Top Ad unit 728 × 90

Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?

pinjaman perumahan kerajaan lppsa dan pinjaman bank
  1. Selain dari menggunakan wang tunai serta pinjaman peribadi, pilihan menggunakan pembiayaan dari bank serta LPPSA (bagi kakitangan kerajaan) juga boleh dijadikan pilihan bagi mereka yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.
  2. Apa yang ingin saya ulas disini bukan mengenai pengisian borang bagi kedua-dua bentuk pinjaman.
    Tetapi perkara-perkara yang perlu diambil tahu sebelum permohonan pinjaman dibuat.
    Perkara-perkara ini sering menjadi tanda tanya dikalangan mereka yang ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA mahupun pinjaman perumahan dengan pihak bank.
  3. Secara dasarnya, kedua-dua bentuk pinjaman mempunyai prosedur yang sama, cuma ada sedikit perbezaan sahaja. Saya akan terangkan dengan lanjut dibawah.     


Pinjaman perumahan LPPSA dan juga home loan dengan pihak bank, apa yang perlu anda buat sebelum membuat pinjaman.

pinjaman perumahan lppsa & home loan bank

Geran tanah

  1. Ini adalah penting, pastikan tanah tersebut adalah geran individu bagi penama yang ingin membuat pinjaman. 
  2. Geran kongsi/caveat/pemegang amanah tidak boleh digunakan bagi membuat pinjaman. 
  3. Bagi pinjaman LPPSA, sekiranya pasangan anda bukan penjawat awam, jangan masukkan nama didalam geran.
    Geran yang mempunyai dua nama dengan salah seorang bukan penjawat awam, tidak boleh membuat pinjaman LPPSA, hanya pinjaman bank sahaja yang boleh dibuat.
  4. Satu lagi perkara yang penting, sekiranya tanah telah dibeli dengan menggunakan pinjaman LPPSA, anda tidak boleh membuat pinjaman bagi membina rumah dengan pihak bank, hanya boleh satu pihak gadaian sahaja untuk rumah dan tanah.
    Begitu juga dengan bank sekiranya untuk tanah anda telah membuat pinjaman dengan Bank A, rumah anda juga perlu membuat pinjaman dengan Bank A.
    Tidak boleh membuat pinjaman dengan Bank B. Sekiranya anda tetap berkeinginan menggunakan pinjaman di Bank B, anda perlu menukar gadaian tanah di Bank A ke Bank B, maknanya gadaian asal di Bank A perlu di tukar ke Bank B.
  5. Proses memasukkan gadaian di pejabat tanah ini mengambil masa, sekiranya anda ingin rumah idaman dibina dengan segera, elakkan penukaran pemilik gadaian.
    Ini akan lebih memakan masa dan kos. Proses gadaian ini akan dilakukan oleh pihak peguam.

Status tanah

  1. Pastikan status tanah didalam geran adalah bangunan, bukan status pertanian. Ini bergantung kepada sesuatu PBT, sesetengah PBT membenarkan dan memberi kelulusan binaan bagi 1 unit rumah diatas tanah berstatus pertanian. 
  2. Tetapi sesetengah PBT tidak membenarkan tanah berstatus pertanian untuk membina rumah. 
  3. Apa yang perlu dibuat adalah menukar status tersebut di pejabat tanah dan kebiasaannya bagi menukar status mengambil masa lebih dari 3 bulan dan perlu mengikut keperluan yang telah ditetap oleh pejabat tanah sebelum pertukaran status dibenarkan. 
  4. Perlu diingatkan, pembayaran premium tanah menukar status dari pertanian ke bangunan adalah tinggi.

Kelulusan Pelan Bangunan

  1. Bagi membuat pinjaman, kelulusan pelan bangunan dari PBT adalah perlu. 
  2. Pemilik tanah perlu melantik seorang pelukis pelan yang bertauliah atau arkitek bagi mendapatkan kelulusan pelan binaan.
    Ada sesetengah kontraktor seperti NAS NURI CONSTRUCTION menyediakan perkhidmatan reka dan bina, ini adalah lebih mudah bagi pemilik tanah yang ingin membina rumah tanpa risau akan berlaku terlebih bajet. Boleh ke website www.nasnuri.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Keperluan CCC/CF

  1. Keperluan CCC/CF adalah wajib bagi binaan rumah yang menggunakan pinjaman bank, ini kerana bagi tuntutan bayaran terakhir, pihak bank akan meminta salinan CCC/CF. 
  2. Bagi pinjaman LPPSA, keperluan CCC/CF adalah opsyen yang mana bagi binaan yang tidak membuat perolehan CCC/CF, wang tahanan selama setahun akan dikenakan oleh pihak LPPSA.

Peguam

  1. Bagi pinjaman LPPSA,  pemilik tanah perlu membuat kontrak atau "sale & purchase agreement" antara pemilik tanah dan kontraktor dengan pihak peguam. 
  2. Bagi sesetengah bank, mereka menerima S&P yang dikeluarkan oleh kontraktor asalkan ia dimatikan setem di LHDN.
    Ini dapat mengurangkan kos pemilik tanah kerana kebiasaan kos bagi S&P oleh peguam adalah dalam lingkungan RM 3000.00.

Kesimpulan

apa yang kita perlu tahu sebelum buat pinjaman perumahan
  1. Diharapkan apa yang saya jelaskan diatas dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca blog dawaibesi.com terutama kepada mereka yang ingin membina rumah diatas tanah sendiri. 
  2. Sebarang pertanyaan, boleh ditulis di ruangan komen.



Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                           mengenali Nas Nuri Construction.

Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah? Reviewed by Nasa Azman on Februari 26, 2018 Rating: 5

12 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik.. salam perkenalan..

    BalasPadam
  2. perkongsian yang sangat bagus, boleh mark mana tahu ada rezeki nak bina rumah nanti

    BalasPadam
  3. banyaknya info kat sini pasal nak bina rumah.semoga bermanfaat untuk yang di luar sana. salam perkenalan ya..

    BalasPadam
  4. harap2 ada rezeki beli rumah
    amin

    BalasPadam
  5. Thank you for the info.. baru tau pasal ni

    BalasPadam
  6. Perkongsian yg bagus.dah baca baru tahu

    BalasPadam
  7. Thanks kongsi... berguna pada saya yang tengah nak cari tanah untuk bina rumah

    BalasPadam
  8. Pinjaman perumahan kerajaan lebih mesra dan staf pun boleh beli lebih banyak rumah berbanding pinjaman swasta.

    BalasPadam
  9. Kena grab bagi sesiapa yg kayak. Untung ni

    BalasPadam
  10. Rumit juga nak buat buat pinjaman perumahan ni.

    Kerja kerajaan memang banyak kelebihan.

    BalasPadam
  11. untungnya bagi kakitangan kerajaan. yg lain ni camana je lah

    BalasPadam

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.