Ingin jubin / tile lantai dipasang rapat tanpa ada jarak, boleh ke? Kenali jenis-jenis tile

Sering kami mendapat permintaan klien yang mahukan tile dipasang rapat tanpa ada jarak. Kebanyakkan mereka yang berkehendakkan begini memberi alasan ruang tersebut tidak sedap dipandang dan juga simen yang dimasukkan akan mudah tertanggal. Sebelum kita menjawab persoalan tersebut sama ada boleh atau tidak, kita kenali dahulu jenis-jenis tile yang biasa terdapat dipasaran.

Terdapat beberapa jenis tile yang terdapat dipasaran yang popular. Selain jenis tile, saiz tile juga berbeza-beza. Saiz tile yang popular bagi trend sekarang adalah saiz 2ka x 2 ka dan juga saiz 1ka x 2ka. Sebenarnya, saiz tile tidak mengikut saiz kaki tetapi saiz modular iaitu 300mm bagi 1 modular. Jadi saiz bagi tile 2ka x 2ka adalah 600mm x 600mm dan 1ka x 2ka adalah 300mm x 600mm. Jom kita kenali dahulu jenis-jenis tile.

Tile seramik

Tile jenis seramik adalah tile yang paling popular dipasaran. Kebanyakkan jenis tile yang kita kenali di pasaran seperti jenama White Horse, Alpha, Johan  dan sebagainya adalah dari jenis seramik.

Jubin seramik tile


Harganya yang mampu milik membuatkan tile jenis seramik di gemari dengan perlbagai jenis rekabentuk. Perbezaan harga bagi tile seramik adalah dari segi ketebalan dan juga "Quality control". Sebenarnya sukar untuk mendapat tile seramik yang betul betul lurus, kebiasaanya jika yang murah tile tersebut akan sedikit melending di bahagian hujung, dan yang lebih mahal kurang sedikit masalah melending dibahagian hujung.

Tile porcelain

Dari segi material, tidak banyak bezanya dengan tile seramik, hanya bezanya adalah dari segi pembuatan,  tile porcelain dibakar pada suhu yang amat tinggi berbanding tile jenis seramik.

jubin porcelain tile

Tile jenis porcelain juga sama popular dengan jenis seramik kerana harganya mampu milik. Tile jenis porcelain menyerap air kurang dari tile jenis seramik. Tile porcelain adalah tahan asid, tile seramik terutama tile jenis 2ka x 2ka yang kita selalu pasang diruang tamu tidak tahan dengan asid, jangan gunakan asid tile yang kita beli dikedai untuk menghilangkan kesan simen diatas tile 2x2 seramik, hanya gunakan sabun sahaja.

Tile heavy duty

Sesuai dengan namanya, tile jenis heavy duty atau pun dikenali dengan homogenous heavy duty adalah sesuai bagi kawasan bahagian luar rumah.
Jubin heavy duty car porch
Heavy duty tiles untuk kawasan tempat letak kereta.
Perbezaannya adalah tile heavy duty mempunyai saiz yang lebih tebal dan bagi jenis homogenous akan mempunyai warna sehingga ke bawah tile. Tile jenis heavy duty adalah kalis calar. Harganya juga adalah sedikit lebih mahal dari tile jenis seramik.

Tile kaca/glass tile

Tile jenis kaca adalah lebih mahal berbanding dengan tile jenis seramik dan porcelain.  Ia popular digunakan terutama di dinding dapur.

Jubin glass tiles 1

Jika tile jenis seramik dan porcelain boleh didapati dalam sekitar RM2.50/kps, bagi glass tile, harganya di dalam anggaran RM20/kps. Glass tile mudah dicuci, ia sesuai diletakkan terutama di bahagian kawasan hood dapur yang sering berminyak.

Tile jenis natural stone (granit dan marble)

Suatu ketika dahulu, lantai jenis broken marble adalah sangat popular. Kita boleh lihat binaan rumah terutama perumahan yang dibina sekitar 80/90an sehingga awal tahun 2000 akan dilengkapi kemasan lantai jenis broken marble.

Jubin granite tile
Tile jenis granite.
jubin broken marble
Contoh jubin broken marble yang pernah popular satu ketika dulu.
Lantai broken marble adalah murah terutama yang bergred kualiti rendah dan disebabkan pemasangannya boleh dipasang secara berserak, tidak perlu tukang yang mahir untuk memasang broken marble dan tidak perlu menjaga siku rumah menyebabkan ia sangat popular dikalang pemaju ketika itu.

Tetapi disebabkan ia mudah bercalar dan cepat kelihatan kusam (perlu digilap selalu) menyebabkan ia tidak lagi popular dan poulariti tersebut diisi oleh tile jenis seramik dan porcelain.

Sebenaranya tile marble masih ada lagi dipasaran tetapi kini hanya bagi kualiti yang baik dan harganya juga adalah mahal. Ia lebih sesuai bagi banglo jenis mewah kerana kosnya yang tinggi (tetapi penjagaannya masih sukar berbanding tile biasa sekarang).

Begitu juga dengan tile jenis granit, granit yang mempunyai ciri-ciri yang sangat keras menyebabkan ia sangat sesuai bagi kegunaan table top. tetapi, ada banglo-banglo mewah yang menggunakan keseluruhan rumah dengan kemasan granit. Jika tuan rumah mempunyai bajet sekurang-kurangnya RM60/kps bagi tile (ini bagi granit gred rendah), apa salahnya untuk dipertimbangkan. Cirinya yang poros seperti marble adalah sangat sesuai untuk dipasang secara rapat.

Tile jenis marble dan granit adalah tidak tahan asid, jangan sesekali dicuci tile tersebut dengan asid cuci tile yang dibeli di kedai. Tile jenis natural stone juga boleh berubah warna, ia  boleh menjadi kekuningan dalam jangka masa panjang.

Tile jenis quartz

Tile jenis quartz adalah tile jenis campuran  atau engineered tiles yang dicampur dengan kuarza/quartz.

jubin quartz tiles
Contoh kitchen countertop yang menggunakan jubin jenis quartz.
Kelebihan tile jenis quartz, ia boleh dipasang dalam saiz apa sekalipun selagi kita sanggup membayarnya dan selagi ia boleh dikeluarkan oleh kilang. Tile jenis quartz juga adalah poros dan sesuai untuk dipasang secara rapat. Seperti tile jenis granit, tile quartz juga adalah mahal dan kebiasaan diguna sebagai tile unuk table top. Harganya sedikit rendah berbanding tile jenis granit.

Jadi persoalannya, boleh kah tile dirumah kita dipasang secara rapat tanpa jarak?

Boleh jika kita sanggup bayar untuk harga bagi tile jenis granit,marble dan quartz. Masjid-masjid terutama masjid mewah dan besar, mereka menggunakan tile jenis granit dan quartz, ramai juga klien yang memberi rujukan mahu tile seperti di masjid-masjid tetapi tidak tahan bila tahu harganya boleh memiliki sebuah rumah lagi.

tile-tanpa-grout
Contoh tile yang dipasang tanpa grouting. (Dipasang rapat tanpa jarak)
tile-biasa-dengan-grout
Tile yang dipasang dengan grounting. (Ada jarak antara tile)
Jika kita menggunakan tile jenis seramik dan porcelain ia sama sekali tidak boleh. Jarak  atau gap yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah 3mm. Itu adalah standard bagi tile jenis seramik dan porcelain tidak kira berapa harga tile tersebut.

Sekiranya kita memasang juga tile jenis seramik dan porcelain tampa ada ruang, kita hanya akan menggundang masalah yang besar.  Pernah terdengar cerita atau terjadi sendiri di rumah kita tile tiba-tiba mengembung dan meletup? Ini adalah salah satu puncanya. Tile dipasang rapat atau jarak yang tidak mencukupi menyebakan haba yang terhasil dibawah tile tidak dapat keluar dan akibatnya terkumpul dibawah tile dan menunggu masa untuk meletup.

Mengapa tile jenis seramik dan porcelain boleh meletup?

Tile jenis ini boleh mengembung dan meletup kerana ia tidak poros seperti tile dari jenis natural stone dan quartz. Tile jenis natural stone mempunyai liang-liang yang boleh membuatkan ia "bernafas". disebabkan itu tile jenis natural stone boleh dipasang secara rapat tampa perlu jarak/gap.

tile meletup

Di bawah ini video contoh tentang tile meletup. Klik untuk lihat sendiri.


Punca haba terkumpul di bawah tile adalah disebabkan "concrete curing". Sebenarnya lantai konkrit akan melepaskan haba dalam proses untuk mengeras dan secara teknikal konkrit tidak akan hilang lembapannya 100%, oleh itu proses "curing" ini akan terus terjadi tidak mengira rumah baru ataupun lama. Oleh itu jika kita menukarkan kepada tile yang baru tetapi tidak mengubah cara kita memasang tile (tetap dipasang rapat), risiko untuk ia meletup akan tetap terjadi pada masa akan datang.

Tile dipasang rapat hanyalah salah satu sebab tile boleh meletup, sebenarnya ada beberapa sebab lain lagi yang boleh menyebabkan tile mengembung dan meletup. Kita kongsikan nanti di artikel yang lain pula. Moga informasi yang diberi kali ini bermanfaat kepada pembaca dawaibesi.com .



Makluman: Kebanyakkan artikel didalam dawaibesi.com jika tidak semua adalah artikel yang ditulis sendiri dan tidak dicedok dari artikel di blog lain. Jika anda perasan pernah terbaca artikel ini atau lain-lain artikel yang hampir sama dari segi isi kandungan dan susunan ayat, anda tahu artikel tersebut telah dicedok dan diubah berdasarkan artikel di dawaibesi.com.

Postingan Terkait

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *