Qlassic CIDB Score. Standard binaan berkualiti di Malaysia


Baru-baru ini kerajaan telah mewajibkan Qlassic di laksanakan pada tahun 2020 bagi semua projek dibawah swasta dan kerajaan, yang mana sebelum ini projek-projek kerajaan telah pun di wajibkan bagi memenuhi syarat sebelum serahan kunci di buat, kenapa qlassic  begitu penting pada masa ini?

Dan ia juga menjadi penanda aras bagi kerajaan untuk memberi peluang kepada kontraktor yang kompiten, dimana syarat untuk diberi projek harusla skor qlassic berada pada 70 peratus untuk melayakkan mereka untuk mendapat projek baru, sudah tentu ini akan membuatkan ramai kontraktor dan pemaju, serta pemain industri binaan memberi tumpuan terhadap skor pemakahan qlassic ini dengan menjaga kualiti binaan mereka serta inovasi dalam menghasilkan produk yang berkualiti dalam binaan.

Qlassic atau dipanggil Quality Assessment System in Construction merupakan satu sistem  penilaian terhadap dari segi kualiti kerja, sistem ini mengunakan cara mengukur serta menilai dengan bersandarkan industry standard (Cis 7:2006), untuk memberi markah kepada hasil workmanship yang terhasil dan sedia untuk dinilaikan.

Qlassic amat penting ketika ini untuk memastikan tahap hasil kerja bagi kontraktor yang dilantik mencapai standard serta memenuhi kehendak pasaran, dan menepati  standard yang lebih meyakini pembeli dalam membuat keputusan membeli kediaman, dan memberi keyakinan kepada pihak pemaju dalam melantik kontraktor untuk mencapai markah yang baik, kerana ini akan memberi kesan dalam hasil jualan mereka , juga memberi kesan untuk mendapat projek kerajaan akan datang.

Skor pemakahan qlassic ini bukan lah seperti quality control yang meneliti satu persatu, ia lebih kepada sample yang di ambil secara rawak, memandang kan banyak bahagian perlu dinilaikan , cara paling cepat untuk menilai dengan menggunakan sistem sample yg menggunakan formulanya yg tertentu.

Pemarkahan bagi dalaman adalah yang tertinggi dan kebiasaan kontraktor akan memberi tumpuan bagi kualiti dalaman rumah dimana ia meliputi 7 elemen iaitu
  1. floor
  2. wall
  3. ceiling
  4. door
  5. window
  6. internal fixture dan 
  7. m&e fitting
Antara perkara yang akan dinilai bagi ke tujuh-tujuh elemen ini adalah finishing, alignment and evenness, material damages ,functionality dan accessories and defects.

Sample lokasi pula akan ditentukan oleh ketua penilai mengikut sample yang di ambil, para penilai akan menilai dengan menandakan apa-apa sahaja kekurangan yang ada berdasarkan rujukan mereka standard  Cis 7.

Para penilai juga diberi alat untuk mengukur sepanjang melakukan penilaian juga merujuk kepada standard Cis 7. Menggunakan  alat mengukur serta standard Cis 7 juga menunjukkan tahap professional bagi setiap penilai dimana mereka yang di pilih oleh Cidb sendiri adalah penilai yang memenuhi syarat yang ketat bagi melayakkan mereka untuk menjalankan tugas untuk membuat penilaian.

Ada empat jenis kategori bangunan yang akan dinilaikan iaitu
  1. jenis landed
  2. jenis strtatified housing
  3. jenis public/commercial/idustrial building kategori C 
  4. dan juga kategori D 
Anda boleh baca jenis katagori ini di website Cidb, walaupun binaan banglow sebuah tidak meliputi jenis bangunan untuk dinilaikan atau wajib dinilaikan  tidaklah mustahil bagi kontraktor untuk mengguna kaedah Cis 7 dan membuat sendiri penilaian dan mengikut standard yang ada,tapi bukanlah di iktiraf oleh Cidb namun ia akan memberi hasil kerja yang kemas serta berkualiti dan manarik minat ramai pembeli.

Walaupun ia sudah diwajibkan bagi tahun 2020 ianya tidak diwajibkan bagi binaan persendirian, dan tidak ramai kontraktor pensendirian yang mengetahui mengenai qlassic ini memandangkan ia tidak wajib.



Adalah sangat baik jika ada kontraktor binaan kediaman persendirian ini mengetahui cara penilaian qlassic ini kerana ia akan memberi tambah nilai pada hasil kerja, serta dapat menambah baik kualiti workmanship seperti kerja-kerja melantai, plaster, tiling, plaster ceiling dan lain-lain mengikut panduan Cis 7.

Pengalaman saya sendiri sebagai seorang penolong pengurus projek yang berpengalaman lebih  lapan tahun  bagi bahagian dalaman rumah tertumpu bagi projek banglo, qlassic sedikit sebanyak membantu  syarikat untuk menilai hasil kerja pada masa yang sama untuk meniliti perkara yang perlu di titik beratkan bagi setiap bahagian hasil kerja untuk mengelak daripada membuat kerja pembaikan kerja selepas projek siap.

Kerja pembaikan adalah lebih rumit untuk diselesaikan malah akan memberi kesan yang tinggi dari segi kos, adalah jadi tanggung jawab bagi kontraktor untuk menentukan cara method yang sesuai serta bahan yang berkualiti bagi memberi hasil kualiti yang bagus dengan melihat kekurangan dari hasil kerja.



Dari situ kami melihat cara penyelesaian adalah dengan cara menjadi sebahagian pemain industri dengan  mengikut perkembangan teknologi semasa yang menawarkan barangan yang berkualiti, lebih efisyan dan juga segi harga.

Ini juga memberi ruang kepada client untuk membuat keputusan dalam memenuhi spek yang mereka perlukan, sebagai contoh dinding rumah yang menggunakan spek kebiasaan kontraktor lakukan adalah mengunakan teknik plaster dengan menggunakan pasir dan simen serta dilicin menggunakan kapur air.

Terdapat banyak kelemahan dalam menggunakan method tersebut, iaitu bekas licinan yang nampak kasar, hasil plaster yang bergelombang dan tidak rata, dari segi permakahan qlassic tolerance bagi dinding lurus adalah tidak melebihi 4mm, dengan menggunakan alat pegukur bagi kawasan dinding mengikut lokasi dinding,dan jika permukan adalah kasar maka dari segi finishing juga tidak mendapat markah.

Kaedah ini juga akan menyebabkan dinding mudah retak, dan pemarkahan dari segi material damages juga akan berkurang jadi terlalu banyak kekurangan method ini, namun ia juga bergantung kepada tukang yang melakukan kerja tersebut haruslah yang betul-betul mahir.

Untuk mendapatkkan hasil yang lebih kualiti dan baik dinding harus menggunakan cara skim coating yang mana lebih mudah untuk tukang kawal untuk dapatkkan hasil yang lebih lurus, kemas dan rata.

Ianya juga perlu di lakukan oleh tukang yang bagus dan dikawal selia oleh supervisor, kerana method hanya akan menjadi sekiranya tukang yang membuat kerja plaster mengikut spec yang diberi dengan betul walaupun menggunakan barang yang berkualiti, kerana barang berkualiti tidak menjamin hasil yang berkualiti.

Penyeliaan supervisor di tapak binaan nas nuri

Dari segi ini client akan membuat keputusan untuk mendapatkan hasil yang baik, dan di sebabkan itu juga harga rumah kini lebih meningkat memndangkan pemaju bersaing untuk mendapat skor pemakahan yang baik, kerana ia bukan sahaja menambahkan dari segi kos bahan malah dari segi kos pekerja binaan juga akan meningkat memandangkan untuk mendapatkan pekerja yang bagus dan ada site supervisor yang sentiasa memantau kualiti kerja.

Memilih bahaan yang baik dan hasil kerja yang baik secara menyeluruh dengan mengikut standard Cis 7 ini akan memberi hasil kerja yang akan membuatkan tuan rumah tarik nafas lega kerana memilih kontraktor yang bagus serta mengikut spek yang ditentukan sebelum kontrak di buat.

Adalah baik jika pengguna memilih untuk mengunakan keselurahan method yang menggunakan yang lebih baik dan bukan hanya memilih sebahagian kerana ia akan menjejaskan bahagian dalaman rumah yang tidak seimbang , sepertimana tuan rumah hanya mengambil sebahagian kerja dengan kontraktor dan sebahagian lain menggunakan tukang atau kontraktor yang berbeza hanya kerana faktor harga.

Ia sedikit banyak akan menyebakan banyak permakahan akan di tolak dan hasilnya banyak bahagian perlu melakukan kerja-kerja pembaikan.

Lebih malang jika kontraktor tidak mahu bertanggung jawab memandangkan kerja tersebut tidak meliputi dalam kontrak yang mana sudah dia ambil alih kontraktor lain atau tukang, dan masalah ini kebiasaan nya akan berterusan sehinngga tuan rumah sendiri kena mengeluarkan kos untuk membuat kerj-kerja membaiki.

Nasihat saya kepada pembeli rumah untuk memilih kontraktor yang berdaftar dan memliki ilmu qlassic yang sedikit sebanyak dapat membantu mencapai hasil kerja yang memuaskan, malah kontraktor yang menawarkan pelbagai method untuk mendapakan hasil yang baik juga adalah bagus, dan kekalkan kontraktor yang sama sehingga serahan kunci, ini akan memberi satu keyakinan lebih lagi kepada bakal client di masa akan datang dan jga membantu kontraktor untuk sentiasa memperbaiki cara kerja untuk mendapat hasil yang lebih baik.


Nizam Azman
Berkelulusan Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan penolong pengurus di Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 8 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Anda boleh ajukan pertanyakan kepada beliau dengan melayari FB kami atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                           mengenali Nas Nuri Construction.