Top Ad unit 728 × 90

Pembeli rumah kecewa rumah tidak siap!

Rumah tergendala lppsa


PONTIAN 1 Feb. - Pemaju projek perumahan Taman Rimba Indah, Jalan Tenggayun, Rimba Terjun, dekat sini diminta supaya menunaikan tanggungjawab bagi meneruskan projek perumahan tersebut dengan segera atau berdepan tindakan tegas.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Kamalludin Jamal berkata, pemaju berkenaan perlu me­ngenal pasti punca projek tersebut yang sepatutnya siap pada tahun lalu kini terbengkalai.

Beliau berkata, projek perumahan tersebut yang mula dibina pada tahun 2015 mempunyai 80 unit rumah jenis kluster yang dijual dengan harga RM270,000 dan 20 unit kembar setingkat dengan harga RM318,000 sebuah.

“Pihak kami memandang se­rius aduan yang dikemukakan oleh pembeli dan ada dalam ka­langan mereka yang telah dipotong gaji menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Walaupun ada rumah yang belum mencapai peratus siap 95 pe­ra­tus, namun pemaju telah membuat tuntutan kepada LPPSA bagi kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan itu,” kata­nya selepas mendengar aduan daripada 14 pembeli kakitangan awam di daerah ini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh, semalam.

Dalam perjumpaan tersebut wakil pembeli telah menyerahkan memorandum kepada Suhaimi meminta bantuan beliau mela­kukan sesuatu supaya projek perumahan itu dapat diteruskan dan boleh mendiami segera.

“Apa juga masalah yang dihadapi oleh pemaju tidak sewajarnya menjadikan pembeli sebagai mangsa yang telah memberikan kerjasama sejak dari peringkat awal pembelian hingga kini,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi me­lahir­kan simpati dengan nasib pembeli yang telah dipotong gaji pada tahun lalu dan dalam masanya terpaksa membayar sewa bulanan rumah yang didiami sekarang.

“Ada antara mereka yang dipotong gaji antara RM1,400 hingga RM2,100 bergantung kepada usia peminjam serta tempoh pinjaman yang dibuat dan ini tentu menjejaskan perbelanjaan seha­rian,” katanya.

Seorang pembeli, Herney Jasman, 38, seorang guru di Kulai memberitahu, gajinya dipotong sebanyak RM1,600 mulai April tahun lalu serta bercadang untuk bertukar ke daerah ini memandangkan suaminya bertugas di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ), di sini namun hasrat mereka tertangguh kerana rumah yang dibeli belum siap.

“Kecewa tentu kecewa kerana kami membayar rumah sewa RM1,000 sebulan di Kulai dan pada masa yang sama gaji saya telah dipotong,” katanya.

Sumber: Utusan.

Pembeli rumah kecewa rumah tidak siap! Reviewed by Azmi Writer on February 07, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. Moga ada jln penyelesaian utk mereka.
    Kak Mirror membalas kunjungan.

    ReplyDelete

Mengenai kami | Disclaimer | Polisi | Hubungi Kami All Rights Reserved by Dawai besi © 2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.