Ukuran rumah tidak sama seperti dalam pelan. Mengapa jadi begitu?

saiz rumah berbeza

Bagi yang pernah memiliki rumah, mungkin pernah alami. Apabila membuat ukuran didalam rumah, saiznya tidak sama seperti didalam pelan. 

Didalam pelan saiz adala 20kaki, tetapi bila diukur menggunakan pita ukur, saiznya yang dapat hanya 19.5ka atau kurang. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman kami sebagai kontraktor rumah selangor yang telah membina lebih 100 buah banglo.



Sebab rumah yang dibina sedikit berbeza dengan pelan.

Bagi sesetengah pemilik, ada yang merasakan mereka telah tertipu. Semua saiz ruang diukur tidak sama seperti dalam pelan. Kontraktor atau pemaju telah mencuri, jika satu bahagian mereka mencuri 0.5ka - 1ka, dicampur semua, ia akan jadi banyak.

Sebenarnya sering berlaku salah faham mengenai saiz rumah ini. Pelan atau pun ukuran yang digunakan ditapak mengambil kaedah ukuran tengah atau "centre to centre measurement". ukuran tengah ini diukur di tengah batu bata. Apa yang diukur oleh kita adalah lah ukuran dalam atau "inner measurement". Kita maklum bahawa batu atau tiang dengan dilepa simen ada saiznya, jadi saiz tersebut perlu termasuk dalam ukuran sesuatu rumah. Jika kita ukur diluar batu, sudah tentu saiznya akan bertambah. Untuk mudah pemahaman, boleh merujuk contoh gambar di bawah:



"Hanya 0.5kaki sahaja, tidak boleh ke mereka ambil ukuran dalam penuh untuk semua bahagian, bukan rugi pun, hanya 0.5kaki ".
Kadang-kadang ada pemilik yang merungut seperti ini. Masalahnya ia bukan hanya melibatkan satu bahagian sahaja. Sebenarnya akan ada beberapa masalah yang akan timbul sekiranya pemilik menginginkan saiz dalam adalah genap seperti ukuran tengah didalam pelan.


1.       Saiz rumah menjadi lebih besar dari dalam pelan


Saiz rumah akan menjadi lebih besar. jangan kita ambil kira bagi satu ruang sahaja, tetapi ambil kira ruang yang banyak. Contoh adalah seperti di bawah:



Boleh kita nampak, walaupun hanya perbezaan 0.5 kaki sahaja bagi satu bilik, ia boleh menyebabkan keseluruhan saiz rumah berubah sebanyak 2.5 kaki.


2.       Keluasan rumah akan berubah dengan ketara


Apabila saiz rumah berubah, saiz binaan rumah juga akan menjadi lebih besar. Contoh adalah seperti dibawah. Boleh kita lihat, keluasan rumah telah berubah dengan agak ketara, saiz rumah asal adalah 35 x 60 = 2100kps, ukuran yang baru adalah 36.5 x 63.5 = 2317.75kps. Saiz binaan rumah berubah sebanyak 217.75kps.

Didalam contoh ini, kita ambil kira dengan mengikut saiz dalam adalah genap, pertambahan lebar adalah sebanyak 1.5ka dan panjang adalah 3.5ka.


3.   Saiz rumah tidak muat dalam setback yang telah ditetapkan


Apabila saiz telah berubah, terutama bagi saiz lot yang hanya muat untuk binaan rumah, ini akan menyebabkan bangunan melanggar "setback". Kebiasaan untuk PBT, nilai "setback" adala 10kaki dari sempadan tanah dan bagi hadapan pula adalah 15ka dari sempadan tanah.



4.   Pertambahan kos binaan


Disebabkan berlaku pertambahan saiz, harga binaan juga akan bertambah. Memang jika dilihat dari mata kasar dan anggaran kasar kita saiz tersebut hanyalah kecil tetapi jika ia melibatkan semua bilik dan ruang, ia tidak lagi kecil dan kosnya boleh menjadi tinggi, kita boleh lihat dengan contoh yang telah diberikan diatas, hanya perubahan sebanyak 1.5 kaki dan 3.5 kaki sahaja, saiz yang berubah adalah sebanyak 217.75kps.

Saya pernah diajukan soalan, perubahan hanya 1.5ka x 3.5ka = 5.25kps, sepatutnya tambahan hanya 5.25kps dan bukannya 217.75kps. Boleh rujuk gambar contoh yang sebelum ini, untuk pengiraan ruang, kita tidak boleh terus tolak nilai yang ditambah, jika kita buat begitu, kita hanya mengira bagi satu bahagian ruang sahaja dan bukan keseluruhan ruang yang terlibat.

Jika kita mahukan saiz dalam adalah genap misal contoh 10kaki. Perkara ini perlu dibincangkan dalam proses membuat pelan lakaran lagi. Kita perlu maklumkan dengan pelukis pelan atau arkitek yang kita mahu saiz dalamnya adalah penuh, bukan ukuran tengah bagi bangunan. Sekiranya pelan telah siap atau kita membeli rumah sedia ada, perkara tersebut adalah sukar dilaksanakan dan kemungkinan besar akan melebihi bajet yang telah kita tetapkan dan juga akan bermasalah pada urusan untuk mendapatkan CCC dari pihak PBT.




Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                           mengenali Nas Nuri Construction.