Pelan banglo 2 tingkat 6 bilik tidur 5 bilik air (3530 kps)

Sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar & juga sebidang tanah yang luas, maka pelan rumah ini sangat sesuai untuk anda.

Rumah dengan rekaan 2 tingkat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai anak yang ramai dan juga ahli keluarga perempuan. 



Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat. 6 Bilik Tidur & 5 Bilik Air

Kelebihan rumah tingkat yang diketahui ramai ialah mudah untuk mengasingkan ruang keluarga dengan tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras bawah.

Cuba lihat rekaan pelan lantai untuk aras bawah, bilik untuk tetamu (bedroom 2) & pembantu rumah (bedroom 1) berada di tingkat ini.
Sekiranya keluarga anda menerima kunjungan dari saudara mara, boleh saja mereka menginap di bilik yang disediakan khas untuk mereka ini. 

Bilik tetamu juga mempunyai bilik air yang terdapat di dalam bilik, jadi mereka tak perlu keluar dari bilik untuk mandi. Semestinya ini akan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjaga aurat mereka.

Selain itu, bilik yang sama juga dapat dijadikan bilik pengantin semasa kenduri perkahwinan yang kita adakan pada masa akan datang.


Pada arah bawah juga disediakan sebuah bilik air yang boleh diakses oleh semua orang, terutama sekali untuk tetamu.


Rekaan pelan lantai untuk aras atas.

Ruang atas dikhususkan untuk ahli keluarga & mempunyai "family area"nya sendiri. Kawasan ini sesuai diletakkan tv untuk ahli keluarga berbual mesra.

Bedroom 3 & 4 sesuai untuk anak lelaki dan tidak mempunyai bilik air sendiri. Mereka boleh menggunakan bathroom 3 yang berada hampir dengan ruang keluarga di aras ini.

Bedroom 5 pula sesuai untuk anak perempuan, terutama sekali yang sudah meningkat dewasa. Bilik ini mempunyai bilik airnya sendiri yang sudah tentu memudahkan anak perempuan kita menjaga aurat semasa adik beradik lelakinya yang lain.

Ini selaras dengan tuntutan agama islam yang menetapkan pengasingan tempat tidur adik beradik berlainan jantina.
Aras atas juga mempunyai ruang solat untuk keluarga bersolat secara berjemaah bersama sama, mengaji al quran & mungkin juga menjadi ruang pengisian rohani keluarga.

Bilik paling luas untuk keseluruhan rumah ini sudah tentulah "master bedroom" yang lengkap dengan bilik airnya.

Di bawah ini saya sertakan juga pelan 3 Dimensi untuk rumah ini. Ini hanyalah cadangan sahaja, setiap klien Nas Nuri boleh mengubah rupa bentuk luaran dan dalaman mengikut selera mereka sehingga puas hati.

Itulah kelebihan bina rumah atas tanah sendiri kan.

Contoh idea rekabentuk 3D untuk rumah banglo 2 tingkat.