Top Ad unit 728 × 90

Longgar syarat pembiayaan beli rumah pertama: MIEA

Longgar syarat pembiayaan beli rumah pertama: MIEA

KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) meminta pihak berkuasa dapat melonggarkan dan meringankan sedikit beberapa syarat pembiayaan yang dikenakan untuk pembeli.

Presidennya, Eric Lim, berkata ini kerana ramai pembeli terutama pembeli pertama mengadu kepada ahli mereka mengenai kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada bank.

"Walaupun Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh tahun lalu iaitu 5.9 peratus dan kadar pengangguran rendah 3.4 peratus, namun petunjuk positif ini tidak diterjemahkan kepada sektor hartanah.

"Berdasarkan maklum balas diterima daripada ahli dan pengamal kami, ramai pembeli berminat membeli rumah terutama pembeli rumah pertama dan orang muda, namun terhalang disebabkan syarat pembiayaan yang ketat.

"Sehubungan itu, kami meminta supaya syarat pembiayaan dapat dilonggarkan bagi memudahkan golongan ini membeli rumah," katanya pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Hartanah Tahunan Malaysia (MAREC) 2018 di sini, sebentar tadi.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong.

MAREC 2018 yang memasuki tahun ke-32 penganjurannya pada tahun ini disertai lebih 300 pengamal hartanah dari seuruh negara dengan tema 'Mendepani Perubahan dengan Inovasi'.

Terdahulu, Chee Leong dalam ucapannya berkata, kerajaan menjangkakan pasaran hartanah kekal stabil beberapa bulan akan datang disokong oleh pelbagai insentif berkaitan hartanah dan dasar monetari yang akomodatif.

"Hartanah kediaman akan kekal menjadi pemacu utama dengan rumah mampu milik menjadi keutamaan utama dan harga rumah kekal tidak berubah," katanya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya tidak menggunakan perlhidmatan ejen hartanah tidak berdaftar kerana ia adalah salah di sisi undang-undang.

"Kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit dari segi pendapatan disebabkan kewujudan ejen hartanah haram ini.

"Justeru, saya menggesa semua pihak daripada Lembaga Penilaian, ejen hartanah dan pengurus hartanah, MIEA dan pihak berkepentingan supaya bekerjasama mencar langkah mengekang isu ini bersama-sama," katanya.

Sumber: Berita Harian
Longgar syarat pembiayaan beli rumah pertama: MIEA Reviewed by Azmi Writer on March 25, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Kalau tak longgar semakin ramai yang tak mampu nak beli rumah.

    ReplyDelete
  2. Sebab itu buat ekspo perumahan besar besaran kan nbaru baru ni. Baru baca berita semalam banyak rumah tak terjual.

    Siapa ada duit boleh beli.

    ReplyDelete

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.