Pelan rumah 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air. Banglo 2951 kaki persegi
Jika kita ada sebidang tanah yang besar, memang sesuai untuk membina rumah setingkat. Kita akan jimat kos untuk membina tangga & tidak perlu bersusah susah mendaki tangga ketika sudah berusia nanti.Insyaallah, kali ini kami kongsikan sebuah lagi pelan rumah 1 tingkat seluas 2951 kaki persegi.
Rugi tak baca: Tanah lot banglo bagaimana yang menjimatkan kos untuk membina rumah? Baca panduan berikut.
Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!
Perlukan harga kos membina pelan rumah ini?
Hubungi Nas Nuri Construction Sdn Bhd, kami akan berikan anda HARGA dan SPEC BINAAN pelan rumah tersebut.
Pelan rumah banglo setingkat 5 bilik tidur 4 bilik air!
Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.
Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.
Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.
Antara ciri ciri rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2481 kaki persegi dan saiz patio 470 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 2951 kaki persegi.
Di bawah ini adalah model 3 dimensi untuk rupa luaran rumah banglo ini. Ini hanyalah usul sahaja daripada arkitek kami, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis konsep rekabentuk rumah dengan membuat kajian di internet.
Antara konsep yang popular waktu ini adalah konsep moden yang menggunakan banyak slab konkrit sebagai bumbung menggantikan penggunaan bumbung genting & dihiasi dengan batu facade untuk menaikkan seri rumah. Apa pun citarasa anda, cari saja gambar rumah yang paling menepati rupa rumah idaman anda dan berikan kepada kami untuk diterjemahkan kepada model 3D.
Susun atur aras atas banglo 1 tingkat dengan 5 bilik tidur & 5 bilik air.
Kawasan tempat letak kereta direka dengan keluasan 18 x 21 kaki supaya mampu memberikan perlindungan dari cuaca kepada 2 kereta sedan yang diletakkan bersebelahan dikawasan berbumbung.Jika anda ingin masuk ke ruang tamu, terdapat 1 kawasan patio kecil dengan anak tangga. Pintu 2 daun yang luas memudahkan pergerakan keluar masuk ke ruang tamu rumah ini yang mempunyai keluasan 19 x 20 kaki.
Pada kebiasaannya, bingkai jenis tinggi & besar digunakan di ruang ini untuk pencahayaan yang lebih baik & juga untuk memudahkan tuan rumah meninjau halaman rumah jika ada tetamu. Penggunaan tingkap berbentuk L yang terdapat di bucu rumah akan memberikan persepsi ruang yang lapang. Saiz ruang tamu sebesar ini mampu menempatkan set sofa untuk 7 orang tanpa menyebabkan ia kelihatan sempit.
Sekiranya tetamu ingin menggunakan tandas, mereka hanya perlu masuk ke ke dalam rumah & menuruni beberapa anak tangga.
Kita akan masuk ke koridor yang memberikan akses kepada banyak ruang & bilik lain di rumah ini. Lebar laluan koridor ini adalah 5 kaki supaya kelihatan luas dan memudahkan pergerakan 2 hala.
Rekaan rumah ini menempatkan bilik tidur tetamu (guest bedroom dengan keluasan 11 x 12 kaki) dan bilik air tetamu (guest bathroom 5 x 8 kaki) berhampiran dengan ruang tamu supaya tetamu yang bermalam di rumah kita tidak mengganggu ahli keluarga tuan rumah. Tak perlulah tetamu berjalan sampai ke dapur untuk tumpang tandas kan. Kedudukan tandas dan pintunya juga agak tersorok dari pandangan ramai.
Master bedroom (13 x 16 kaki) yang merupakan bilik paling luas di rumah ini juga berada di bahagian hadapan rumah. Bilik utama ini dilengkapi dengan kloset bersaiz 9 x 11 kaki untuk meletakkan almari baju dan aksesori isteri tuan rumah. Pintu untuk ke bilik air master bedroom tersembunyi di ruangan kloset, memberikan lebih privasi kepada kita. Rekaan yang lemah tidak mengambil kira perkara ini. Buka pintu bilik terus nampak pintu bilik air di dalamnya.
Kesemua bilik tidur untuk pelan rumah ini dikumpulkan di bahagian hadapan rumah. Masing masing dengan luas berikut.
- Bedroom 1 & 2 (11 x 12 kaki) berkongsi bathroom 1 (5 x 8 kaki)
- Bedroom 3 (13 x 16 kaki) dengan akses dari dalam bilik ke bathroom 2 (5 x 8 kaki)
Antara kekurangan rekabnetuk pelan rumah ini ialah kurangnya privasi ahli keluarga apabila menerima tetamu. Tetamu yang bermalam di bilik "guest bedroom" perlu melalui koridor yang sama digunakan oleh keluarga tuan rumah.
Selain itu, pengumpulan bilik tidur di kawasan yang sama menyebabkan koridor tersebut mempunyai pencahayaan semulajadi yang kurang baik. Ruang koridor ini akan kelihatan gelap dan suram sekiranya tiada lampu dibuka. Bayangkan, sebaik saja anda turun dari anak tangga ruang tamu sehinggalah ke depan bedroom 2 hanya 1 tingkap saja yang akan ditemui.
Bahagian rumah untuk ahli keluarga berinteraksi di dalam rumah berada di belakang. Ruang keluarga dan ruang makan di letakkan bersama supaya kelihatan besar. Kedua dua kawasan ini bersaiz 12 x 25 kaki. Kawasan ini mempunyai pencahayaan yang baik dengan tingkap 4 daun di dinding bahagian ruang tamu dan pintu gelongsor (sliding door) dibahagian ruang makan. Terdapat patio dengan anak tangga selepas sliding door.
Dapur dan ruang makan dipisahkan oleh dinding. Dapur ini juga terbahagi kepada bahagian kering dan basah.
- Dry kitchen - 14 x 12 kaki
- Wet kitchen - 14 x 13 kaki
Dapur untuk rumah ini memang agak besar saiznya. Selain itu, atas permintaan tuan rumah, dapur ini juga dilengkapi dengan 2 lagi ruang tambahan seperti
- Stor - 5 x 8 kaki
- Laundry room - 5 x 8 kaki
Terdapat pintu keluar di bilik laundry menuju patio berdinding. Kawasan ini sesuai untuk dijadikan jemuran baju berbumbung. Bolehlah kita keluar rumah tanpa risaukan pakaian diampaian basah kerana hujan.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.