Pelan rumah 2 tingkat 6+1 bilik tidur 4 bilik air konsep tradisional. Banglo 4547 kaki persegi
Setiap dari kita mempunyai citarasa yang tersendiri. Boleh saja kita bina rumah banglo moden dengan sentuhan tradisional. Tak perlulah pakai bahan kayu, pengaruh tradisional boleh kita terapkan pada rekabentuk bumbung & susun atur bilik dalam rumah.Hari ini kami kongsikan pelan rumah banglo 2 tingkat sebegini.
Mesti baca: 30 Pelan rumah banglo 1, 2 & 3 tingkat percuma. Design banglo moden & tradisional.
Selain itu, banglo ini direka untuk rumah di lot bucu (corner lot), jadi jarak anjakan untuk 2 sisi rumah tersebut yang bersempadan dengan jalan adalah 20 kaki. Sekiranya anda ingin memahami lebih lanjut tentang ilmu memilih lot banglo terbaik, baca artikel dibawah.
Rugi tak baca: Ciri ciri tanah lot banglo yang menjimatkan belanja bina rumah! Tak pening kepala dikemudian hari.
Pelan rumah banglo 2 tingkat 6+ 1 bilik tidur 4 bilik air dengan keluasan 2755 kps.
Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.Sebelum kami merekabentuk pelan baru, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Contohnya gayahidup keluarga tuan rumah. Rumah ini sesuai untuk keluarga yang suka menerima tetamu, suka membaca & mengamalkan ajaran islam. Soal aurat ahli keluarga wanita diberi penekanan.
Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.
Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.
Mesti baca; Anda bercita cita untuk membina rumah idaman berkualiti? Serahkan pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor banglo bermutu tinggi.
Antara ciri ciri rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 3860 kaki persegi dan saiz patio 687 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 4547 kaki persegi.
Satu lagi keunikan rumah ini ialah, ia mempunyai kawasan "attic" atau loteng rumah. Betul betul sama dengan rumah kampung. Luas attic adalah 738 kaki persegi.
Susun atur tingkat bawah banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur & 3 bilik air.
Kawasan tempat letak kereta berbumbung rumah ini memang luas dengan ukuran 20 x 20 kaki. Saiz ini mampu menempatkan 2 buah kereta sedan diletakkan bersebelahan dan memberikan perlindungan sepenuhnya dari cuaca. Dalam gambar di atas, 2 buah kereta sedan telah diletakkan secara bersebalahan dengan skala yang berkadaran kepada rumah. Masih ada ruang untuk membuka pintu dengan selesa tanpa berlaga dengan kereta sebelah.Pintu masuk utama adalah pintu 2 daun yang memisahkan carporch dengan ruang tamu 1(18 x 20 kaki). Terdapat 2 buah pintu lipat (folding door) di ruang ini yang boleh dibuka untuk menikmati persekitaran rumah. Atau boleh juga untuk udara segar masuk ke dalam rumah.
Ruang ini mempunyai 2 ruang tamu, bagi menerima tetamu yang ramai. Keluarga yang menjaga silaturahim pasti akan kerap menerima tetamu ke rumah kan. Ruang tamu 2 ini mempunyai saiz 15 x 20 kaki. Di ruang ini juga terdapat musolla atau surau (10 x 10 kaki).
Disebelah surah terdapat tangga untuk naik ke tingkat atas. Ruang membaca bersaiz 10 x 12 kaki pula terletak di hadapan tangga. Kawasan ini merupakan perpustakaan mini untuk keluarga kita memba dan membudayakan ilmu.
Ruang makan (13 x 15 kaki) rumah ini berada di bahagian belakang rumah & dipisahkan dari ruang membaca oleh dinding yang terletak di antara keduanya.
Dapurnya pula terbahagi kepada bahagian basah dan kering, masing masing dengan saiz
- Dry kitchen bersaiz 15 x 15 kaki
- Wet kithen bersaiz 10 x 10 kaki
Rumah tradisional biasanya mempunyai tandas yang tersorok, kedudukan bathroom 1 (5 x 9 kaki) berada di sebelah "maid room" (8 x 9 kaki).
Bagi memudahkan orang gaji membasuh dan mengeringkan baju, bilik laundry (5 x 5 kaki) berada berhampiran pintu keluar yang menghubungkan dengan patio berbumbung (15 x 9 kaki) di belakang rumah.
Pintu belakang juga terdapat di dapur, bagi memudahkan kita membuang sampah ataupun menyidai pakaian di jemuran.
Selesai kita dengan susun atur aras bawah.
Susun atur tingkat tingkat atas banglo ini.
Sekiranya rumah kita kerap menerima tetamu, antara cabaran untuk ahli keluarga kita adalah penjagaan aurat ahli keluarga perempuan. Kelebihan rekabentuk rumah bertingkat ialah kita boleh asingkan ruang untuk keluarga di tingkat atas.
Aras atas rumah ini mempunyai 6 buah bilik tidur dan 3 bilik air. Saiz untuk ke semua bilik adalah seperti di bawah
- Master bedroom bersaiz 14 x 20 kaki. Bilik ini dilengkapi juga dengan kloset (8 x 9 kaki) dan dan master bathroom (8 x 11 kaki)
- Bedroom 1 bersaiz 10 x 15 kaki. Bilik tidur ini mempunyai bilik airnya sendiri, bathroom 2 (5 x 8 kaki)
- Bedroom 2 bersaiz 13 x 15 kaki.
- Bedroom 3 bersaiz 15 x 15 kaki.
- Bedroom 4 bersaiz 15 x 14 kaki.
- Bedroom 5 bersaiz 13 x 14 kaki.
Penghuni bedroom 2, 3, 4 dan 5 berkongsi penggunaan bathroom 3 (5 x 8 kaki).
Bagi mengelakkan ruang kawasan tengah menjadi gelap, pintu berkaca dengan beranda berada ditengah tengah rumah.
Keunikan rumah ini ialah ia mempunyai ruang loteng. Bolehlah ahli keluarga menikmati pemandangan dari tingkat atas. Agak besar juga ruang loteng rumah ni, boleh buat aktiviti seperti parti bbq untuk keluarga sendiri di atas ni saja. Ataupun boleh buat ruang hobi seperti menanam tumbuhan hiasan di atas rumah.
Luas untuk loteng adalah seperti berikut
- Attic 1 - 10 x 12 kaki
- Attic 2 - 13 x 34 kaki
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.