Perbezaan kemasan tandas. Ini cara bezakan kerja binaan yang kemas cantik & tidak berkualiti.

Baru-baru ini, saya ada mengunjungi sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang dikatakan baru sahaja siap direnovasi. Binaan hotel tersebut memang kelihatan baru dan masih lagi "segar". Perabot-perabotnya masih berbau "kedai" dan boleh dikatakan bilik yang saya duduki itu masih belum diduduki oleh ramai tetamu lagi sejak ia selesai menjalankan kerja renovasi.

Menarik dibaca: Apa sebabnya tanda berbau walaupun tidak digunakan? Ini jawapannya.

Hotel tersebut sebenarnya boleh dikatakan baharu lagi, berusia kurang 5 tahun tetapi pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menjalankan kerja renovasi bagi menyerlahkan lagi hotel tersebut.

Tiada apa yang kurang disitu tetapi agak menyedihkan apabila tandas yang baharu sahaja siap direnovasi kelihatan sangat tidak kemas hasil buatannya dan tidak mencapai status 4 bintang hotel tersebut. Sayang kos renovasi yang telah memakan belanja yang besar menghasilkan kualiti yang sedemikian tetapi ini telah memberi saya peluang untuk membuat perbandingan antara kualiti kerja yang baik dengan hasil kerja yang kurang baik.

Apa yang saya tulis ini bukanlah untuk memandang rendah hasil kerja kualiti kontraktor lain tetapi hanya sekadar memberi ruang kepada pembaca dawaibesi.com untuk membuat rujukan dan mendapat pemahaman bagi kerja binaan yang kemas dan kurang kemas.

Rugi tak baca: Risau terpilih kontraktor yang salah untuk rumah ada? Ini cara mengenal pasti kontraktor yang terbaik, baru berbaloi duit yang kita belanjakan. Rumah siap berkualiti, memang puas hati!

Di bawah saya letak gambar yang kurang kemas dan kerja binaan yang kemas supaya mudah para pembaca membuat perbandingan.

   
Gambar 1


Gambar 1A

Dua Gambar yang saya letakkan diatas ini adalah gambar membandingkan kemasan kerja pemasangan tile yang dilakukan. Gambar 1 menunjukkan simen putih yang diletak tidak kemas serta 'nat' tile dibuat secara kasar.

Best dibaca: Pernah dengan kawan kawan sembang jubin lantai rumah mereka meletup? Apa sebabnya ya? Sedangkan tukang pasang tile dah guna tukang cina? Anda boleh elakkan dari terkena batang hidung sendiri. Baca disini.

Kita bandingkan dengan gambar 1A yang mana simen putih dan 'nat' tile dibuat dalam keadaan lebih kemas. Sekiranya tukang tile bukan dari mereka yang mahir, itulah hasil kerjanya. Ada kemungkinan tukang tile yang digunakan bagi Gambar 1 adalah mereka yang membuat kerja am sahaja, bukan mereka yang mahir dan berpengalaman dalam pemasangan tile.

         
Gambar 2


Gambar 2A
Cuba kita kita lihat Gambar 2 pula, boleh dilihat setiap aksesori yang dipasang tidak rata dengan dinding, ia terjojol keluar dan simen putih untuk menutup lubang jugak tidak ditampal dengan kemas. Sayang sekali alat aksesori yang mahal dipasang secara tidak sempurna menyebabkan "seri" aksesori tersebut menjadi tenggelam. Berbeza dengan Gambar 2A, aksesori dipasang rapat ke dinding dengan tiada lebihan simen tampalan.

Aksesori tandas tersebut terjadi begitu disebabkan soket paip tidak dipasang sempurna, bukan mudah sebenarnya untuk memastikan soket paip dipasang sempurna dan rata dengan dinding, ia memerlukan kepakaran tukang paip untuk mengagak ketebalan simen tile supaya aksesori paip dapat dipasang sempurna.

Gambar 3

Gambar 3 pula boleh kita lihat hos bidet tersebut telah berkarat. Hos tersebut berkarat bukan disebabkan kualitinya yang murah tetapi ia berkarat akibat terkena asid untuk mencuci simen tile.

Sepatutnya kerja mengasid perlu dijalankan sebelum pemasangan aksesori tandas, bukan setelah aksesori telah siap dipasang. Aksesori tandas terutama stainless steel sangat sensitif dengan asid untuk memcuci jubin / tile.  Berkemungkinan cubaan untuk membersihkan sisa simen menggunakan kain yang dibasahkan asid telah dibuat dan dibiarkan semalaman supaya sisa simen boleh tertanggal.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan seperti takungan air, pemasangan floor trap, pemasangan tandas dan lain-lain tetapi disebabkan gambar untuk perbandingan terlupa untuk saya ambil, tidak dapat saya berikan contoh. Mungkin di artikel yang lain, atau ada lagi bahan yang boleh dikongsi, saya akan update artikel ini lagi.


Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih mengenali Nas Nuri Construction.