
Rekaan rumah banglo 3 tingkat bercirikan moden ini
berkonsepkan menikmati masa-masa bersama keluarga.
- Konsep ini dapat dilihat pada ruang makan nya dan ruang keluarganya yang direka mempunyai “double volume” supaya ruang itu dapat dihargai dan dihayati oleh keluarga pemilik banglo ini.
- Selain itu ,bukaan bukaan seperti tingkat juga banyak diletakkan pada rumah ini untuk membenarkan cahaya semulajadi masuk ke dalam rumah secara maksimum.
- Dengan berkeluasan 4040 kaki², rekaan ini memuatkan 5 bilik tidur dengan keluasan yang selesa dan 6 bilik air.
- Rekaan rumah ini sesuai untuk pemilik rumah yang mempunyai tanah yang panjang mengunjur ke belakang dan Kawasan yang lapang agar mudah menerima cahaya matahari.
Fauzan Mahmod
Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo. |