Top Ad unit 728 × 90

Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus Jika 5 Perkara Ini Cantik!

"Pernah tak kita dengar, kawan di pejabat merungut pinjaman perumahan susah lulus. Sedangkan ada kawan lain tu senang saja bank luluskan?"
Adakah bank pilih kasih, atau pun kita memang ditakdirkan kurang bernasib baik?

Sebenarnya, semua ini boleh diuruskan dengan mudah.


Dengan perancangan kewangan yang betul, pihak bank & LPPSA akan meluluskan permohonan pinjaman kita dengan senyuman di muka.


Hari ini, kita akan bongkarkan cara tersebut.




Pinjaman perumahan kerajaan bank



Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus! Ini apa yang kita perlu ambil tahu

Ramai dari kita merancang membina & membeli rumah idaman keluarga. Oleh kerana harga rumah sangat mahal sehingga tak mampu dibeli secara tunai, terpaksalah melalui pinjaman.

Pinjaman perumahan kerajaan & swasta dari bank memerlukan kita membuat perancangan kewangan peribadi & bisnes yang baik.


Supaya rekod kita lawa seperti bulan purnama bersinaran di langit malam & harum seperti bunga segar di Cameron Highland.


Penting untuk kita tahu, Bank bukan saja ambil kira rekod CCRIS dan CTOS sebelum meluluskan pinjaman rumah


Ada lagi perkara lain yang mereka pertimbangkan masak masak sebelum meluluskan pinjaman kita.

CCRIS dan CTOS – Ini je ke bank tengok untuk luluskan loan rumah?


Apakah itu CCRIS & Cara Menguruskannya!

CCRIS adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System yang dikendalikan oleh Bank Negara.

Sistem ini akan mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang.


Rekod CCRIS disimpan selama 1 tahun / 12 bulan.


Senang kata, rekod CCRIS lebih menjurus kepada pengurusan kewangan individu.


Di dalam CCRIS, terdapat 3 maklumat penting yang disimpan mengenai kewangan kita. Iaitu

  1. Outstanding loan - Rekod tentang pinjaman kita yang tertunggak / belum langsai.
  2. Special attention account - Semua hutang kita dalam perhatian bank. Contohnya, kita mempunyai hutang khas yang diuruskan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK)
  3. Loan / Credit facility application - Sejarah permohonan pinjaman bank yang pernah & sedang dipertimbangkan. Tak kiralah sama ada diterima, ditolak atau tertangguh.
Ketiga tiga maklumat diatas mestilah diurus dengan baik supaya rekod & rating kita baik terutama dalam jangka 12 bulan sebelum kita membuat permohonan pinjaman perumahan.

Komitmen bulanan yang termasuk dalam 3 kategori diatas yang wajib kita bayar setiap bulan akan disimpan didalam CCRIS adalah seperti:


  • Pinjaman kereta
  • PTPTN & pinjaman pendidikan lain.
  • Kad kredit
  • Lain lain
Laporan CCRIS juga akan merekodkan kelakuan kita dalam tempoh 12 bulan.

Kelakuan merujuk kepada sikap kita dalam melaksanakan komitmen bulanan untuk tempoh 12 bulan.


Adakah kita membayar semua komitmen sebelum masanya, atau suka bertangguh melaksanakan pembayaran.



Contoh Rekod Kelakuan Individu CCRIS?

Saya berikan 3 contoh untuk individu yang mempunyai kelakuan berbeza.

  1. Jenis 1: Rekod cantik - 000000000000 (No 12 digit bernilai sifar ini menunjukkan kita tiada tunggakan. Bank suka rekod begini, memang senang lulus.)
  2. Jenis 2: Rekod biasa - 100110101101 (No 12 digit ini menunjukkan kita kerap lambat membuat bayaran, tetapi kemungkinan bank untuk meluluskan pinjaman masih ada.)
  3. Jenis 3: Rekod tak cantik - 123343212321 (No 12 digit ini menunjukkan kerap berlaku tunggakan sehingga melebihi 2 & 3 bulan.

Macam mana cara nak cantikkan rekod CCRIS? 

Secara mudah, ini boleh di lakukan dengan:
  1. Melalukan bayaran pinjaman lebih awal / tepat pada dari tarikh pembayaran.
  2. Langsaikan pinjaman yang pernah di lakukan dengan pihak bank. Kurangkan permohonan kredit dari bank.
  3. Elakkan menggunakan kad kredit. Atau urus penggunaan kad kredit dengan baik supaya had kredit sifar atau mininum.

Apakah itu CTOS & Cara Menguruskannya!

Jika CCRIS merupakan rekod yang disimpan Bank Negara, CTOS pula singkatan dari Credit Tip-Off Sdn Bhd yang dikendalikan syarikat swasta.

Apa yang membezakan CCRIS & CTOS ialah, rekod di dalam CTOS tidak terhad untuk 12 bulan.

Maklumat di dalam CTOS lebih menjurus kepada kewangan perniagaan & kerjaya kita.

Rekod bagaimana yang disimpan oleh CTOS? 

Antara maklumat kewangan individu yang disimpan CTOS & akan mempengaruhi permohonan pinjaman kita 
  1. Status muflis / bankrap.
  2. Tindakan undang-undang mahkamah, sama ada yang pernah diambil atau sedang tertunda.
  3. Rekod tunggakan bil.
  4. Menjadi penjamin bagi peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Macam mana cara nak cantikkan rekod CTOS? 

Antara perkara yang perlu kita ambil perhatian dalam memastikan rekod CTOS cantik.
  1. Elakkan diri dari tindakan undang undang.
  2. Jangan menjadi penjamin kepada individu yang mempunyai sikap yang buruk dalam pengurusan hutang.
  3. Pastikan segala bil dibayar dengan baik & elakkan tunggakan.

Ok, selesai sudah tentang CCRIS & CTOS.


Selain 2 rekod diatas, ada juga beberapa perkara lain yang bank gunakan sebelum pinjaman rumah kita lulus atau ditolak.


Dan, bank berbeza akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menilai permohonan.


Cuba tanya kawan kawan atau saudara yang pernah lalui proses ini dalam masa terdekat.


Lebih mudah untuk kita tiru & mohon saja di bank yang sama.


Bank bank ini akan meluluskan permohonan kita berdasarkan markah kredit. Dan markah ini bergantung kepada 5 faktor di bawah.



Bank Gunakan 5C ini untuk luluskan pinjaman kita : Character, Capacity, Capital, Condition dan Collateral.

pinjaman perumahan markah kredit


1. Character / Karakter

Apa yang diperhatikan bank melalu karakter anda?

  • Sikap & kelakuan kita terhadap pinjaman yang pernah di buat. Setiap bank mempunyai kaedah mereka yang tersendiri.
  • Sekiranya anda bayar tepat pada waktunya, anda akan memperolehi skor A untuk kebolehan anda untuk membayar semula pinjaman.
  • Bank mengambil kira latar belakang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.
    • sejarah kredit sebelum ni
    • sejarah keupayaan membuat pembayaran hutang.
    • sejarah tempoh masa bekerja di satu syarikat (Setia atau sentiasa bertukar kerja)
    • Sejarah tempoh bermastautin di sesebuah kawasan,
Pendek kata, memang teliti betul kajian yang bank jalankan untuk lihat sikap kita.

Patutlah orang putih kata, "How you do anything, is how you do everything".


Rumusan untuk mudah lulus dari sikap

  • Bayar hutang tepat pada masa.
  • Bina kerjaya yang kompeten di syarikat yang stabil & amalkan sikap yang baik.
  • Elakkan kerap bertukar tempat kerja dengan kerap kerana boleh menjadi petanda kita mempunyai masalah sikap di tempat kerja.


2. Capacity / Kapasiti

Apa yang diperhatikan bank melalu karakter anda?
  • Bank melihat jumlah pendapatan yang diperoleh.
  • Menentukan sama ada anda mampu atau tidak untuk melunaskan hutang.
  • Antara perkara yang menunjukkan kita mempunyai kapasiti berhutang ialah 
    • Gaji bulanan
    • Pendapatan lain
    • Perbelanjaan sara hidup semasa
    • Jumlah hutang semasa
    • Jumlah bayaran balik pinjaman yang pernah di buat
    • Bilangan tanggungan dan lain lain.
  • Menunjukkan kemampuan kita dalam mempunyai aliran tunai yang stabil & mencukupi.
Rumusan untuk mudah lulus pinjaman dari kapasiti yang baik
  • Amalkan tabiat menabung & menyimpan pendapatan.
  • Laburkan wang di instrumen yang stabil & diyakini.
  • Simpan aset yang di yakini & bertambah nilai dengan masa.
  • Langsaikan hutang yang ada untuk menambahkan kapasiti & markah kredit kita.

3. Capital / Kapital

Apa yang diperhatikan bank melalu capital anda?
  • Bank menilai simpanan / pelaburan yang kita ada yang boleh digunakan sebagai cagaran sekiranya tidak mampu membayar pinjaman. 
  • Semakin besar simpanan / pelaburan, semakin rendah risiko yang pihak bank sekiranya pinjaman diluluskan kepada kita.

4. Collateral / Kolateral

Apa yang diperhatikan bank melalu kolateral anda?
  • Bank menilai jumlah aset yang mampu digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman. 
  • Aset seperti hartanah (rumah sewa, homestay, tanah & etc) dan kenderaan akan diambil kira. Sekiranya kita gagal melunaskan hutang, aset yang ada boleh diletakkan sebagai cagaran.


5. Condition / Kondisi

Apa yang diperhatikan bank melalui kondisi anda?
  • Bank menilai tujuan pinjaman dibuat. 
  • Sama ada untuk membina rumah yang mempunyai CCC, pengubahsuaian rumah, menyelesaikan hutang mahupun membeli aset. 
  • Setiap pinjaman membawa perkiraan risiko yang berbeza.


Kesimpulan

Mendapatkan kelulusan dari bank dan LPPSA bukannya mudah, tetapi tidak mustahil dengan mengamalkan perkara diatas.

Amalkan tabiat ini dalam pengurusan kewangan seharian & pihak bank pasti akan tersenyum gembira meluluskan permohonan anda.
Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus Jika 5 Perkara Ini Cantik! Reviewed by Azmi Writer on March 29, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. salam singgah sini. perkongsian yang bagus ,senang kalau ada yang tercari2 info pasal pinjaman perumahan :)

    ReplyDelete
  2. Merancang untuk masa depan dari hari ini menggunakan ilmu yang diamalkan setiap hari untuk asas kewangan yang kukuh.

    Ibu sendiri kalau boleh tak mahu pinjam bank untuk buat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mampu beli tunai, buat apalah nak pinjam bank. Melainkan kita pandai uruskan hutang, dari tunai yang cukup untuk beli 1 rumah secara tunai,kita dapat beli 4 rumah secara hutang.

      Lepas beberapa tahun pulangan berganda.

      Tapi, semua ini melibatkan risiko dan pengurusan yang baik. Salah langkah, daripada selamat dapat 1 rumah.

      4 Rumah hangus.

      Delete
    2. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni tuan.

      Delete
  3. Good info. Apapun mmg rekod kena bersih Dan bagus barulah senang lulus kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEtul tu, kena ada disiplin dan tak culas bayar hutang dan bil baru rekod cantik.

      Delete
  4. CTOS memang ramai yang buat bakal peminjam sangkut..

    cara yang bersihkan juga dengan bayar hutang sampai habis

    ReplyDelete
  5. macam mana nak check record cantik ke tak tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik soalan sia nurzafirah ni.

      Ibu pun nak tahu juga.

      Boleh kongsi cara semak rekod ccris dan ctos?

      Delete
  6. phew~ begitu rupanya. tp kesian lah pada org yg terperangkap dgn CTOS CCRIS ni disebabkan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya harapkan pagar pagar makan padi. Nak tolong orang macam tolong anjing tersepit kan

      Delete
  7. patutlah ramai suka kerja kerajaan. Sebab kononya stabil dan terjamin. Kerja swasta ni banyak sangat kajian nak beli rumah.

    Bank siap kaji sikap kita dan juga serba serbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat penghulu segala hari dari Ibu kepada sis. Memang banyak kelebihan kerja kerajaan. Tapi banyak juga risiko.

      Saudara mara pun suka. Maklumlah kasih saudara semasa berada. Suka masa senang sajalah.

      Delete
    2. Lumrah dunia tu. Kasih sayang mak ayah juga yang tak terbalas dengan wang ringgit. Kasih saudara belum tentu

      Delete
  8. Mama singgah blog walking. Semoga sihat tuan. Nak meminjam beli rumah ni banyak urusannya. Komitmen tinggi

    ReplyDelete
  9. Pinjaman perumahan memang komitmen besar untuk di fikir fikirkan. Bukan mudah bank nak luluskan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu Tuan. Lama tak update blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan blog baru dapat anak. Semoga semuanya lancar dan di permudahkan Allah swt. Amin

      Delete
  11. berapa bank ambil kira untuk Debt Service Ratio sekarang ya? untuk due date commitment pun kene tengok sebab kekdang main bayar je tau2 ada tunggakan sebulan tapi sebenarnya dah lewat due date even sehari

    ReplyDelete

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.