Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur 3 bilik air. Banglo 2774 kaki persegi.

Kami pernah mendapat permintaan dari seorang klien untuk pelan rumah yang ringkas dan sesuai dijadikan rumah percutian untuk anak anaknya yang sudah berkeluarga.

Pelan rumah yang kami kongsikan ini adalah antara draf awal yang telahpun diusulkan kepadanya. Mana tahu anda juga minat dengan konsep rekaan rumah sebegini. Design rumah ini sangat "straight forward". Baca sehingga habis untuk pelan rumah yang sama tetapi diberi sentuhan berbeza.

Mesti baca: Nak bina rumah atas tanah sendiri tapi belum ada pelan rumah? Ini Pelan banglo 1,2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda.

Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur & 3 bilik air. Banglo yang sesuai untuk hari keluarga.

Antara kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri ialah kita boleh mengubah pelan lantai dan lukisan 3 dimensi sehingga puas hati. Kemudian, barulah kita melakukan permohonan di pihak berkuasa tempatan untuk pembinaan rumah tersebut.

Mesti baca; Serahkan urusan membina banglo idaman anda 100% kepada Nas Nuri Construction. A sampai Z kami selesaikan.

Rumah di dalam pelan ini mempunyai keluasan kawasan berdinding (build up area) 2407 kaki persegi dan saiz patio 367 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2774 kps.








Susun atur tingkat bawah rumah ini.

Tapak tanah rumah ini bersempadankan jalan dibahagian hadapan, jadi jarak anjakan (setback) untuk bahagian hadapan rumah adalah sekurang kurangnya 20 kaki. Kawasan ini kita tidak boleh bina struktur berdinding, supaya permohonan sijil ccc kita diluluskan. Kawasan ini sesuai untuk kita jadikan laman untuk menanam tumbuhan hiasan dan agak luas untuk meletakkan kereta.

Memang sesuai untuk meletakkan kereta yang banyak untuk anak anak berkumpul pada hujung minggu. Ruang untuk tempat letak kereta berbumbung bagi rumah ini mempunyai luas 20 x 17 kaki. Muat untuk 2 buah kereta sedan diletakkan bersebelahan.

Pintu masuk 2 daun menghubungkan car porch dengan ruang dalaman rumah. Ruang tamu dan ruang makan rumah ini diletakkan secara bersebelahan tanpa diasingkan oleh dinding dengan keluasan 27 x 14 kaki. Ini menjadikan ruang ini sangat luas, sesuai untuk ahli keluarga berkumpul dan bersilaturahim bersama sama.

Tangga untuk naik ke aras atas terletak di sebelah ruang tamu. Kedudukan tangga ini agak terbuka, jadi ahli keluarga yang ingin naik atau turun dari atas pasti akan bertemu dengan tetamu di ruang tamu. Sekiranya anda inginkan privasi kepada ahli keluarga, laluan ke tangga boleh kita sorokkan di kawasan yang kurang terbuka seperti ini. Memandangkan tujuan rumah ini dibina adalah untuk perhimpunan adik beradik, jadi masalah ini tidak timbul. Stor (7 x 4 kaki) berpintu pula terletak di bawah tangga.

Dapur untuk rumah ini memang terbuka, dengan saiz 15 x 10 kaki dan terletak disebelah ruang makan, ahli keluarga boleh bersama sama meluangkan masa menyediakan makanan di dapur sambil bertukar tukar cerita sesama mereka. Rekabentuk rumah aras bawah rumah ini memang terbuka, sebab itulah ruang tamu, makan dan dapurnya tiada pengasingan dinding. Kelebihannya, memang ruang bawahnya kelihatan sangat luas. Terdapat 1 pintu keluar diletakkan di dapur untuk kemudahan membuang sampah & menyidai baju di ampaian yang terdapat di luar rumah.

Aras bawah rumah ini mempunyai sebuah bilik air (bathroom 1) dengan keluasan 7 x 5 kaki. Kedudukan pintu bilik air agak terbuka dan boleh dilihat dari ruang tamu. Susun atur pelan rumah ini masih boleh diperbaiki supaya tetamu tidak dapat melihat orang keluar masuk bilik air secara jelas begini.

Terdapat 2 buah bilik tidur di aras bawah iaitu bedroom 1 (14 x 14 kaki) dan bedroom 2 (15 x 14 kaki). Selesai sudah untuk aras bawah, sekarang ini kita lihat pula susunan ruang di tingkat atas.





Susun atur tingkat atas untuk rumah ini.

Saiz untuk tingkat atas lebih kecil berbanding aras bawah. Aras atas mempunyai 3 buah bilik tidur dengan keluasan seperti berikut.
  1. Master bedroom - 22 x 17 kaki. Luas bilik air di dalam bilik tidur ini ialah 6 x 9 kaki.
  2. Bedroom 3 - 14 x 14 kaki
  3. Bedroom 4 - 15 x 14 kaki
Bathroom 2 mempunyai pintu yang boleh di akses dari luar bilik. Ruang keluarga aras atas pula berkeluasan 19 x 9 kaki. Rekaan rumah yang baik perlu mengambil kira kedudukan tingkap supaya rumah mendapat pencahayaan semulajadi yang baik.

Apa pendapat anda tentang pelan rumah ini? Sekiranya anda rasa rumah ini terlalu ringkas dan berkotak, kita memang sependapat. Di bawah ini adalah pelan rumah dengan bilangan bilik dan keluasan yang hampir sama. Rekabentuk dan susun aturnya telah disusun semula dan tidak lagi "straight forward" seperti sebelum ini.

Lihat upgrade pelan rumah ini disini: Pelan rumah 2 tingkat 5 bedroom 3 bathroom (2725 kps) dengan susun atur pelan lantai yang lebih baik.


Mesti baca: Apa yang perlu dipertimbangkan semasa memilih untuk membina rumah 1, 2 & 3 tingkat? Baca panduan ini untuk jawapannya.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.