Kontraktor rumah Selangor, KL & N9 - Nas Nuri Construction.

Ramai pemilik tanah yang membina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar.
kontraktor rumah dan tukang macam mana nak pilih
Kami bantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.


Nas Nuri Construction, Kontraktor rumah Selangor, KL & Negeri Sembilan yang berpengalaman.

Di bawah ini adalah contoh banglo yang telah kami bina selama ini.


Kontraktor rumah Bangi Selangor

Rumah yang dibina di Bangi perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi binaan yang memerlukan sijil Certificate of completion & Compliance (CCC).

Di bawah ini kami kongsikan banglo yang telah Nas Nuri Construction bina dikawasan ini. 

Nota: Harga yang kami kongsikan di bawah adalah untuk tahun binaan rumah tersebut. 


Banglo 1.

Rumah banglo 2 tingkat ini dibina dengan spesifikasi standard & menelan kos keseluruhan anggaran RM 700k pada waktu tersebut (termasuk binaan tembok serta retaining wall, binaan rumah comply CCC). 

Saiz binaan rumah: anggaran 4800 kps.





Banglo 2.

Rumah kedua ini juga dibina dengan spec standard & merupakan banglo paling baru siap dibina oleh kami (pada Ogos 2019).

Kos keseluruhan anggaran RM 530k termasuk retaining wall sepanjang lebih 150ka, kerja infra (longkang infra) dan juga pagar. 

Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC)



Banglo 3.

Banglo 2 tingkat ini dibina dengan standard spec dengan kos keseluruhan anggaran RM 420k. 

Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar dan infra)




Banglo 4.

Kos keseluruhan untuk membina banglo dua tingkat ini pada tahun tersebut ialah RM 495k (termasuk porch tambahan dan juga tembok). 

Saiz binaan rumah: anggaran 3400kps.



Kontraktor Rumah Shah Alam Selangor.

Bagi kawasan Shah Alam, urusan untuk bina rumah atas tanah sendiri perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kami mempunyai pengalaman membina di bandaraya anggerik ini untuk beberapa tuan rumah.

Contohnya seperti berikut:

Banglo 1.

Rumah ini telah dibina di Jalan Kebun Shah Alam menggunakan spesifikasi premium. Kos keseluruhan anggaran RM 900k. 

Perbezaan antara spec premium & standard terletak pada kualiti & jenama bahan binaan yang dipilih oleh tuan rumah. Contohnya, pemilihan frame tingkap, jenis jubin lantai, dapur, atap genting & toiletries.

Saiz binaan rumah ini dianggarkan seluas 4800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos termasuk pagar)




Banglo 2.

1 unit banglo dibina di Shah Alam (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 730k .

Saiz binaan rumah: anggaran 4500kps (binaan menggunakan gov loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar)



Kontraktor rumah Sepang Selangor.

Daerah sepang ni terdiri daripada banyak mukim. Antaranya ialah 
  • Bandar Baru Salak Tinggi
  • Bandar Sepang
  • Sungai Merab
  • Dengkil
  • Pekan Dato' Bakar Baginda
  • Pekan Salak, Selangor
  • Pekan Tanjung Mas
  • Sungai Pelek
  • Jenderam
Jika anda bercadang membeli tapak rumah. Ataupun sudah pun memiliki tanah di kawasan ini & bercadang membina rumah atas tanah tersebut dengan sijil CCC, perlu membuat permohonan dengan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Contoh rumah yang telah kami bina di kawasan ini ialah,


Banglo 1.

1 unit banglo dibina di Sepang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM420k (harga termasuk retaining wall, gabion dan 6% GST).

Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan guna gov loan).


Kontraktor rumah Jenderam Selangor.

Sekiranya anda mempunyai tapak tanah di kawasan Jenderam, kelulusan untuk membina rumah dengan sijil CCC mestilah juga diperolehi dari Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Kami memang sudah arif dengan proses membina rumah disini. Sudah ramai tuan rumah yang kami bantu sebelum ini dari awal sehingga siap rumah di bina.

Cuba lihat beberapa contoh rumah yang kami telah siapkan di kawasan ini.

Banglo 1.

1 unit banglo dibina di Jenderam (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 450k.

Saiz binaan rumah: anggaran 2800kps (binaan menggunakan gov loan, kos termasuk tembok keliling dan retaining wall)



Banglo 2.

1 unit banglo dibina di Jenderam (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 310k (harga termasuk 6% GST). 

Saiz binaan rumah: anggaran 1900kps (binaan menggunakan gov loan + CCC, kos termasuk pagar dan juga retaining wall).



Kontraktor rumah Klang Selangor.

Urusan untuk membina rumah di Klang agak rumit berbanding majlis tempatan yang lain. Pengalaman kami membina dikawasan ini sangatlah banyak.

Kos permohonan untuk sijil CCC yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memakan masa & belanja yang lebih tinggi berbanding kawasan lain di Selangor.

Cara paling mudah sekiranya anda berhasrat membuat rumah di Klang ialah menggunakan pembiayaan tunai ataupun personal loan.

Di bawah ini kami kongsikan antara rumah banglo yang telah kami bina di Klang.


Banglo 1.

1 unit banglo dibina di Jln Kapar (Standard Spec). Kos keseluruhan anggaran RM 490k (termasuk binaan tembok dan imprint concrete).

Saiz binaan rumah: anggaran 3400 kps.




Banglo 2.

Binaan 1 unit banglo dibina di Klang. Kos keseluruhan RM 490k (termasuk porch tambahan dan juga tembok). 


Saiz binaan rumah: 3200-3400kps (tidak termasuk saiz porch tambahan)





Banglo 3.

1 unit banglo dibina di Bt4, Klang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 260k (harga termasuk 6% GST).

Saiz binaan rumah: anggaran 1800kps (binaan tunai).



Kontraktor rumah Subang Selangor.

Rumah banglo yang dibina di daerah Subang menggunakan pembiayaan bank (home financing) perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Pandaraya Subang Jaya.

Rumah yang dibina mestilah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan untuk sijil CCC, barulah pihak majlis membenarkan pembinaan rumah & bank pula meluluskan pembiayaan mereka.

Beberapa contoh banglo yang kami bina di Subang adalah seperti di bawah,

Banglo 1.

1 unit banglo dibina di Subang (Standard upgrade spec). Kos keseluruhan anggaran RM 400k (termasuk binaan pagar hadapan dan belakang, harga termasuk 6% GST). 

Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps.




Kontraktor rumah Kuang Selangor.

Kami juga mempunyai pengalaman membina banglo di kawasan Kuang yang berada di bawah Majlis Perbandaran Selayang.

Agak banyak juga banglo yang kami telah bina di Kuang, atas sebab menjimatkan ruang, kami sertakan 1 saja contoh seperti di bawah.


Banglo 1.

1 unit banglo dibina di Kuang. Kos keseluruhan anggaran RM 720k (termasuk binaan tembok dan imprint concrete).

Saiz binaan rumah: anggaran 5200++ kps.



Kami bukan saja peduli tentang banglo yang dibina, kami faham anda berhak yang terbaik!

Menyedari risiko yang ditanggung oleh anda dalam melantik kontraktor rumah yang bakal dibina, kami mempunyai 3 kelebihan utama untuk mengurangkan kerisauan anda. Iaitu,
  1. Pengalaman membina 90 rumah banglo.
  2. Memberikan 3 tahun waranti struktur.
  3. Jaminan 1 tahun waranti kemasan.
Walaupun proses membina rumah ini sangat panjang & leceh. Kita dapat ringkaskan kepada 4 tahap.


Secara umumnya, terdapat 4 langkah mudah untuk membina banglo berkualiti.



1. Tempah slot rumah.


Hubungi kami untuk perbincangan & tempah slot anda bagi tahun 2019.



2. Rekan & permohonan dari pihak berkuasa tempatan (PBT).


Reka rumah mengikut kehendak & bajet anda. Kami akan uruskan sekali permohonan ke PBT.



3. Pembinaan banglo.


Kontrak disediakan. Pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui bersama.



4. Serahan kunci kepada anda.


Rumah anda kini sedia didiami & waranti binaan bermula.




Servis Nas Nuri Construction meliputi 2 negeri di bawah.

Kawasan tertentu di Selangor 


Bermula dari RM300,000.
  1. Klang
  2. Shah Alam
  3. Sepang
  4. Salak Tinggi
  5. Jenderam
  6. Bangi
  7. Semenyih
  8. Kajang

Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000
  1. Kuang
  2. Kota Damansara
  3. Gombak
  4. Rawang
  5. Ulu Yam
  6. Jeram



Kawasan tertentu di Negeri Sembilan.


Bermula dari RM300,000.
  1. Nilai
  2. Mantin
Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000
  1. Seremban
  2. Senawang


Memang susah nak cari kontraktor yang mahir & boleh dipercayai. Apatah lagi untuk membina banglo bernilai ratusan ribu ringgit.



Elakkan terburu-buru. Ambil masa untuk kenali kontraktor sebelum buat keputusan.



Ikuti 3 langkah di bawah sekarang untuk meyakinkan anda tentang servis kami.



Langkah 1: Like & ikuti kami di FB.


Like & follow page kami bagi melihat testimoni gambar banglo yang telah kami sempurnakan.




Langkah 2: Layari blog rasmi kami.


Baca blog Dawaibesi.com untuk panduan membina banglo yang mudah & lengkap.​​


Temui semua jawapan yang membelenggu fikiran anda disini.



Langkah 3: Hubungi staf kami.

Whatsapp atau hubungi staf kami, Fairul untuk bertanyakan quotation & menempah kuota pembinaan banglo bagi tahun 2019.

Tempat sangat terhad, hanya 15 slot setahun. Tempah sekarang!



Nak bina rumah atas tanah sendiri di Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan memerlukan banyak persiapan.

Anda boleh pilih untuk baca artikel ini ataupun tonton video di bawah. 



Kontraktor rumah VS Tukang. Bila masa kita perlukan tukang & bila masa kita perlukan kontraktor rumah?

  1. Acap kali apabila kita perkatakan untuk baiki rumah, renovasi atau membina rumah sendiri, ramai yang memberi pendapat untuk hanya guna tukang kerana lebih jimat dan ada juga yang mengatakan guna kontraktor untuk lebih terjamin.
  2. Sebenarnya kita memerlukan kedua-duanya bergantung kepada kerja yang ingin dibuat, bajet dan masa kita.
    Sebelum pergi lebih jauh, lebih baik kita mengenali dulu istilah tukang dan kotraktor.


Siapa tukang? 

Tukang rumah dan tanggunjawab mereka
  1. Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan, maka dalam istilah kita ini adalah mereka yang mahir dalam menukang rumah.
  2. Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja bak pepatah inggeris, "a man who master everyhting is a man who master nothing"
  3. Antara jenis jenis tukang adalah
    • Tukang kayu.
    • Tukang besi.
    • Tukang plaster.
    • Tukang batu.
    • Tukang tile.
    • Tukang cat.
    • Tukang siling.
    • Tukang paip.
    • Dan pelbagai jenis dan kemahiran yang lain lagi.
       
  4. Kita perlukan semua tukang ini bagi menyiapkan sesuatu kerja.Tukang boleh terdiri dari warga tempatan dan juga asing.
    Bagi pekerja asing kebanyakkan mereka terikat dengan permit kerja dengan syarikat kontraktor tempatan. Ada juga diantara mereka yang mendapat permastautin tetap.
  5. Tetapi, terdapat agak ramai antara mereka adalah PATI (pendatang asing tanpa izin). Jadi hati-hati ya sebab tak berbaloi menanggung risikonya.
  6. Sekarang ni kita lihat dulu bidang kerja kontraktor. Sebut tentang kontraktor, siapa yang terbayang "Phu Chu Kang" dalam kepala?

Siapa kontraktor?

kontraktor rumah banglo dan bidang tugasnya
Kontraktor akan memastikan projek pelanggannya berjalan lancar
  1. Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.
  2. Sama seperti tukang, kontraktor juga terdapat pelbagai jenis. Contohnya 
    • Kontraktor bangunan/awam dibawah seliaan CIDB.
    • Kontraktor elektrikal dibawah seliaan JBE.
    • Kontraktor paip.
    • Dan juga sistem kumbahan dibawah seliaan SPAN.
  3. Sama juga seperti  tukang, kita akan perlukan kontraktor-kontraktor ini bagi menyiapkan sesuatu kerja.
    Terutama sekali bagi kerja pembinaan rumah atau projek perumahan. Jadi, tukang dan kontraktor melakukan kerja yang hampir sama.
  4. Mengapa perlu ada kontraktor dan tukang? Jika lihat pada kerja, tugas kedua duanya adalah lebih kurang sama.
    Tetapi kontraktor secara kebiasaan akan melakukan skop kerja yang luas dan tukang kebiasaannya adalah sebahagian pekerja bagi kontraktor atau melakukan skop kerja yang kecil.
  5. Jarang sekali kontraktor yang boleh membuat kerja tukang. Ibarat seperti seorang jurutera automotif, belum tentu dia mampu membaiki kerosakkan kereta yang direkabentuk oleh dirinya sendiri.

Jadi mengapa perlukan kontraktor?

Memilih khidmat kontraktor atau tukang
Kelebihan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina rumah idaman keluarga kita
  1. Kontraktor adalah berdaftar dan dikawal selia oleh badan kerajaan
  2. Tetapi tidak pada tukang. Sekiranya berlaku sesuatu insiden, kita tidak boleh menyaman atau menuntut sesuatu daripada seorang tukang.

Tonton video di bawah untuk mengetahui 7 langkah membina rumah menggunakan khidmat kontraktor.



Adakah saya memerlukan kontraktor untuk kerja binaan yang ingin saya buat? Saya hanya ingin bina bangsal sahaja"

  1. Kita sebenarnya boleh menentukan sama ada benar benar memerlukan tukang atau pun syarikat kontraktor bagi kerja binaan yang ingin kita buat. 
  2. Bagi kerja bersaiz kecil dengan risiko yang rendah, melantik kontraktor tidak memberi nilai tambah kepada kita. 
    • Kerja binaan tersebut adalah ringkas.
    • Tidak memakan masa. 
  3. Jika kita dah fikir masak masak dan akhirnya buat keputusan menggunakan khidmat tukang. Kita boleh sama ada
    • Menggajikan mereka.
    • Atau memberi mereka harga secara pukal (lump sum) untuk kerja binaan tersebut. 
  4. Kalau kita malas memikirkan semua itu atau tiada masa, kita boleh melantik kontraktor.
    Semak kontraktor tersebut di website CIDB sama ada mereka kontraktor yang sah atau tidak. 
    semak kontraktor berdaftar cidb online
    Wajib semak status kontraktor di laman web rasmi CIDB Malaysia
  5. Dinasihatkan bagi kerja pendawaian elektrikal, dapatkan  khidmat mereka yang berdaftar. Jangan sesekali kita membenarkan mereka tidak bertauliah yang melakukan kerja tersebut dan jangan kedekut dalam kerja pendawaian.
    Bak kata pepatah "Benda yang elok tidak murah dan benda yang murah tidak elok".
Siapa yang ada tanah sendiri, mesti akan bertanya soalan di bawah.

Saya ingin membina rumah dia atas tanah sendiri, adakah saya memerlukan kontraktor atau tukang?

  1. Pilihan terletak 100% di tangan kita, sekiranya kita mempunyai bajet dibawah RM150,000 lebih baik untuk memilih opsyen menggunakan tukang. Tetapi jika kita mempunyai bajet besar, misalnya RM 1 juta. Menggunakan khidmat tukang adalah tidak masuk akal. 
  2. Mengapa saya mengatakan begitu? saya akan jelaskan kemudian. Ini sebabnya, jika kita memilih tukang pastikan tukang kita biasa menjadi kepala atau ketua.
    Ini kerana kepala kerja boleh membahagikan tugas diantara mereka. Tukang biasa tidak mahir dalam pembahagian kerja.
    Dia hanya tahu melaksanakan kerjanya sahaja. Cuba bayangkan, "Sebuah kapal yang tiada nakhoda memegang kemudinya".Itulah ibaratnya projek yang diserahkan kepada tukang yang tidak layak.
  3. Pastikan juga tukang kita adalah seorang yang sah bekerja di Malaysia. Kita pasti tidak mahu akan ada masalah dengan pihak berkuasa kerana mengajikan PATI.
    Apabila kita mengajikan mereka, segala kebajikan mereka dan semua keperluan kerja mereka berada dibawah tanggungjawab kita.
  4. Sekiranya kita benar benar ingin berjimat, jadi jangan merungut jika hasilnya kurang memuaskan dari yang kita mahu. "If you pay peanuts, You get monkeys"
    Anda dapat apa yang kita bayar dan disinilah yang saya katakan jika kita mempunyai bajet yang besar, jangan sesekali mengambil risiko mengajikan tukang.
    Guna khidmat kontraktor yang bertauliah untuk memudahkan kita dan hasil yang lebih memuaskan

Saya nak buat rumah dari pembiayaan bank, tukang atau kontraktor yang perlu saya pilih?

pinjaman perumahan bank dan kerajaan kontraktor
  1. Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang.
    Anda sememangnya memerlukan kontraktor bertauliah bagi menjalankan kerja binaan.
  2. Sekiranya kita berbajet besar, adalah satu kerugian jika tidak mendapatkan CCC. Tetapi, sama juga seperti tukang anda yang tentukan sama ada kita memerlukan CCC atau tidak.
    Kisah lanjut mengenai CCC, akan saya kupas dalam artikel yang lain.

Kelebihan dan kekurangan menggunakan khidmat kontraktor serta tukang

Bagi memudahkan kita membuat penilaian, saya sertakan poin di bawah.

Kelebihan tukang

  1. Kos lebih jimat.
  2. Anda boleh memilih tukang kita sendiri.
  3. Boleh tambah-tambah kerja tanpa perlu sebarang sebutharga.
  4. Anda berkuasa ditapak.

Kekurangan tukang

  1. Tiada jaminan waranti.
  2. Tiada sebarang kontrak.
  3. Hasil kualiti di tentukan oleh tukang.
  4. Tiada jaminan tukang akan siapkan kerja mengikut masa ditetapkan, keperluan barang adalah tanggungjawab kita.
  5. Tukang boleh mengugut kita untuk tidak siapkan kerja tanpa sebab munasabah atau meminta bayaran awal sebelum kerja disiapkan.
  6. Jika kita memerlukan khidmat profesional (arkitek, jurutera, ID, pendawaian sistem keselamatan, dll), tukang tidak boleh penuhi tuntutan tersebut atau kerja bersama mereka.
  7. Tapak binaan adalah tanggungjawab kita, sebarang masalah ditapak adalah urusan kita.
Sekarang kita dah jelas dengan baik & buruk khidmat tukang. Bagaimana pula dengan kontraktor.

Kelebihan Kontraktor

  1. Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.
  2. Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat
  3. Boleh bekerjasama dengan pihak profesional lain. 
  4. Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak
  5. Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .
  6. Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.
  7. Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti di tapak.

Kekurangan Kontraktor

  1. Anda tidak berkuasa ditapak, pekerja ditapak dibawah arahan kontraktor yang telah kita lantik.
  2. Anda tidak boleh menukar kerja sewenang-wenangnya, segalanya telah termaktub di dalam kontrak
  3. Kos yang lebih tinggi. Mereka ada staff yang perlu dibayar gaji, pejabat yang perlu disewa.

Kesimpulan

  1. Pilihan sebenarnya terletak ditangan kita. Jika kita rasa boleh mengambil alih tugas kontraktor kerana risiko yang kecil, lebih sesuai untuk kita terus mengajikan tukang.
  2. Hati-hati dengan keputusan kita, kontraktor juga ramai yang tidak bertauliah dan tidak profesional. Kesilapan kita memilih kontraktor boleh menyebabkan kita kerugian. 
  3. Jangan hanya letakkan pada kos sahaja, bagi menilai sesuatu syarikat kotraktor yang baik kita akan kupaskan dalam artikel yang lain nanti.



Nasa Azman
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Nas Nuri Construction Sdn Bhd. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembinaan terutama binaan banglo & rumah sesebuah. Beliau boleh dihubungi di alamat emel nasa7377@gmail.com atau boleh terus melayari laman sesawang www.nasnuri.com untuk lebih                                          mengenali Nas Nuri Construction.

Kontraktor rumah Selangor, KL & N9 - Nas Nuri Construction. Reviewed by nasa azman on September 30, 2019 Rating: 5

9 ulasan:

  1. T. Kasih ats info. Slu terfikir untuk guna tukang. Tp kontraktor rpny lebih byk kelebihan dpd guna tukang. Sb tu tukang murah

    BalasPadam
  2. Tukang rumah pun banyak yang tipu dan tak profesional.

    Siapa yang nak pulangan pada struktur rumah yang dibina jangka panjang elok dapatkan ccc dari pihak berkuasa tempatan.

    Kalau ada kemampuan, berbaloi. Nak insurankan pun perlu ada ccc.

    BalasPadam
  3. tahun lepas, renovate rumah kat kg. Harga boleh tahan, dah macam kontraktor. Tapi alhamdulillah, kerja tukang2 ni pun kemas. Org kg je tukangnya, tapi banyak pengalaman.

    BalasPadam
  4. Kalau nak baiki sikit2 boleh lah guna khidmat si tukang. Tapi kalau nak renovate secara besaran kena timbang semua faktor.

    BalasPadam
  5. Assalam...saya ingin buat pertayaan..rumah saya baru renovte..totoly semua ok..cuma auto Gate x brpa nk ok disebabkan kecuaian dan ketidak jujuran tukang buat rumah. Dah bye abis..ape tindakan yg harus kami buat....report polis atau are cara lain..kol pin x berangkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuntut di tribunal pengguna jika kurang rm20k tak silap saya..

      Padam
  6. Nak tnya..rumah sya dlm pmbinaan..kontraktor bina rumah mengurus semuanya...sya hanya ambil kunci & masuk rumah.soalannya: bila krja-kerja pembinaan rumah siap, siapakah pemilik lebihan bahan-bahan binaan (kayu, plywood dsb)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Milik yang beli.. jika tuan yang beli, tuan punya jika kontraktor hanya ambil upah bina sahaja.. Jia tuan dah serahkan pada kontraktor, barang2 lebihan tersebut milik kontraktor, kontraktor tanggungjawab untuk bawa keluar sisa barang dan lebihan barang tersebut. Jika tuan yang beli, tanggungjawab tuan kena bawa keluar barang2 lebihan tersebut..

      Padam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.