Top Ad unit 728 × 90

Perumahan: RM161b dilulus!

Perumahan diluluskan kerajaan

KUALA LUMPUR 6 Mac - Institusi perbankan telah­ meluluskan lebih daripada­ 375,000 permohonan pem­bia­yaan rumah dengan nilai pinjaman berjumlah RM161 bilion pada tahun lalu.

Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) berkata, jumlah itu mencerminkan komitmen dan sokongan bank dalam menyediakan pinjaman perumahan kepada yang layak termasuk bagi pembelian rumah pertama dan segmen mampu milik.

Jelas persatuan itu, sebanyak 71 peratus pinjaman yang diluluskan adalah untuk pembelian rumah pertama dan kadar kelulusan permohonan pembiayaan untuk membeli rumah adalah 73 peratus pada 2017.

“Ahli-ahli kami akan terus menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemohon yang layak dan berpegang teguh kepada garis panduan bagi mengurangkan risiko kewangan antara pihak bank dan peminjam.

“Langkah ini juga memastikan para peminjam tidak terbeban dengan tanggungan kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan sini hari ini.

Tambah ABM, pembe­li rumah dinasihatkan menyemak kelayakan pinjaman, menilai kemampuan dan memilih hartanah yang bersesuaian dengan kewangan semasa mereka.

Menurutnya, mereka diga­lakkan untuk mencari pelbagai skim di bawah inisiatif kerajaan seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP), Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Katanya lagi, pihak bank juga memperkenalkan pelbagai produk kewangan yang fleksibel untuk skim-skim berkenaan serta disesuaikan mengikut tahap pendapatan pemohon.

“Banyak sebab yang menyebabkan pinjaman seseorang itu ditolak antaranya komitmen kewangan yang banyak, sejarah kredit yang teruk, dokumen tidak lengkap dan pendapatan tidak setimpal dengan jumlah yang dipohon.

“Apa yang penting adalah perbincangan dan kerjasama antara pembeli dengan pihak bank bagi mencari pakej pinjaman yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan serta kemampuan mereka,” jelas persatuan itu.

Sumber: Utusan
Perumahan: RM161b dilulus! Reviewed by Azmi Writer on Mac 10, 2018 Rating: 5

4 ulasan:

  1. jumlah yang sangat besar ..RM161 bilion

    tapi jumlah tersebut cuma angka dalam bentuk hutang,

    apappun murah adalah keperluan utama manusia.

    tiada rumah hidup akan kurang sempurna dan selesa

    BalasPadam
  2. banyak projek perumahan yang ditawarkan, moga harganya mampu milik dan bukan mampu tengok je

    BalasPadam
  3. Singgah blog walking tuan. Memang banyak projek baru ya

    BalasPadam
  4. Pasaran hartanah masih ada permintaan walaupun pinjaman perumahan lambat lulus

    BalasPadam

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.