- Ini boleh dilihat dengan penggunaan bukaan tingkap dan pintu yang bersaiz besar bagi memudahkan pengudaraan berlaku secara semula jadi dan cahaya matahari masuk ke dalam rumah.
- Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan penjimatan tenaga. Rekaan rumah banglo ini mempunyai 5 bilik tidur dan 5 bilik air dan mempunyai keluasan seluas 5815 kaki².
- Rekaan rumah banglo ini sesuai di kebanyakkan tempat yang mempunyai landskap atau pemandangan yang menarik untuk dinikmati dari dalam rumah secara santai.
Fauzan Mahmod
Berkelulusan Sarjana Muda Senibina, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan staff di Nas Nuri Construction Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam skop rekabentuk arkitektur banglo.
|
Rekaan banglo moden ni, tak nampak macam rumah banglo biasa di Malaysia.
BalasPadamMemang konsep moden, kalau biasa lalu di kawasan perumahan mewah boleh nampak rekabentuk rumah macam ni.
PadamIbu memang suka perhatikan permandangan yang hijau dan mendamaikan. Rasa stress kerja hilang
BalasPadamRumah yang ada halaman yang luas dan rimbun dengan tanaman memang mengasyikkan.
PadamKalau Maznee buat rumah nanti, nak buat ala ala kampung, batu angin biar banyak supaya pengudaraan bagus. Barulah nyaman duduk rumah
BalasPadamTapi rumah kalau banyak batu angin nyamuk banyak sebab senang nak masuk dari luar. Dilema la pulak kan
PadamApa susah, ubat nyamuk yang plug kat soket tu kan ada. Biar berangin sejuk. Hihi
PadamCatat Ulasan