Binaan Banglo di Kuang oleh NAS NURI CONSTRUCTION

1 unit banglo dibina di Subang (Standard upgrade spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 400k (termasuk binaan pagar hadapan dan belakang, harga termasuk 6% GST).. Saiz binaan rumah: anggaran 2850kps.

Spesifikasi Rumah:
- Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien).. Fully tiles dinding bilik air dan dapur.
- Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh selang 3 biji batu.
- Struktur reinforced concrete(ikut structure drawing, besi jenis British Standard), Ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka dengan dinaikkan dari lantai 2ka
- Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn/kayu masak (mengikut shop drawing, dipasang oleh specialist roof truss)
- Bumbung jenis genting tanah liat (jenama Tereal) bersama aluminium foil double sided
- Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (decorated) (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
- Tingkap jenis aluminium casement NB
- Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative dan aluminium decorative (alatan kunci brand St Guchi) (pintu dipasang oleh specialist)
- Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara), sealer jenama Jotun. Pintu dicat syelek (cat dilakukan specialist)
- Longkang dan kakilima keliling rumah
- tangki air jenis polythene.
- Rawatan anai-anai biasa
- Waranti kemasan 12bulan dan struktur binaan rumah 36bulan
- MAKLUMAN: Segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak)
- - Pekerja binaan kami dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat.
Rupa akhir luar & dalam rumah







