Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air. Banglo 2534 kaki persegi

Sekiranya anda telahpun membeli sebidang lot tanah banglo bersaiz 5,000 kaki persegi, pasti akan serba salah. Kenapa?

Ya lah, tanah tak besar masa. Kalau nak buat rumah setingkat, habis semua kawasan tanah untuk buat rumah. Kalau buat rumah 2 tingkat pula, risau pula rumah tersebut kecil saiznya.

Persoalannya, berapa saiz banglo 2 tingkat yang selesa saiznya. Tidak terlalu besar. Just nice untuk 1 keluarga dengan 2 anak. Plan rumah kali ini memang sesuai untuk anda.

Mesti baca: Jenis jenis pelan rumah & fungsinya.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bilik tidur


Pelan rumah 2 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air. Terbaik untuk keluarga dengan 2 orang anak!

Gambar di atas adalah rupa model 3D untuk rumah ini, ini kelebihan buat rumah atas tanah sendiri. Rupa luar dan dalam rumah kita boleh ubah sampai puas hati. Lukisan 3D ini yang dilukis sendiri oleh staf arkitek Nas Nuri Construction.

Mesti baca; Serahkan urusan membina banglo idaman anda 100% kepada Nas Nuri Construction. A sampai Z kami selesaikan.

Luas untuk tempat letak kereta untuk rumah ini ialah 19 x 18 kaki. Saiz ini mampu memuatkan 2 buah kereta yang diletakkan secara bersebelah.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bilik



Susun atur tingkat bawah rumah ini.

Kita lihat dahulu apa kelebihan yang ada pada pelan lantai ini. Car porch dan ruang tamunya dipisahkan oleh pintu 2 daun. Ruang tamunya seluas 20 x 14 kaki. Ruang tamu ini direka dengan baik sehingga tetamu yang berkunjung tidak dapat melihat ahli keluarga tuan rumah yang ada di dapur. Tingkap yang mencukupi dengan kedudukan yang strategik memberikan pencahayaan semulajadi yang baik pada ruang tamu.

Tingkap yang banyak ini cukup sesuai untuk menikmati pemandangan tanaman lanskap indah di sekeliling rumah.

Tangga untuk ke aras atas terletak di antara ruang tamu dan ruang makan (saiz 12 x 14 kaki persegi). Ruang makannya bersambung dengan dapur. Saiz ruang ini cukup besar untuk meja makan yang besar. Terdapat "folding door" yang bersambung dengan patio untuk kita lihat pemandangan di luar.

Dapur rumah ini (12 x 13 kps) tidak mempunyai pengasingan bahagian kering dan basah.

Hanya 1 bilik tidur yang terdapat di tingkat bawah bersaiz 11 x 12. Saiz yang sederhana, dan sesuai digunakan sebagai bilik tetamu ataupun bilik maid. Bilik air pula terletak tersembunyi di hujung rumah. Terdapat pengasingan yang baik antara pintu bilik air dengan dapur dengan dinding tambahan yang diletakkan di antara kedua dua ruang ini. Kurang risiko orang di dapur terbau dan terlihat pemandangan kurang menyelerakan di bilik air.

Dan pintu belakang rumah ini berada hampir dengan tandas.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 4 bedroom

Susun atur tingkat atas untuk rumah ini.

Tingkat atas rumah ini memang direka khusus untuk ahli keluarga. Mudah untuk anak anak di atas semasa menerima tetamu.

Sebaik saja melangkah naik dari tangga ke aras ini, kita akan bertemu dengan pintu bilik master bedroom saiz 15 x 14 kaki). Bilik ini adalah yang paling besar di rumah ini.

Kemudian kita akan memasuki ruang keluarga (12 x 14 kaki). Aras atas juga mempunyai ruang keluarga untuk lihat tv bersama sama ahli keluarga. Tingkat atas memang khas untuk keluarga, agak selesa begini kerana tidak mengganggu pergerakan keluarga tuan rumah semasa menerima tetamu.

Terdapat 1 bilik air yang berada diluar, senang mak ayah nak periksa kebersihan bilik air macam ni. Penghuni bedroom 2 (11 x 12 kaki) dan bedroom 3 (12 x 13 kaki) berkongsi kemudahan bilik air ini.

Mesti baca: Kelebihan rumah 1, 2 & 3 tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membina rumah.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat bersaiz ssederhana.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.