Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air. Banglo 2714 kaki persegi

Sekiranya anda meminati rekaan rumah banglo moden, artikel ini memang ditulis untuk anda. 
Kali ini kami akan kongsikan rekabentuk sebuah banglo moden 2 tingkat. Rekaan moden kurang menggunakan genting untuk kawasan bumbung dan diganti dengan penggunaan concrete slab dan hiasan batu facade untuk menaikkan seri rumah.

Rugi tak baca: Tanah lot banglo bagaimana yang menjimatkan kos untuk membina rumah? Baca panduan berikut.

Mesti baca: Koleksi 30 pelan banglo 1, 2, 3 tingkat rekabentuk terkini! Percuma untuk rujukan anda!

Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air dengan keluasan 2714 kps.

Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.

Sebelum kami merekabentuk pelan baru, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Antara faktor utama yang kami tekankan semasa melukis pelan ini ialah gaya hidup tuan rumah suka menerima kunjungan tetamu & pada masa yang sama mahukan privasi ahli keluarganya tidak terganggu semasa tetamu bermalam.

Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.

Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.

Mesti baca; Anda bercita cita untuk membina rumah idaman berkualiti? Serahkan pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor banglo bermutu tinggi.

Antara ciri ciri rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2206 kaki persegi dan saiz patio 508 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2714 kaki persegi.



Susun atur tingkat bawah banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur & 5 bilik air.

Car porch dengan saiz 21 x 18 kaki rumah ini memang luas. Saiz ini mampu menempatkan 2 buah kereta sedan diletakkan bersebelahan dan memberikan perlindungan sepenuhnya dari cuaca. Dalam gambar di atas, 2 buah kereta sedan telah diletakkan secara bersebelahan dengan skala yang berkadaran kepada rumah. Masih ada ruang untuk membuka pintu dengan selesa tanpa berlaga dengan kereta sebelah.

Pintu masuk utama adalah pintu 2 daun yang memisahkan carporch dengan ruang tamu 21 x 15 kaki. Agak besar ruang tamu rumah ni. Disebelah kanan ruang tamu terdapat sliding door 3 daun di ruang ini yang boleh dibuka untuk menikmati persekitaran rumah. Atau boleh juga untuk udara segar masuk ke dalam rumah. Patio berbumbung dengan saiz 15 x 8 kaki di hadapan sliding door boleh kita letakkan kerusi untuk keluarga bersantai.

Dining area bersaiz 10 x 10 kaki berada disebelah ruang tamu, sebuah lagi sliding door 2 pintu disebelah kiri ruang makan untuk kita melihat pemandangan semasa makan. Terdapat patio berukuran 4 x 8 kaki dihadapan sliding door.

Di sebelah kanan ruang makan terletak stor dan tangga untuk naik ke tingkat atas. Setelah mengambil kira gayahidup tuan rumah yang kerap menerima tetamu, terdapat sebuah bilik tetamu yang selesa serta besar saiznya (14 x 12 kaki). Bilik ini juga dilengkapi bathroomnya sendiri (7 x 5 kaki). Selain boleh digunakan untuk tetamu, bilik ini juga sesuai digunakan oleh tuan rumah selepas tua, semasa otot lutut sudah tidak kuat lagi. Ataupun untuk menjaga mak ayah & mertua semasa mereka tidak sihat. Bilik air ini boleh kita siapkan dengan kemudahan untuk kerusi roda untuk tujuan tersebut.

Dihadapan bilik tetamu terdapat bilik utiliti bersaiz 10 x  8 kaki untuk pelbagai kegunaan. Boleh dijadikan sebagai bilik solat untuk keluarga, pejabat & perpustakaan mini. Ataupun sebagai bilik orang gaji. Sebuah lagi bilik air dengan pintu tersorok berada disebelah bilik utiliti.

Dapur rumah terletak dikawasan belakang rumah dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dapur kering yang sangat luas (15 x 14 kaki) dan wet kitchen (10 x 10 kaki). Dapur yang besar ini sesuai untuk adakan kenduri kendara. Sangat sesuai untuk rumah anak sulung yang pastinya menjadi tempat adik beradik berhimpun. Pintu keluar dengan patio berada di sebelah kanan wet kitchen untuk memudahkan kita membuang sampah.


Susun atur tingkat tingkat atas banglo ini.

Sekiranya rumah kita kerap menerima tetamu, antara cabaran untuk ahli keluarga kita adalah penjagaan aurat ahli keluarga perempuan. Isteri dan anak anak takkan asyik nak pakai tudung saja setiap masa dalam rumah kan. Mesti rasa rimas. Sebab itu tingkat atas rumah ini kita letakkan 4 bilik tidur dan 1 ruang keluarga.

Ruang keluarga di aras ini bole kita letakkan pantri kecil untuk mudah buat air dan juga set televisyen. Nak jadikan tempat untuk buat kerja sekolah setiap malam pun boleh kan. Dengan saiz 10 x 10 kaki, cukup luas untuk semua tu.

Ruang keluarga menghubungkan 4 bilik tidur di tingkat ini. Saiz untuk ke semua bilik adalah seperti di bawah
  • Master bedroom bersaiz 15 x 15 kaki. Bilik ini dilengkapi juga dengan  walk in kloset (7 x 6 kaki) dan dan master bathroom (6 x 6 kaki)
  • Bedroom 1 bersaiz 10 x 12 kaki. Bilik tidur ini mempunyai bilik airnya sendiri (10 x 4 kaki)
  • Bedroom 2 bersaiz 11 x 10 kaki.
  • Bedroom 3 bersaiz 10 x 12 kaki.
Penghuni bedroom 2 dan 3 berkongsi penggunaan sebuah lagi bilik air di luar (4 x 10 kaki).

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat & kelebihan yang kita perolehi dengan membinanya sendiri.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.