Kenal Pasti Kontraktor Anda Kompeten Atau Tidak!

cara tahu kontraktor rumah kita kompeten


Memilih kontraktor yang kompeten mudah jika kena caranya!

Terdapat ramai kontraktor rumah di Selangor, Semakan secara ringkas di portal CIDB, terdapat lebih dari 70,000 kontraktor berdaftar di Malaysia dengan pelbagai bidang dan gred. 

Sebagai pengguna, anda perlu bijak membuat pilihan supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

Disini saya sertakan 'guideline' mudah untuk anda memilih kontraktor yang kompeten dan boleh dipercayai.


1. Berdaftar dengan CIDB

berdaftar dengan cidb


  • Pastikan kontraktor rumah tersebut berdaftar dengan CIDB, ini adalah perkara yang paling asas perlu anda lakukan.
  • Mudah sahaja untuk menyemak pendaftaran sesebuah syarikat kontraktor dengan CIDB, 
    • Pergi ke laman sesawang CIDB: www.cidb.gov.my.
    • Klik bahagian 'contractor search'
    • Taipkan nama syarikat yang anda ingin ketahui.
    • Dan klik butang 'cari'. Di situ akan disenaraikan gred syarikat serta tarikh tamat lesen.  

2. Kenal pasti pejabat

Cari lokasi pejabat kontraktor


  • Kenal pasti pejabat kontraktor d selangor tersebut, kontraktor yang mempunyai pejabat sendiri serta staff adalah lebih diyakini dari kontraktor yang berpejabat dirumah dan bergerak secara solo.
     
  • Lawati pejabat mereka dan pastikan pejabat tersebut adalah betul pejabat syarikat tersebut dan bukan pejabat yang 'ditumpang' .

3. Mempunyai staff
  • Tiada syarikat yang kompeten boleh bergerak sendiri tanpa ada staff dan pekerja. Pastikan syarikat tersebut mempunyai kapasiti staff yang berpengalaman dan pekerja sendiri.
  • Ini kerana jika berlaku apa-apa pada orang yang anda berurusan, anda tahu ia tidak memberi kesan kepada syarikat tersebut serta projek anda kerana syarikat tersebut boleh beroperasi seperti biasa.
  • Kontraktor yang berkebolehan seharusnya mempunyai staf wajib seperti kerani tapak, penyelia tapak, jurutera struktur, arkitek dan sebagainya. Tugas setiap staf juga mestilah spesifik dengan kepakaran mereka. Contohnya, staf arkitek perlu arif tentang urusan melukis pelan rumah banglo serta proses permohonan pembinaan rumah di majlis. Jurutera struktur pula menyelia kerja teknikal di tapak binaan dan memberikan konsultasi kejuruteraan kepada penyelia.

4. Telah lama beroperasi

syarikat kontraktor dah lama beroperasi


  • Syarikat yang telah lama beroperasi adalah lebih berpengalaman dan lebih kukuh berbanding syarikat baru.
  • Anda boleh semak perkara ini di website CIDB yang telah saya terangkan diatas untuk mengetahui berapa lama syarikat tersebut telah beroperasi.

5. Minta profail syarikat
  • Profail syarikat boleh memberi gambaran ringkas tentang maklumat syarikat tersebut. Dari situ anda boleh menyemak jumlah staff dan juga tahap akademik mereka serta jumlah projek yang telah dilaksanakan.
  • Tetapi jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulis didalam profail syarikat kerana apa yang ada di dalam itu boleh ditokok tambah.

5. Lawat tapak binaan


Site visit projek kontraktor lepas

Ini adalah sangat perlu anda lakukan. Lawat tapak binaan syarikat tersebut untuk pastikan ia memang syarikat binaan yang menjalankan kerja binaan serta anda boleh menilai kualiti kerja syarikat tersebut. 

Apa yang perlu anda lihat ditapak tersebut? saya senaraikan serba sedikit dibawah:

1.  Lihat penerangan yang diberikan oleh kontraktor bina rumah selangor tersebut, meyakinkan atau tidak.
2. Tanyakan kos binaan projek tersebut, tanyakan juga adakah rumah anda akan dibina begini  dengan spesifikasi yang sama atau tidak, jika tidak sama minta kontraktor anda nyatakan.
3. Berikan pelan rumah binaan anda (jika ada) dan minta pendapat kontraktor tersebut menyatakan perbezaan rumah anda secara ringkas dengan tapak yang anda lawati. Kontraktor yang bagus dan berpengalaman, dengan melihat pelan sahaja dia boleh mengetahui masalah-masalah yang akan timbul. Ambil kira pendapat mereka.
4. Semak kemasan rumah tersebut. Jika anda ada lebih dari seorang kontraktor untuk dipilih, nilaikan kedua-dua projek dengan anggaran kos bina rumah atas tanah sendiri. Memang agak sukar untuk menilai dua rumah yang berbeza lebih lagi jika spesifikasinya tidak sama tetapi anda akan lebih dapat gambaran dengan harga yang anda bayar, yang mana anda rasakan lebih berbaloi dan syarikat mana yang lebih anda yakini. Jangan hanya menilai dari segi harga sahaja.

6. Waranti
  • Proses bina rumah atas tanah sendiri tidak sama seperti pembuatan kereta atau barang-barang di kilang, ini kerana rumah dibina bukan di dalam keadaan tertutup dan terkawal.

    Ia sentiasa terdedah kepada persekitaran, kesilapan manusia dan cuaca ketika sedang dibina.
  • Oleh itu tiada jaminan yang rumah anda akan dibina tanpa sebarang kerosakkan. Pastikan rumah anda mempunyai waranti.
  • Pastikan kontraktor tersebut menyediakan tempoh waranti dan yang lebih penting adalah menjalankan kerja-kerja baikpulih dalam tempoh waranti.

    Ada sesetengah syarikat hanya menjanjikan waranti tetapi tidak mematuhi waranti yang di berikan.

    Dari segi ini jika anda mengenali sesiapa yang pernah buat rumah atas tanah sendiri dengan mereka, tanyakan pada mereka mengenai waranti sama ada dipatuhi atau tidak oleh syarikat tersebut.

Penutup

  • Sebelum anda  membuat carian semua ini, pastikan anda telah menyenarai pendek kontraktor bina rumah yang anda rasakan berkeyakinan untuk membina kediaman impian anda supaya tidak membuang masa  anda.
  • Senarai pendek yang sesuai adalah dibawah jumlah 4 dan dari situ anda boleh nilaikan yang terbaik dan yang anda rasakan serasi untuk anda berurusan sehingga kediaman anda siap sempurna.
  • Jangan hanya nilaikan dari segi harga sahaja, nilaikan juga dari segi memudahkan anda, pengalaman serta kelayakkan mereka, kebolehan mereka memenuhi kehendak anda, ketepatan masa serta jaminan kualiti yang rumah anda akan siap sempurna seperti yang anda ingini. 


Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                           mengenali Nas Nuri Construction.