Perkara yang wajib diketahui mengenai cukai tanah.

Sekiranya anda mempunyai hartanah, penting untuk kita membayar cukai tanah kepada pihak berwajib. Hari ini kita akan bincangkan serba sedikit tentang topik ini.

cukai tanah

Mengapa kita perlu membayar cukai tanah?

Cukai tanah akan dikenakan kepada individu yang mempunyai hartanah di atas nama mereka. Cukai ini mempunyai persamaan dengan cukai jalan. Kita hanya akan dikenakan cukai jalan sekiranya mempunyai kenderaan atas nama kita sendiri.

Dalam kes cukai tanah, pemilik hartanah atas tanah / landed mahupun bangunan strata di Malaysia tidak kiralah dengan status freehold (tanah pegangan bebas) mahupun leasehold (tanah pajakan).
Cukai ini akan dikenakan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian.

Di Malaysia, telah termaktub di dalam Kanun Tanah Negara supaya pemilik hartanah melakukan pembayaran cukai tanah kepada pejabat tanah di mana lokasi tanah anda berada. Secara umumnya, banyak negeri di Malaysia pembayaran cukai ini perlu dilakukan sebelum hjung bulan Mei setiap tahun.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pembayaran ini dilakukan setiap tahun dan mengelakkan dari sebarang tunggakan.

Artikel lain dalam siri tanah

  1. Cara mengira cukai keuntungan hartanah CKHT.
  2. Ciri ciri tanah lot terbaik untuk bina rumah atas tanah sendiri.
  3. Bagaimana memilih saiz tanah yang sesuai dengan rumah yang ingin dibina.
  4. Panduan membeli tanah di Selangor untuk membina rumah.


Bagaimana caranya untuk mengira kadar cukai tanah?

Lebih luas saiz hartanah yang kita punyai, lebih tinggi bayaran cukai tanah yang perlu ditanggung setiap tahun. Sama juga seperti cukai jalan untuk kenderaan, lebih tinggi nilai CC, lebih mahal. Cukai tanah dikira menurut keluasan kaki persegi.

kiraan cukai tanah


Bagi mengetahui keluasan tanah, kita boleh merujuk kepada geran tanah untuk maklumat tersebut. Selain itu, kadar bayaran untuk cukai tanah juga berbeza mengikut negeri. Pastikan kita menyemak terlebih dahulu dengan Pejabat Tanah untuk kadar cukai semasa yang perlu dibayar.

Cabaran pembayaran cukai tanah geran kongsi & geran individu.

Bagi mereka yang mempunyai tanah dengan status geran kongsi, antara cabaran yang sering terjadi adalah mengutip cukai dari semua nama yang terdapat di dalam geran. Tanah dengan geran kongsi banyak terdapat di kawasan kampung, dan berdasarkan pengalaman sendiri memang sukar mendapat kerjasama dari semua pemilik untuk membayar bahagian cukai tanah masing masing. Sehingga mengakibatkan pembayaran cukai ini tertangguh dan berlaku tunggakan. Keadaan menjadi lebih rumah apabila jumlah terkumpul tunggakan ini semakin banyak.


Jadi, sekiranya anda berhasrat untuk membeli tanah geran kongsi untuk fikirkan masak masak masalah yang bakal terjadi ini. Lebih baik untuk kita beli tanah geran individu, urusan cukai tanah lebih mudah diuruskan. Walaupun harga tanah berstatus individu lebih mahal, kita tidak perlu pening kepala melayan kerenah orang lain.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cabaran mempunyai tanah geran kongsi, boleh baca artikel di bawah

Bacaan menarik: Inilah kekurangan geran kongsi yang selalu memeningkan kepala pemiliknya.