Pelan banglo 2 tingkat 4 bilik tidur 5 bilik air. Banglo 3183 kaki persegi
Rekaan rumah banglo 2 tingkat bercirikan moden dan
berkonsepkan keselesaan pada setiap ruang ini mempunyai “layout” rumah yang
agak “straight forward” untuk memudahkan dan menyelesakan pemilik rumah untuk
bergerak di dalam rumah ini.
- Setiap ruang dan bilik di rumah ini juga menerima cahaya semulajadi untuk mencerahkan dan menjamin keselesaan ruang dan bilik itu.
- Rekaan “louvers” diletakkan pada “double volume” di atas ruang keluarga untuk pengudaraan dan “louvers” pada tingkap sebagai penghadang untuk menjamin privasi ruang itu dari luar.
- Dengan berkeluasan 3183 kaki², rekaan ini memuatkan 4 bilik tidur dan 5 bilik air.
- Rekaan ini sesuai untuk tanah yang memanjang ke belakang dan bentuk “layout” rumah ini juga dapat memuatkan taman pada tengah-tengah rumah ini.
Fauzan Mahmod
Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo. |