Freehold / Pegangan bebas - Kenali jenis hartanah anda
Jenis tanah yang akan kita kongsikan kali ini adalah yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Tanah jenis pegangan bebas.Bagi memudahkan anda memahami jenis jenis tanah yang ada dipasaran, kali ini kami akan kongsikan siri kenali jenis tanah anda.
Artikel lain dalam siri jenis tanah
- Master title - Hak milik induk.
- Individual title - Hak milik individu
- Strata title - Hak milik strata
- Free hold - pegangan bebas (Artikel yang anda sedang baca)
- Lease hold - pegangan pajakan
- Tanah rizab melayu
Tanah pegangan bebas / Freehold.
Secara umumnya semasa ingin membeli hartanah kita pasti akan memeriksa status tanah tersebut sama ada jenis free hold ataupun lease hold.Ramai dari kita cenderung untuk membeli tanah pegangan kekal (free hold) walaupun harganya lebih mahal dari tanah pegangan pajakan. Ini kerana kebanyakan dari kita menganggap hak milik hartanah tersebut terjamin kekal milik kita tanpa ada tempoh masa.
Jadi, ia boleh diwariskan kepada ahli keluarga kita bergenerasi lamanya tetapi sebenarnya terdapat pengecualian untuk semua ini.
Selain itu, permintaan untuk lot tanah free hold yang lebih tinggi juga akan memudahkan proses jual beli di kemudian hari. Rumah yang dibina sendiri di atas tanah free hold juga dijangka mengalami peningkatan nilai yang lebih tinggi. Menjadikan ia pelaburan hartanah yang menarik.
Betul ke tanah free hold terjamin hak miliknya?
Pihak berwajib boleh melakukan proses pengambil alihan paksa / forced acquisition untuk projek pembangunan kerajaan persekutuan. Perkara ini telah terjadi sendiri di kawasan tempat tinggal penulis, penduduk di kawasan tersebut terpaksa berpindah ke kawasan baru kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan untuk pembinaan lebuh raya. Walaupun tanah tersebut berstatus lot bumiputera.Baru 2 tahun lepas, nasib yang sama juga menimpa saudara mara penulis kerana tanah mereka akan digunakan oleh kerajaan untuk projek pembangunan LRT 3. Walapun saudara penulis telah melantik peguam untuk mewakili keluarga beliau, tetapi akhirnya mereka terpaksa akur dengan ketentuan takdir.
Sekiranya ini berlaku, kita sebagai pemilik terpasa menjual tanah kepada kerajaan menurut harga yang ditetapkan oleh penilai yang juga dilantik oleh kerajaan.
Walaupun pemilik hartanah tersebut melantik penilai sendiri untuk mendapatkan penilaian yang lebih tepat, pihak kerajaan masih akan mematuhi nilai yang ditetapkan oleh penilai yang dilantik oleh mereka sekiranya wujud sebarang percanggahan.
Walau bagaimanapun, hartanah Freehold tetap menjadi pilihan ramai dalam pasaran, dan memperoleh nilai yang lebih tinggi.
Hartanah jenis ini dipercayai dapat memperoleh nilai jualan semula, kenaikan nilai modal serta pulangan sewaan yang lebih tinggi.