Pelan rumah 2 tingkat 6 bilik tidur 6 bilik air. Banglo 3096 kaki persegi

Rugi tak baca: Tanah lot banglo bagaimana yang menjimatkan kos untuk membina rumah? Baca panduan berikut.

Mesti baca: Koleksi pelan banglo 1, 2, 3 tingkat percuma untuk rujukan anda!

Pelan rumah banglo 2 tingkat 6 bilik tidur 6 bilik air dengan ruang tamu tinggi!

Pelan rumah yang kami berikan kepada anda ini adalah draf dari pelanggan Nas Nuri Construction yang tidak diterima. Lukisan akhir yang memenuhi citarasa pelanggan kami & telahpun dibina tidak akan kami kongsikan untuk memastikan rekaan rumah tersebut eksklusif kepada pelanggan tersebut. Selain juga faktor keselamatan.

Terdapat 1 kelebihan utama membina rumah di atas tanah sendiri yang tidak dapat kita perolehi dengan membeli rumah, kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan.

Kami di Nas Nuri Construction mampu anda merealisasikan semua ini dengan tenaga kerja pakar seperti arkitek dan perekabentuk dalaman berpengalaman.

Mesti baca; Mahu membina banglo idaman yang berkualiti? Serahkan saja pada yang pakar. Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah banglo bermutu.

Antara ciri ciri rumah banglo 2 tingkat ini mempunyai luas kawasan berdinding (build up area) 2472 kaki persegi dan saiz patio 624 kaki persegi. Luas keseluruhannya pula 3096 kaki persegi.
Di bawah ini adalah model 3D untuk rupa luaran rumah banglo 2 tingkat ini. Ini hanyalah usul sahaja daripada arkitek kami, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis konsep rekabentuk rumah dengan membuat kajian di internet.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kami nak jelaskan yang rumah ini direka untuk keluarga yang mempunyai gaya hidup seperti berikut
  1. Kerap & suka menerima tetamu.
  2. Mempunyai anak perempuan yang ramai.
  3. Masih mempunyai ibu bapa mertua yang sudah berusia.
  4. Tanah ini mempunyai pemandangan yang cantik.
  5. Tinggal di kawasan bandar.


Susun atur aras bawah banglo 2 tingkat dengan 6 bilik tidur & 6 bilik air.


Kawasan tempat letak kereta direka dengan keluasan 15 x 18 kaki supaya mampu memberikan perlindungan dari cuaca kepada 1 kereta sedan yang dikawasan berbumbung ini.

Jika anda ingin masuk ke ruang tamu, terdapat 1 kawasan patio bertangga kecil bersaiz 10 x 10 kaki. Pintu 2 daun yang luas memudahkan pergerakan keluar masuk ke "formal living room" ini yang mempunyai keluasan 12 x 16 kaki. Ruang ini mempunyai siling yang tinggi supaya kelihatan luas dan gah. Pada kebiasaannya kawasan "void area" ini mempunyai lampu chandelier sebgai perhiasan.

Bedroom 5 (13 x 13 kaki) bertindak sebagai bilik tetamu yang dilengkapi dengan bilik airnya sendiri (toilet 5 bersaiz 5 x 8 kaki). Bilik ini sesuai digunakan sekiranya ada tetamu yang ingin bermalam dirumah kita.

Pada kebiasaannya, bingkai jenis tinggi & besar digunakan di ruang ini untuk pencahayaan yang lebih baik & juga untuk memudahkan tuan rumah meninjau halaman rumah jika ada tetamu. Saiz ruang tamu sebesar ini mampu menempatkan set sofa untuk 7 orang tanpa menyebabkan ia kelihatan sempit.

Ruang "living area" bersaiz 22 x 17 kaki berada disebelah ruang tamu. Kawasan ini memberikan akses kepada 3 kawasan lain di rumah ini iaitu
  1. Toilet 4 (7 x 5 kaki) yang berfungsi sebagai bilik air tetamu. Bilik air ini boleh digunakan oleh tetamu & juga penghuni bedroom 4 (17 x 10 kaki). Bedroom 3 (bersaiz 17 x 13 kaki) mempunyai bilik airnya sendiri (toilet 3 bersaiz 7 x 5 kaki). Bilik tidur ini sesuai untuk anak perempuan kita kerana sedikit tersorok & ada bilik air sendiri, mudah untuk penjagaan aurat.
  2. Tangga untuk ke aras atas.
  3. Bahagian ruang makan (dining area 15 x 18 kaki). Ruang ini mempunyai sliding door 3 daun di sebelah kanan rumah untuk membolehkan kita melihat pemandangan taman di luar rumah. Di luar pintu gelongsor ini terdapat patio dengan anak tangga untuk ahli keluarga bersantai. Bedroom 2 (15 x 17 kaki) yang boleh diakses dari ruang makan mempunyai bilik airnya sendiri (toilet 2 bersaiz 8 x 6 kaki). Bilik ini juga sesuai digunakan ahli keluarga perempuan kerana mempunyai tandas di dalam bilik. 
Kawasan dapur untuk untuk rumah ini bersaiz 13 x 9 kaki dan tidak mempunyai pengasingan bahagian kering dan basah. Saiz dapur untuk rumah ini agak kecil. Sesuai untuk penghuninya yang lebih kerap makan di luar dan jarang memasak sendiri di rumah, sesuatu yang normal untuk keluarga di bandar dengan ibu bapa yang sibuk bekerja.


Susun atur aras atas banglo 2 tingkat.


Tingkat atas rumah ini tidak menggunakan luas maksium dari aras bawah. Sebaik saja menaiki tangga, kita akan dibawa ke ruang keluarga (bersaiz 13 x 15 kaki).

Aras atas rumah ini mempunyai 2 buah bilik tidur sahaja, yang masing masing mempunyai bilik air yang boleh di akses dari dalam bilik tidur.

  1. Bedroom 1 bersaiz 12 x 10 kaki dilengkapi bilik air (toilet 1 dengan saiz 7 x 5 kaki).
  2. Master bedroom bersaiz 15 x 17 dilengkapi bilik air bersaiz 8 x 5 kaki.

Kelebihan rekaan dengan kedudukan master bedroom di atas untuk menikmati pemandangan indah yang terdapat di sekeliling rumah. Rekaan sebegini sesuai dibina untuk tanah rata di kawasan berbukit, contohnya seperti di seksyen 6 dan seksyen 9 shah alam.



Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.