Top Ad unit 728 × 90

Hanya 10 peratus permohonan RMR1M ditolak.

perumahan untuk rakyat malaysia


KOTA BHARU 6 Jan. - Kadar kelulusan permohonan orang ramai terhadap projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) yang diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah tinggi iaitu hampir 90 peratus.

Pengerusi SPNB Mesra Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin berkata, kadar kelulusan tersebut tinggi kerana pihaknya menggunakan budi bicara dan seboleh-bolehnya mahu memastikan semua pemohon yang layak, menerima bantuan tersebut.

Pendekatan itu kata beliau, selaras dengan matlamat kerajaan Persekutuan untuk membantu seramai mungkin rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Antara syarat utama perlu dipatuhi pemohon ialah umur 65 tahun ke bawah, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 serta memiliki tanah sendiri dan terdapat kelonggaran tertentu bagi membolehkan lebih ramai memohon.

“Sebagai contoh, jika pemohon seperti seorang ibu tidak mempunyai pendapatan, dia boleh menjadikan anaknya sebagai penjamin dan penama kedua,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian dan Serahan Sijil Kelayakan Subsidi RMR1M Peringkat Parlimen Kota Bharu kepada 37 pemohon, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mesra, Wan Azlan Wan Ab. Rahman. - UTUSAN ONLINE

Kredit : Utusan
Hanya 10 peratus permohonan RMR1M ditolak. Reviewed by Azmi Writer on February 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.