Binaan Banglo 2 Tingkat di Bangi oleh NAS NURI CONSTRUCTION.

1 unit banglo dibina di Bangi (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 470k (harga termasuk 6% GST).. Saiz binaan rumah: anggaran 2600kps (binaan loan + ccc)
Spesifikasi Rumah:
- Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien).. 6ka tiles dinding bilik air dan dapur.
- Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh selang 3 biji batu.
- Struktur reinforced concrete(ikut structure drawing, besi jenis British Standard), Ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka
- Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn/kayu masak (mengikut shop drawing, dipasang oleh specialist roof truss)
- Bumbung jenis insulated metal decking
- Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
- Tingkap jenis aluminium casement NB
- Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist).
- Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara), sealer jenama Jotun. Pintu dicat Minyak
- Longkang dan kakilima keliling rumah
- tangki air jenis polythene dengan tangki septik comply IWK. termasuk rainwater harvesting
- Rawatan anai-anai dengan waranti
- Waranti kemasan 12bulan dan struktur binaan rumah 36bulan
- MAKLUMAN: Segala kerja binaan ditapak akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 pegawai, iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan juga pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak)
- - Pekerja binaan kami dipecah mengikut kemahiran masing-masing dari permulaan kerja hingga selesai (tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir), setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai bertanggungjawab, dan segala urusan pembelian barang ditapak diuruskan staff kewangan di pejabat.
Gambar Rumah Banglo Luar & Dalam.





