selesa. Sebab bilangan bilik tidur pun sebanyak 7 semuanya.Ruang tempat letak keretanya memang luas 24 x 20 kaki , boleh menempatkan 2 buah kereta bersaiz sedan (contohnya proton persona) dengan ruang yang luas di antara keduanya. Kurang risau susah nak keluar dari kereta dan berlaga pintu. Sebaik turun dari kereta, terdapat foyer dengan anak tangga untuk melangkah masuk ke ruang tamu.
Bagi menampakkan keluasan rumah ini, ruang tamu & ruang makannya diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Jadi, bolehlah kita adakan majlis kenduri kendara di kawasan ini seperti bacaan tahlil dan kenduri doa selamat. Nak buat majlis makan makan semasa hari raya pun senang.
Ruang tamu yang luas ini boleh menempatkan set sofa & almari perhiasan. Ruang makannya pula boleh menempatkan meja makan bersaiz besar. Sekiranya anda ingin membayangkan luas rumah & pergerakan ahli keluarga selepas diletakkan perabot, boleh saja minta arkitek untuk susun perabot di dalam pelan tersebut.
Pencahayaan semulajadi rumah.
Satu lagi perkara penting yang wajar kita beri perhatian ialah kedudukan tingkap & kiblat rumah. Rumah yang dibina dengan mengambil kira arah matahari naik & terbenam akan mempunyai beberapa kelebihan seperti- Mudah untuk solat.
- Susunan bilik tidur yang tidak menghadap matahari di petang hari akan menyejukkan bilik tidur pada malamnya.
- Kedudukan tandas yang tidak menghadap kiblat.
- Susunan tingkap di keseluruhan rumah pada lokasi yang strategik supaya rumah tidak kelihatan suram walaupun tanpa lampu dibuka pada siang hari.
Dengan banyaknya tingkap, timbul keperluan untuk memasang grill bagi melindungi keselamatan penghuninya dari penceroboh. Tapi tak mengapa, kami boleh bantu uruskan semua ini.
Kepentingan merancang kedudukan bilik tidur & bilik air tetamu.
Satu perkara penting yang sering kami perhatikan ialah, kedudukan bilik air tetamu yang pintunya terdedah secara langsung kepada ruang tamu & ruang makan. Bayangkan tetamu yang sedang makan di meja ternampak orang keluar masuk bilik air, pasti hilang seleranya kan? Sedangkan perkara ini boleh kita atasi diperingkat rekaan lagi. Insyaallah pegawai pemasaran & arkitek terlatih di Nas Nuri Construction akan mengenalpasti kelemahan pada pelan rumah lebih awal lagi.
Masalah ini telah pun di atasi di dalam pelan ini, kedudukan bilik tidur tetamu & laluan ke bilik air tetamu terletak rapat ke dinding serta sedikit terselindung dari ruang makan. Tetamu boleh bermalam di rumah ini tanpa memberikan gangguan besar kepada tuan rumah kerana pengasingan bilik yang baik ini.
Mesti baca: Mengapa 2 rumah yang sama saiz & rekabentuknya boleh mempunyai harga yang berbeza? Ini panduan untuk mengelakkan tertipu dengan harga binaan murah dari kontraktor.
Susun atur bilik tidur untuk ahli keluarga.
Selain itu, rumah ini juga mempunyai pengasingan yang baik antara tetamu yang berkunjung dengan ruang rumah untuk keluarga. Perhatikan gambar di bawah.Master bedroom & 2 bilik tidur yang lain dipisahkan dengan ruang makan oleh dinding. Semasa pintu bagi ketiga tiga bilik ini dibuka, para tetamu yang berkunjung tidak akan nampak keadaan di dalam bilik tidur tersebut.
Ketiga tiga bilik ini juga dilengkapi dengan bilik air di dalamnya. Master bedroom pula i mempunyaruang wardrobe khas untuk meletakkan almari pakaian & aksesori orang perempuan. Kedudukan master bedroom di aras bawah rumah sangat bagus kerana selepas kita berusia, lutut dan kaki kita tidak cukup kuat lagi untuk mendaki tangga.
Bilik tidur dengan tandas di dalamnya juga sesuai untuk anak perempuan ataupun anak yang sudah berumah tangga menjaga aurat keluarga masing masing semasa bermalam di rumah ibu bapa.
Sekarang ini kita lihat pula ruang dapur.
Susun atur ruang dapur banglo ini.
Laluan masuk ke dapur juga agak tersembunyi dari ruang makan & ruang tamu. Dapur untuk rumah ini agak luas dan mempunyai pengasingan antara "wet kitchen" untuk memasak & "dry kitchen" untuk penyediaan bahan masakan.
Rancang ruang rumah anda sebaiknya dengan bantuan Perekabentuk Dalaman / Interior Designer.
Sekiranya anda merancang untuk memasang kabinet di dapur, ataupun membuat meja "counter top" atau jenis "island" boleh maklumkan pada arkitek atau perekabentuk dalaman untuk cadangkan susunan yang memanfaatkan ruang. Nasihat ini juga terpakai untuk keseluruhan rumah, termasuk di ruang tamu.Bagi memudahkan tuan rumah membasuh baju & menyidainya di ampaian, kedudukan "bilik laundry" diletakkan bersebelahan dengan "wet kitchen". Atau jika anda bercadang untuk meletakkan pengering baju elektrik, boleh saja letakkan di ruang ini.
Sekarang kita lihat pula susunan bilik di tingkat atas.
Susun atur bilik di aras atas.
Atas permintaan dari tuan rumah, ruang atas mempunyai 3 buah bilik tidur yang masing masing mempunyai bilik air yang boleh di akses dari dalam bilik tidur sahaja.
Kelebihan rekaan sebegini pada rumah 2 tingkat ialah, memudahkan penjagaan aurat oleh ahli keluarga wanita. Jadi anak anak perempuan boleh tinggal di tingkat atas tanpa perlu memakai tudung dan baju yang menutup aurat walaupun semasa menerima kunjungan tetamu.
3 Bilik tidur ini dihubungkan oleh ruang keluarga. Ruang ini sesuai untuk diletakkan televisyen ataupun almari bacaan untuk anak anak menyiapkan kerja sekolah bersama sama.
Di bawah ini pula adalah pelan cadangan untuk bumbung rumah ini.
Cadangan pelan bumbung rumah 2 tingkat.
Rekabentuk bumbung sangat penting supaya air yang jatuh dari bumbung mengalir dengan baik & tidak mempunyai kelemahan dari segi rekaan. Rekaan yang lemah akan menyebabkan banyak masalah seperti air masuk ke dalam rumah semasa hujan lebat dan tempias.
Rekaan pagar yang dicadangkan.
Rumah yang dibina menggunakan pembiayaan bank dan dari badan kerajaan seperti LPPSA wajib mempunyai pagar. Dalam kes rumah ini, terdapat permintaan untuk membina tembok batu di bahagian tanah yang bersempadankan jalan raya.Rekabentuk pintu pagar & grill rumah sekadar cadangan saja. Anda boleh minta corak & pattern pagar yang diminati dari staf bahagian kemasan kami. Jika anda minat rekaan di atas, pintu pagar jenis ini dilengkapi dengan peti surat, meter api & air. Kalau nak pasang autogate pun boleh diuruskan.
Di bawah ini kami sertakan pula rupa untuk bahagian belakang rumah. Boleh perhatikan sendiri kedudukan tingkap yang disusun untuk pencahayaan yang baik disekeliling rumah.
SSekiranya tanah anda luas saiznya, kos untuk membina pagar konkrit yang kukuh agak tinggi harganya. Buat permulaan, kita boleh buat dahulu pagar sementara menggunakan pagar jenis chain link. Jika tanah anda bersempadankan rumah jiran yang telah membina pagar jenis konkrit, banyak juga kos dapat kita jimatkan di sana.
Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat & kelebihan yang kita perolehi dengan membinanya sendiri.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.