Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur 3 bilik air. Banglo 2725 kaki persegi

Pada perkongsian yang lalu, kami telah pun berkongsi tentang susun atur sebuah banglo 2 tingkat yang mempunyai luas 2774 kps dengan 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Sila rujuk disini.

Hari ini kita akan kongsikan kepada anda semua, bagaimana perancangan yang bagus semasa peringkat melukis pelan rumah boleh mengelakkan pelbagai masalah selepas rumah siap dibina. Kita akan kongsi dan bincangkan pelan rumah yang sama dengan susunan berbeza.

Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!

Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 3 bilik air. Rekaan banglo yang mempunyai pemisahan tetamu & ahli keluarga yang baik.

Ramai dari kita beli rumah & kemudian buat renovasi untuk dapatkan susun atur ruang yang kita kehendaki. Berbeza dengan buat rumah atas tanah lot milik sendiri. Sebelum rumah dibina, kita boleh ubah pelan lantai dan lukisan 3 dimensi rumah kita hingga dapat apa yang dicita.

Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.

Rumah banglo untuk lukisan ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2245 kaki persegi dan saiz patio 480 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2725 kps.







Susun atur tingkat bawah banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur & 3 bilik air.

Kawasan tempat letak kereta berbumbung rumah ini memang luas dengan ukuran 20 x 20 kaki. Saiz ini mampu menempatkan 2 buah kereta sedan diletakkan bersebelahan. Boleh rujuk gambar di atas, kami telah meletakkan 2 buah kereta sedan dengan skala yang berkadaran kepada rumah.

Rumah ini mempunyai 2 laluan pintu masuk. Satu untuk digunakan ahli keluarga, satu lagi pula untuk tetamu.

Pintu masuk untuk tetamu terletak dibahagian hadapan rumah dan mempunyai patio berbumbung. Pntu masuk 2 daun ini akan membawa terus ke ruang tamu (18 x 15 kaki). Pintu tetamu tidak perlu dibuka selalu, jadi susunan di ruang ini perlu mengambilkira pergerakan tetamu semasa menerima tetamu.

Pintu masuk untuk ahli keluarga pula boleh diakses dengan melalui foyer (patio), pintu 1 daun ini akan memintas ruang tamu dan membawa ahli keluarga terus ke ruang keluarga / makan (saiz 17 x 15 kaki). Inilah pintu utama untuk kegunaan ahli keluarga.

Ruang makan / keluarga mempunyai pintu gelongsor (sliding door) 3 daun, bolehlah kita makan di ruang tamu sambil menikmati persekitaran di luar. Ruang di hadapan sliding door sesuai dihiasi dengan pokok hiasan ataupun taman mini.

Aras bawah rumah ini mempunyai 2 buah bilik tidur (bedroom 1 & 2) dengan ukuran 12 x 15 kaki. Kedua dua bilik tidur tidak mempunyai bilik air di dalam. Salah satu darinya sesuai dijadikan "guest bedroom" khusus untuk menerima tetamu yang berkunjung dari jauh dan ingin bermalam disini.

Bathroom 1 berfungsi sebagai bilik air tetamu yang boleh digunakan semua. Pintunya sedikit tersorok dan tidak terlalu ketara kepada mereka yang berada di ruang tamu dan ruang makan.

Kedudukan store (saiz 12 x 5 kaki) juga agak tersorok, berada dibawah tangga. Sekiranya anda telah membaca artikel sebelum ini, inilah yang saya maksudkan dengan kedudukan tangga yang tersorok dan memberikan pengasingan yang lebih baik kepada ahli keluarga dan tetamu. Tangga terletak di bahagian belakang rumah dan boleh diakses dari dapur. Tetamu yang datang bertamu tidak akan nampak ahli keluarga di aras atas yang turun ke bawah untuk mengambil makanan.

Akhir sekali, ruang dapur (13 x 15 kaki) untuk rumah ini berada di belakang umah dan terasing dari ruang makan oleh dinding yang memanjang. Pintu belakang juga terdapat di dapur, bagi memudahkan kita membuang sampah ataupun menyidai pakaian di jemuran.

Selesai kita dengan susun atur aras bawah.




Susun atur tingkat atas untuk banglo 2 tingkat 5 bedroom & 3 bathroom.

Sebaik saja kita naik tangga ke aras atas, kita akan tiba ke ruang keluarga yang luas dengan saiz 17 x 15 kaki. Ruang ini mempunyai tingkap 3 daun yang boleh digunakan untuk memerhati pemandangan taman mini di aras bawah dan juga pemandangan persekitaran. Dari ruang keluarga ini juga, kita boleh menggunakan bathroom 2 bersaiz 5 x 8 kaki. Kita juga boleh meletakkan almari dan meja di ruang ini untuk anak anak membuat kerja sekolah bersama sama di malam hari. Boleh juga mwujudkan pantri mini supaya tidak perlu turun naik tangga untuk membuat air panas.

Bathroom 2 akan digunakan dengan kerap oleh penghuni bedroom 3 & 4. Kedua dua bilik ini agak luas dengan saiz 12 x 15 kaki.

Ahli keluarga boleh bersolat bersama sama di ruang keluarga. Bolehlah jadikan bathroom 2 sebagai tempat mengambil wudhu. Pada masa yang sama, mak ayah boleh periksa kebersihan bilik air yang digunakan anak anak.

Bilik tidur paling besar di rumah ini ialah master bedroom yang bersaiz 16 x 15 kaki. Bilik ini dilengkapi dengan bilik air dalaman (12 x 5 kaki) yang boleh diakses dari bilik tidur utama saja. Ada antara kita yang lebih gemarkan master bedroom di aras bawah supaya kelak semasa kita sudah berusia, kita dah tak larat nak naik turun tangga. Maklumlah, lutut pun dah longgar. Sendi pun dah tak kuat. Risiko untuk jatuh di tangga lagi. Jadi, fikirkan masak masak setiap keputusan yang kita ambil semasa merekabentuk pelan lantai rumah ini akan memberi impak yang besar di masa depan.

Mesti baca: Apa yang perlu dipertimbangkan semasa memilih untuk membina rumah 1, 2 & 3 tingkat? Baca panduan ini untuk jawapannya.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.