Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air. Banglo 2198 kaki persegi

Mempunyai anak yang ramai tidak bermakna rumah yang kita bina tidak berkualiti.
Antara penyebab utama ramai suami isteri menangguhkan pembinaan rumah adalah kerana tanggungan yang ramai. Anak anak masih kecil lagi dan sebagainya.

Tetapi, masa terus berlalu dan kita akan terus dibelenggu dengan pelbagai masalah. Apa yang penting adalah kebijasanaan kita menguruskan sumber yang terhad secara cermat. Bagi membina rumah sendiri, turutan yang perlu diikut adalah membeli rumah pertama ikut kemampuan, membeli tanah lot banglo & kemudian barulah membina banglo idaman.

Best dibaca: 7 Langkah beli tanah lot untuk buat rumah banglo di atasnya. Tanahnya cantik & menjimatkan belanja pembinaan rumah.

Rumah pertama yang kita beli semasa muda boleh kita jual atau refinance sebagai modal untuk bina rumah idaman dikemudian hari.

Di bawah ini kami berikan contoh pelan rumah 2 tingkat untuk mereka yang mempunyai anak ramai. Insyaallah anak 5 orang pun muat. Saiz rumah ini memang comel, hanya 2200 kaki persegi tetapi dibina mengikut spesifikasi binaan Nas Nuri Construction yang berkualiti & mematuhi syarat syarat sijil CCC / CF.

Seronok dibaca: Jenis jenis pelan rumah & fungsinya.

Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air. Banglo comel untuk anak ramai.

Pelan rumah ini asalnya permintaan dari pelanggan kami yang mempunyai anak ramai dengan kekangan bajet yang perlu dipenuhi. Maklumlah, pinjaman untuk beli tanah lot saja sudah berapa digabungkan pula dengan kos pembinaan rumah.

Pelan yang kami kongsikan ini adalah draf pertama, tetapi oleh kerana klien dah ubah susun atur rumah tersebut, kami pun kongsikan lukisan lama ini untuk manfaat anda. Itulah kelebihan membina rumah bersama kami, anda boleh ubah pelan rumah sampai puas hati. Baru kita hantar permohonan binaan rumah ke Pihak Berkuasa Tempatan untuk tanah anda.

Mesti baca; Serahkan urusan membina banglo idaman anda 100% kepada Nas Nuri Construction. A sampai Z kami selesaikan.


Susun atur tingkat bawah rumah comel 2 tingkat ini.





Luas keseluruhan untuk build up area tingkat bawah ialah 1310 kaki persegi. Tempat letak kereta (14 x 16 kaki) mampu memuatkan 2 buah kereta sedan dengan selesa.

Pintu masuk utama ke rumah menghubungkan car porch ke ruang tamu & ruang keluarga (20 x 15 kaki). Bagi mengelakkan rumah ini kelihatan kecil, kedua dua ruang tamu & keluarga diletakkan bersebelahan tanpa pengasingan. Ini akan menjadikan bahagian depan rumah kita kelihatan luas. Sangat berguna untuk menerima tetamu yang ramai.

Terdapat 5 buah tingkap pelbagai saiz di kawasan ini pada kedudukan yang strategik supaya pencahayaan semulajadi yang baik. Barulah rumah kita tidak kelihatan gelap dan suram walaupun lampu tidak di pasang.

Di sebelah ruang keluarga terletak tangga untuk naik ke aras atas. Bagi memanfaatkan ruang, kawasan di bawah tangga menempatkan bilik utiliti yang boleh digunakan sebagai stor ataupun kegunaan lain.

Dihadapan bilik utiliti terdapat dapur (16 x 9 kaki), dapur ini bersambung dengan ruangan laundry (5x 7 kaki)untuk membasuh baju. Terdapat pintu disediakan di antara dapur dan laundry untuk kemudahan menyidai pakaian di luar rumah.

Terdapat 2 buah bilik tidur di aras bawah iaitu bedroom 4 (15 x 11 kaki) dengan bilik air (Bath 4, saiz 5 x 7 kaki) dan bedroom 5 (11 x 11 kaki). Bedroom 4 sesuai digunakan oleh tuan rumah selepas berusia kerana tidak mampu menaiki tangga dengan selesa diusia emas. Bedroom 5 pula sesuai digunakan sebagai bilik tetamu yang bermalam di rumah kita. Mana lah tau ada kunjungan sahabat handai dari jauh ke rumah kan.

Bath 4 memang dikhususkan untuk digunakan tetamu, mereka tak perlu masuk bilik tuan rumah untuk gunakan bilik air. Anda boleh perasan kan, terdapat dinding antara Bath 4 dengan dapur, ini untuk mengelakkan orang lain terlihat isi bilik air dari tandas dan ruang keluarga. Serta mengurangkan risiko baru dari tandas menyusup masuk ke dapur. Mimpi ngeri untuk tuan rumah kan.

Selesai sudah untuk tingkat bawah. Seterusnya kita bincangkan pula untuk tingkat atas.


Susun atur tingkat atas untuk rumah ini.


Sering kali kami bertemu dengan klien yang suka dengan rekaan rumah 2 tingkat, walaupun tanahnya luas dan lebih sesuai untuk rumah 1 tingkat. Lagipun, pembinaan rumah setingkat akan menjimatkan kos & ruang untuk bahagian tangga yang pada kebiasaaannya memakan ruang sekitar 20 x 240 kaki.

Antara sebab lebih ramai menyukai rumah 2 tingkat ialah lokasi tanah tersebut mempunyai pemandangan yang cantik. Kita akan boleh menikmati pemandangan indah dari tingkat atas. Selain itu, pengasingan ruang untuk menjaga aurat juga lebih baik. Mudah untuk anak anak di atas semasa menerima tetamu.

Tingkat atas rumah ini tidak menggunakan keseluruhan ruang yang ada. Ada ruang tambahan untuk kerja renovasi dikemudian hari.

Terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik air & 1 ruang keluarga di aras atas. Master bedroom (15 x 11 kaki) adalah bilik paling luas dengan bilik air (5 x 7 kaki) di dalamnya.

Sebaik saja melangkah naik dari tangga ke aras ini, kita akan bertemu dengan pintu bilik master bedroom saiz 15 x 14 kaki). Bilik ini adalah yang paling besar di rumah ini.

Kedua dua bedroom 2 & 3 mempunyai keluasan 11 x 11 kaki. Bathroom 2 terdapat di luar bilik untuk digunakan bersama sama.

Ruang keluarga di aras atas agak luas (15 x 11 kaki).

Mesti baca: Pro & cons rumah 1, 2, 3 tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membina rumah.

Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat bersaiz comel.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.