Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus Jika 5 Perkara Ini Cantik!

"Pernah tak kita dengar, kawan di pejabat merungut pinjaman perumahan susah lulus. Sedangkan ada kawan lain tu senang saja bank luluskan?"
Adakah bank pilih kasih, atau pun kita memang ditakdirkan kurang bernasib baik?

Sebenarnya, semua ini boleh diuruskan dengan mudah.


Dengan perancangan kewangan yang betul, pihak bank & LPPSA akan meluluskan permohonan pinjaman kita dengan senyuman di muka.


Hari ini, kita akan bongkarkan cara tersebut.




Pinjaman perumahan kerajaan bank




Pinjaman Perumahan Bank Mudah Lulus! Ini apa yang kita perlu ambil tahu

Ramai dari kita merancang membeli  sebidang lot tanah & membina rumah idaman keluarga. Oleh kerana harga rumah sangat mahal sehingga tak mampu dibeli secara tunai, terpaksalah melalui pinjaman.

Pinjaman perumahan kerajaan & swasta dari bank memerlukan kita membuat perancangan kewangan peribadi & bisnes yang baik.


Supaya rekod kita lawa seperti bulan purnama bersinaran di langit malam & harum seperti bunga segar di Cameron Highland.


Penting untuk kita tahu, Bank bukan saja ambil kira rekod CCRIS dan CTOS sebelum meluluskan pinjaman rumah


Ada lagi perkara lain yang mereka pertimbangkan masak masak sebelum meluluskan pinjaman kita.

CCRIS dan CTOS – Ini je ke bank tengok untuk luluskan loan rumah?


Apakah itu CCRIS & Cara Menguruskannya!

CCRIS adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System yang dikendalikan oleh Bank Negara.

Sistem ini akan mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang.


Rekod CCRIS disimpan selama 1 tahun / 12 bulan.


Senang kata, rekod CCRIS lebih menjurus kepada pengurusan kewangan individu.


Di dalam CCRIS, terdapat 3 maklumat penting yang disimpan mengenai kewangan kita. Iaitu

  1. Outstanding loan - Rekod tentang pinjaman kita yang tertunggak / belum langsai.
  2. Special attention account - Semua hutang kita dalam perhatian bank. Contohnya, kita mempunyai hutang khas yang diuruskan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK)
  3. Loan / Credit facility application - Sejarah permohonan pinjaman bank yang pernah & sedang dipertimbangkan. Tak kiralah sama ada diterima, ditolak atau tertangguh.
Ketiga tiga maklumat diatas mestilah diurus dengan baik supaya rekod & rating kita baik terutama dalam jangka 12 bulan sebelum kita membuat permohonan pinjaman perumahan.

Komitmen bulanan yang termasuk dalam 3 kategori diatas yang wajib kita bayar setiap bulan akan disimpan didalam CCRIS adalah seperti:


  • Pinjaman kereta
  • PTPTN & pinjaman pendidikan lain.
  • Kad kredit
  • Lain lain
Laporan CCRIS juga akan merekodkan kelakuan kita dalam tempoh 12 bulan.

Kelakuan merujuk kepada sikap kita dalam melaksanakan komitmen bulanan untuk tempoh 12 bulan.


Adakah kita membayar semua komitmen sebelum masanya, atau suka bertangguh melaksanakan pembayaran.



Contoh Rekod Kelakuan Individu CCRIS?

Saya berikan 3 contoh untuk individu yang mempunyai kelakuan berbeza.

  1. Jenis 1: Rekod cantik - 000000000000 (No 12 digit bernilai sifar ini menunjukkan kita tiada tunggakan. Bank suka rekod begini, memang senang lulus.)
  2. Jenis 2: Rekod biasa - 100110101101 (No 12 digit ini menunjukkan kita kerap lambat membuat bayaran, tetapi kemungkinan bank untuk meluluskan pinjaman masih ada.)
  3. Jenis 3: Rekod tak cantik - 123343212321 (No 12 digit ini menunjukkan kerap berlaku tunggakan sehingga melebihi 2 & 3 bulan.

Macam mana cara nak cantikkan rekod CCRIS? 

Secara mudah, ini boleh dilakukan dengan:
  1. Melakukan bayaran pinjaman lebih awal / tepat pada dari tarikh pembayaran.
  2. Langsaikan pinjaman yang pernah dilakukan dengan pihak bank. Kurangkan permohonan kredit dari bank.
  3. Elakkan menggunakan kad kredit. Atau urus penggunaan kad kredit dengan baik supaya had kredit sifar atau minimum.

Apakah itu CTOS & Cara Menguruskannya!

Jika CCRIS merupakan rekod yang disimpan Bank Negara, CTOS pula singkatan dari Credit Tip-Off Sdn Bhd yang dikendalikan syarikat swasta.

Apa yang membezakan CCRIS & CTOS ialah, rekod di dalam CTOS tidak terhad untuk 12 bulan.

Maklumat di dalam CTOS lebih menjurus kepada kewangan perniagaan & kerjaya kita.

Rekod bagaimana yang disimpan oleh CTOS? 

Antara maklumat kewangan individu yang disimpan CTOS & akan mempengaruhi permohonan pinjaman kita 
  1. Status muflis / bankrap.
  2. Tindakan undang-undang mahkamah, sama ada yang pernah diambil atau sedang tertunda.
  3. Rekod tunggakan bil.
  4. Menjadi penjamin bagi peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Macam mana cara nak cantikkan rekod CTOS? 

Antara perkara yang perlu kita ambil perhatian dalam memastikan rekod CTOS cantik.
  1. Elakkan diri dari tindakan undang undang.
  2. Jangan menjadi penjamin kepada individu yang mempunyai sikap yang buruk dalam pengurusan hutang.
  3. Pastikan segala bil dibayar dengan baik & elakkan tunggakan.

Ok, selesai sudah tentang CCRIS & CTOS.


Selain 2 rekod diatas, ada juga beberapa perkara lain yang bank gunakan sebelum pinjaman rumah kita lulus atau ditolak.


Dan, bank berbeza akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menilai permohonan.


Cuba tanya kawan kawan atau saudara yang pernah lalui proses ini dalam masa terdekat.


Lebih mudah untuk kita tiru & mohon saja di bank yang sama.


Bank bank ini akan meluluskan permohonan kita berdasarkan markah kredit. Dan markah ini bergantung kepada 5 faktor di bawah.



Bank Gunakan 5C ini untuk luluskan pinjaman kita : Character, Capacity, Capital, Condition dan Collateral.

pinjaman perumahan markah kredit


1. Character / Karakter

Apa yang diperhatikan bank melalu karakter anda?

  • Sikap & kelakuan kita terhadap pinjaman yang pernah di buat. Setiap bank mempunyai kaedah mereka yang tersendiri.
  • Sekiranya anda bayar tepat pada waktunya, anda akan memperolehi skor A untuk kebolehan anda untuk membayar semula pinjaman.
  • Bank mengambil kira latar belakang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan.
    • sejarah kredit sebelum ni
    • sejarah keupayaan membuat pembayaran hutang.
    • sejarah tempoh masa bekerja di satu syarikat (Setia atau sentiasa bertukar kerja)
    • Sejarah tempoh bermastautin di sesebuah kawasan,
Pendek kata, memang teliti betul kajian yang bank jalankan untuk lihat sikap kita.

Patutlah orang putih kata, "How you do anything, is how you do everything".


Rumusan untuk mudah lulus dari sikap

  • Bayar hutang tepat pada masa.
  • Bina kerjaya yang kompeten di syarikat yang stabil & amalkan sikap yang baik.
  • Elakkan kerap bertukar tempat kerja dengan kerap kerana boleh menjadi petanda kita mempunyai masalah sikap di tempat kerja.


2. Capacity / Kapasiti

Apa yang diperhatikan bank melalu karakter anda?
  • Bank melihat jumlah pendapatan yang diperoleh.
  • Menentukan sama ada anda mampu atau tidak untuk melunaskan hutang.
  • Antara perkara yang menunjukkan kita mempunyai kapasiti berhutang ialah 
    • Gaji bulanan
    • Pendapatan lain
    • Perbelanjaan sara hidup semasa
    • Jumlah hutang semasa
    • Jumlah bayaran balik pinjaman yang pernah di buat
    • Bilangan tanggungan dan lain lain.
  • Menunjukkan kemampuan kita dalam mempunyai aliran tunai yang stabil & mencukupi.
Rumusan untuk mudah lulus pinjaman dari kapasiti yang baik
  • Amalkan tabiat menabung & menyimpan pendapatan.
  • Laburkan wang di instrumen yang stabil & diyakini.
  • Simpan aset yang di yakini & bertambah nilai dengan masa.
  • Langsaikan hutang yang ada untuk menambahkan kapasiti & markah kredit kita.

3. Capital / Kapital

Apa yang diperhatikan bank melalu capital anda?
  • Bank menilai simpanan / pelaburan yang kita ada yang boleh digunakan sebagai cagaran sekiranya tidak mampu membayar pinjaman. 
  • Semakin besar simpanan / pelaburan, semakin rendah risiko yang pihak bank sekiranya pinjaman diluluskan kepada kita.

4. Collateral / Kolateral

Apa yang diperhatikan bank melalu kolateral anda?
  • Bank menilai jumlah aset yang mampu digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman. 
  • Aset seperti hartanah (rumah sewa, homestay, tanah & etc) dan kenderaan akan diambil kira. Sekiranya kita gagal melunaskan hutang, aset yang ada boleh diletakkan sebagai cagaran.


5. Condition / Kondisi

Apa yang diperhatikan bank melalui kondisi anda?
  • Bank menilai tujuan pinjaman dibuat. 
  • Sama ada untuk membina rumah yang mempunyai CCC, pengubahsuaian rumah, menyelesaikan hutang mahupun membeli aset. 
  • Setiap pinjaman membawa perkiraan risiko yang berbeza.


Kesimpulan

Mendapatkan kelulusan dari bank dan LPPSA bukannya mudah, tetapi tidak mustahil dengan mengamalkan perkara diatas.

Amalkan tabiat ini dalam pengurusan kewangan seharian & pihak bank pasti akan tersenyum gembira meluluskan permohonan anda.