Pelan rumah banglo 1 tingkat 5 bilik tidur 4 bilik air (5221 kps)

Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
  1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
  2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
  3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
  4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
  5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.









Like & Follow FB Page kami sekarang untuk pelbagai tips membina rumah banglo idaman.








FAQ

Anda mencari idea pelan rumah 1 tingkat dengan design menarik?

Istimewa untuk anda, kami kongsikan pelan rumah 1 tingkat dengan pelbagai rekaan menarik. Anda pilih nak pattern tradisional atau moden. Sekiranya anda mempunyai tanah yang luas, lebih sesuai membina rumah setingkat. 

Mahukan pelan rumah setingkat dengan hall yang tinggi?

Rumah yang mempunyai ruang tamu yang tinggi menyebabkan ia kelihatan gah. Ini contoh pelan rumah satu tingkat dengan ketinggian ruang tamu 12 kaki.

Bagaimana untuk kita memilih pelan rumah yang sesuai dengan saiz & bentuk tanah lot?

Sekiranya anda dalam proses membeli tanah sendiri untuk membina rumah, banyak yang perlu dipertimbangkan. Pelan rumah kita sangat dipengaruhi bentuk & saiz tanah. Baca petua 7 langkah membeli lot tanah banglo di Selangor. Biarlah tanah yang dibeli sedikit mahal, tetapi menjimatkan perbelanjaan membina rumah nanti.

Bagaimana cara mendapatkan pembiayaan bank daripada pelan rumah yang telah dilukis?

Bank dan badan pembiayaan akan mempertimbangkan banyak perkara sebelum meluluskan permohonan kita. Baca panduan ini supaya pembiayaan rumah di atas tanah sendiri mudah diluluskan.

Mana yang lebih baik? Guna tukang atau kontraktor rumah?

Serba salah jadinya, nak bina rumah dengan tukang rumah atau kontaktor, fikir masak masak sebelum buat keputusan. Baca panduan yang kami tulis ini tentang kelebihan & kekurangan menggunakan khidmat mereka.

Apa kelebihan rumah yang dibina mempunyai sijil CF / CCC?

Rumah yang dibina dengan sijil CCC mempunyai banyak kelebihan kepada pemiliknya. Ramai pemilik rumah yang menyesal selepas rumah siap dibina kerana tidak memohon dari pihak berkuasa tempatan sebelum rumah dibina. Ini kerana, sijil CCC atau CF hanya boleh diperolehi sebelum rumah dibina.


Fauzan Mahmod

Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo.