Top Ad unit 728 × 90

DBKL mansuh proses peroleh CCC projek skala kecil

dbkl mansuhkan ccc

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk memansuhkan proses pemeriksaan tapak bagi projek berisiko rendah atau skala kecil sekali gus mempercepatkan permohonan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pembangunan berisiko rendah itu boleh diperolehi dengan hanya mengemukakan dokumen permohonan lengkap tanpa perlu melalui proses pemeriksaan tapak yang mengambil tempoh masa empat minggu sebelum ini.


Menurutnya, penambahbaikan kepada garis panduan tersebut bagi meningkatkan daya saing negara dalam kedudukan berkaitan urusan menjalankan perniagaan dan permit pembinaan.

“Ini termasuk Garis Panduan Permohonan Kerja Tanah, Permohonan Jalan dan Perparitan dan Tempat Letak Kereta dan Sirkulasi Trafik Dalaman yang kini mula dikuatkuasakan.

“Bagi projek berisiko sederhana pula memerlukan hanya sekali pemeriksaan tapak manakala yang berisiko tinggi kekal dengan dua pemeriksaan tapak,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran garis panduan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan


DBKL mansuh proses peroleh CCC projek skala kecil Reviewed by Azmi Writer on March 14, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Lepas ni semua rumah kecil di kl ada ccc dan boleh jual ikut harga pasaran

    ReplyDelete
  2. Buat rumah di kuala lumpur mana ada yang murah kan. Semua benda mahal

    ReplyDelete

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.