Master title / Hak milik induk - Kenali jenis tanah anda

Jenis tanah induk master title

Sekiranya anda berhasrat untuk membeli tanah, antara perkara wajib yang perlu diambil kira ialah menyemak status tanah yang bakal dibeli.

Sebagai kontraktor rumah yang bertanggung jawab membina rumah banglo milik klien, kami telah berpengalaman berjumpa dengan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang berjumpa kami seawal proses membeli tanah lagi.

Bagi memudahkan anda memahami jenis jenis tanah yang ada dipasaran, kali ini kami akan kongsikan siri kenali jenis tanah anda. Teruskan membaca.

Artikel lain dalam siri jenis tanah

  1. Master title - Hak milik induk (Artikel yang anda sedang baca)
  2. Individual title - Hak milik individu
  3. Strata title - Hak milik strata
  4. Free hold - pegangan bebas
  5. Lease hold - pegangan pajakan
  6. Tanah rizab melayu


Hak milik Induk / Master Title.

Mudah untuk kita mengetahui sama ada sesuatu tanah tersebut ialah hak milik induk, saiz tanah dengan status ini memang luas.

pemaju hartanah

Tanah milik ini pada kebiasaannya kepunyaan pemaju hartanah, tetapi kami pernah juga berjumpa dengan individu yang mempunyai tanah berstatus ini. Sekiranya anda berhasrat membeli tanah jenis ini dan ingin memecahkan kepada lot yang lebih

Bacaan menarik: Panduan membeli tanah lot banglo terbaik di Selangor. Tanah yang sesuai akan menjimatkan banyak perbelanjaan tidak perlu semasa pembinaan rumah.

Pemaju yang mempunyai tanah jenis ini telah mempunyai kebenaran untuk memajukan sebidang tanah selari dengan perancangan pembangunan mereka dan membahagikan hak milik tanah tersebut dari jenis induk kepada jenis individu, strata ataupun blok.

Selepas siap semua pembinaan menurut perancangan, pemaju akan membuat permohonan untuk pemindahan hak milik hartanah kepada nama pembeli unit tersebut. Proses untuk pemindahan hak milik tanah master title dari pemaju kepada pemiliknya mestilah berlangsung dalam tempoh masa 6 bulan selepas sijil CF /  CCC (certificate of completion & compliance) di terima.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sijil CCC, kami telah menulis satu artikel lengkap untuk panduan anda.

Bacaan menarik: Apakah itu sijil CCC dan kepentingannya kepada pembinaan rumah di atas tanah sendiri?

Postingan Terkait

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *