Pelan rumah 2 tingkat Semi D 4 bilik tidur 3 bilik air. Banglo 2138 kaki persegi

Sudah beberapa kali kami didatangi oleh tuan tanah yang berhasrat membina rumah semi detached di atas sebuah lot banglo.
Antara sebabnya ialah, nak bina rumah bersebalahan untuk anak, ibu bapa & juga adik beradik. Dan rumah tersebut nampak macam satu unit banglo.

Di bawah ini kami berikan contoh pelan rumah semid.

Mesti baca: Dapatkan pelan rumah banglo 1, 2 & 3 tingkat secara percuma dari Nas Nuri Construction.


Pelan rumah semi detached 2 tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air. 

Pelan lantai & lukisan 3D yang kami berikan ini dihasilkan sendiri oleh arkitek dalaman Nas Nuri Construction. Inilah kelebihan utama membina rumah atas tanah sendiri, kita boleh ubah layout rumah sampai puas hati.

Mesti baca; Nas Nuri Construction berpengalaman membina 100 buah banglo berkualiti. Kami uruskan semuanya dari A ke Z.

Mari kita lihat pelan aras bawah untuk rumah ini.



Susun atur tingkat bawah rumah ini.

Kedua dua rumah ini adalah imej cermin antara satu sama lain. Setiap unit rumah semi d ini seluas 2138 kps. Jadi luas untuk kedua dua rumah ini alah 4276 kps. Saiz untuk ukuran tempat letak kereta bagi setiap rumah ialah 17 x 15 kaki. Muat untuk 2 buah kereta diletakkan bersebelahan.

Saiz build up area untuk tingkat bawah ialah 956 kps. Pintu yang menghubungkan carporch dengan ruang tamu ialah jenis 2 daun. Ruang tamunya seluas 15 x 16 kaki. Kami ada meletakkan ukuran sebenar perabot untuk memudahkan kita membayangkan susun atur rumah tersebut. Set sofa 7 kerusi muat dengan selesa untuk saiz ini. Tangga ke aras atas juga terletak disini.

Ruang makannya pula seluas 10 x 16 kaki. Meja makan dengan 6 kerusi sesuai diletakkan disini tanpa mengganggu pergerakan penghuni rumah. Pintu sliding terdapat di ruang ini dan memastikan pencahayaan rumah yang lebih baik.

Sekiranya anda mementingkan pengasingan ruang antara dapur dan ruang makan, dapur dengan saiz 12 x 10 kaki dipisahkan dengan dinding. Bolehlah tuan rumah menyediakan hidangan di dapur tanpa dilihat oleh tetamu di ruang tamu. Kabinet dapur boleh diletakkan pada dinding yang mempunyai tingkap.

Dapur ini juga mempunyai pintu keluar di belakang rumah, kawasan ini adalah patio berbumbung yang sesuai dijadikan tempat meletakkan mesin basuh Mudah untuk kita mencuci baju dan menyidai di ampaian yang disediakan.

Tingkat bawah rumah ini mempunyai 1 bilik tidur untuk tetamu (saiz 12 x 10 kaki) dan bilik air tetamu ( saiz 8 x 6 kaki). Bilik air ini mempunyai 2 pintu, 1 pintu untuk akses dari bilik tetamu, dan 1 lagi dari luar. Kelemahan rekaan seperti ini ialah, sekiranya semasa menerima tetamu dan pintu akses dari bilik tidur terlupa dikunci, tetamu boleh masuk ke dalam bilik tersebut. Risiko keselamatan dan kehilangan barangan berharga semasa kenduri kendara.

Jadi, tuan rumah perlu ambil langkah pencegahan setiap kali menerima tetamu. Pastikan pintu akses tersebut berkunci dari dalam bilik.




Susun atur tingkat atas untuk rumah semi-d ini.

Tingkat atas rumah ini bersaiz 851 kps. Ruang atas rumah ini mempunyai 1 ruang keluarga bersaiz 10 x 16 kaki. Bolehlah kita letakkan televisyen disini untuk ahli keluarga menonton bersama sama.

Bedroom 1 dan 2 mempunyai saiz yang sama iaitu 12 x 10 kaki, saiz bilik yang agak selesa. Kedua dua bilik ini juga mempunyai bilik airnya sendiri yang hanya boleh diakses dari dalam bilik. Saiz bathroom 1 & 2 dengan saiz 8 x 5 kaki.




Master bedroomnya bersaiz 15 x 16 kaki dan merupakan bilik paling luas di rumah ini. Bilik air untuk master bedroom seluas 59 kps.

Cuba perhatikan setiap ruang di tingkat atas ini, kedudukan tingkapnya telah kami susun supaya setiap ruang di rumah ini mendapat pencahayaan semulajadi yang baik.

Mesti baca: Kelebihan rumah 1, 2 & 3 tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membina rumah.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat bersaiz ssederhana.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.