Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur 7 bilik air untuk weekend resort (4208 kps)
![]() |
Pelan rumah 2 tingkat moden. |
Kami pernah mendapat permintaan dari klien yang inginkan rumah untuk bersantai santai bersama ahli keluarga untuk melarikan diri dari suasana kota yang serba mencabar.
Rumah tersebut mestilah memanfaatkan rupabentuk muka bumi kawasan tersebut dengan susun atur pelan lantai yang mencerminkan ciri ciri rumah peranginan.
Arkitek & pengurus projek di Nas Nuri Construction telah memberikan usul pertama rumah banglo tersebut selepas mengambil kira permintaan khusus klien.
Rekabentuk rumah banglo 2 tingkat di kawasan tanah tinggi.

Tidak sukar untuk mencari idea kerana banyaknya gambar banglo di internet. Hanya perlu google sahaja & boleh pilih pattern yang mana menepati selera sendiri.
Dari gambar yang diberi oleh pelanggan, nampaknya rumah yang bakal dibina mempunyai gaya moden & sesuai untuk aktiviti santai dihujung minggu.
Hasilnya, rekaan rumah banglo 2 tingkat bercirikan moden dan berkonsepkan keselesaan pada setiap ruang ini mempunyai “layout” rumah yang agak “straight forward” untuk memudahkan dan menyelesakan pemilik rumah untuk bergerak di dalam rumah ini.
- Rumah ini mempunyai porch kereta yang muat untuk 2 buah kereta dengan saiz 15 x 22 kaki.
- Tangga untuk ke tingkat 1 terletak betul betul di hadapan pintu masuk utama, tingkat bawah mempunyai 1 bilik tetamu & tingkat atas pula mempunyai 3 bilik tidur. Ini memudahkan penjagaan aurat untuk tuan rumah & ahli keluarganya. Interaksi antara tetamu & ahli keluarga tuan rumah diminimakan sebaik boleh, bilik tetamu dilengkapi dengan bilik air untuk memberi keselesaan semasa bertamu.
- Kedudukan tingkap diseluruh rumah terletak pada kedudukan strategik untuk memastikan setiap ruang dan bilik di rumah ini juga menerima cahaya semulajadi & mengelakkan rumah kelihatan gelap disiang hari walaupun tanpa lampu dibuka.
- Keluasan build up area untuk rumah ini adalah 2638 kaki².
- Rekaan ini sesuai untuk tanah yang memanjang ke belakang dan bentuk “layout” rumah ini juga dapat memuatkan taman pada tengah-tengah rumah ini.